Tanda-tanda Badan Kekurangan Vitamin

Kekurangan  vitamin mampu mengubah fungsi tubuh bermula dari tahap cellular. Proses tubuh yang mungkin terganggu termasuklah keseimbangan air dalam badan, fungsi enzim, gangguan saraf, system pencernaan dan metabolism.

Kekurang vitamin juga boleh menyebabkan tubuh terdedah kepada masalah kesihatan. Contohnya kekurangan kalsium dan Vitamin D menyebabkan masalah osteoporosis. Teruskan memba untuk ketahui tanda-tanda badan kekurangan vitamin

1. Tubuh Cepat Letih



Bila dah bekerja seharian, normal untuk badan merasa letih dan perlukan rehat yang secukupnya. Tapi, jika semalaman tubuh kita sudah rehat dengan tidur yang cukup, tapi bangun keesokkannya masih lagi terasa letih, besar kemungkinan tubuh mengalami kekurangan zat besi ataupun Vitamin B12. Kedua-dua zat ini sangat diperlukan dalam pembinaan sel darah merah yang sihat, yang mana ia diperlukan untuk membawa oksigen keseluruh badan.

2. Migrain



Kekurangan magnesium dalam badan mungkin penyebab utama anda sering diserang migrain. Magnesium yang cukup membantu sistem saraf bekerja dengan baik dan memastikan tahap gula dalam darah terkawal. Association Of Migraine Disorders mencadangkan supaya mengambil 400mg magnesium untuk mengurangkan rasa sakit migrain.

3. Kekeringan Mata



Kurangnya asid lemak omega-3 akan menyebabkan anda mengalami masalah kekeringan mata. Rajin-rajinlah menikmati ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 untuk menjaga kesihatan mata

4. Masalah Kulit Kering




Kulit yang kasar, kering dan bersisik adalah disebabkan kekurangan Vitamin B2 iaitu dikenali juga sebagai Riboflavin. Vitamin B2 membantu mengalakkan pertumbuhan sel yang baik. Banyakkan makan telur dan juga sayur-sayuran hijau sebagai sumber B2

5. Rambut Gugur.



Selain menyebabkan badan letih dan tidak bermaya, kurangnya pengambilan sumber zat besi juga menyebabkan masalah rambut gugur terutama bagi wanita berumur 50 tahun ke atas. Daging dan kekacang adalah sumber zat besi terbaik.

6. Pendarahan Pada Gusi



Kekurangan Vitamin C berpotensi mengidap masalah skurvi. Pendarahan pada gusi mungkin disebabkan kekurangan vitamin C dan berkemungkinan juga mengalami skurvi. Pastikan keperluan seharian vitamin C mencukupi sekurang-kurangnya 90mg untuk lelaki dan 75mg untuk perempuan. Manakala 85mg hingga 120mg untuk ibu hamil.

7. Otot Lemah



Pengambilan vitamin B1 atau juga dikenali sebagai Thiamin yang tidak mencukupi melalui pemakanan boleh mengakibatkan masalah otot. Selain itu, kekurangan potassium juga menyumbang kepada masalah otot yang lemah.

8. Kerap Batuk dan Selsema



Pastikan pengambilan vitamin C dan vitamin E mencukupi setiap hari. Kedua-dua vitamin ini boleh membantu mempertingkatkan imun tubuh supaya boleh mempertahankan tubuh dari diserang penyakit seperti batuk dan selsema.


9. Ulser


Orang kita sebut ulser sebagai mata ikan. Apapun panggilannya, kewujudan ulser menunjukkan tubuh kita kekurangan vitamin B12, Zink dan Folat

10. Hilang deria pendengaran




Untuk memastikan kita memiliki system saraf yang sihat, jangan lupa untuk terus mengamalkan vitamin B12

11. Tulang Rapuh



Pengambilan kalsium adalah lebih  baik diambil bersama vitamin D kerana vitamin D menggalakkan penyerapan kalsium dan sekaligus memberi kesan terbaik pada tulang. Awas dengan masalah osteoporosis jika anda gagal memenuhi keperluan kalsium tulang anda.

12. Luka Pada Hujung Mulut



Cuba lihat cermin dan perhatikan kawasan mulut. Jika anda mengalami luka atau rekahan pada bahagian hujung mulut, itu menunjukkan anda kekurangan vitamin B6. Banyakkan makanan seperti sumber daging, ikan serta sumber kanji seperti kentang untuk memenuhi keperluan vitamin B6.






Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.

** Semua maklumat tentang produk serta testimony yang disiarkan bukanlah bertujuan untuk MENDIAGNOS, MERAWAT, MENYEMBUH DAN MENCEGAH sebarang peyakit. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada pakar perubatan jika mengalami sebarang penyakit yang memerlu anda mendiagnos, konsultasi serta rawatan susulan sebelum mengambil vitamin **












Comments