Ibu hamil cenderung untuk mengalami ANEMIA apabila mengalami tahap HEMOGLOBIN yang rendah. Apabila ibu mengalami anemia, bekalan oksigen yang dibekalkan kepada bayi melalui darah ibu dikuatiri tidak mencukupi akibat masalah kekurangan darah merah yang dialami oleh ibu.
Sewaktu hamil, tubuh akan menghasilkan lebih darah untuk menyokong pertumbuhan bayi. Akan tetapi, jika ibu tidak mendapat bekalan iron yang mencukupi, berkemungkinan tubuh tidak mampu menghasilkan jumlah darah merah yang mencukupi sepanjang tempoh kehamilan.
Terdapat 3 jenis penyebab anemia yang boleh dialami oleh ibu hamil :
1. Kekurangan Iron
Anemia jenis ini berlaku apabila tubuh tidak memperoleh sumber iron yang mencukupi untuk membina sel darah merah agar dapat mengelakkan berlakunya tahap hemoglobin yang rendah. Hemoglobin merupakan protein yang terdapat dalam sel darah merah dimana tugas hemoglobin adalah mengangkut oksigen dalam sel darah merah keseluruh tubuh.
Akibat kekurangan sumber iron, bekalan oksigen tidak dapat disalurkan keseluruh tubuh melalui sel darah merah. KEKURANGAN IRON merupakan gejala yang biasa berlaku dikalangan ibu hamil.
2. Kekurangan Folate
Folate atau juga dikenali dengan panggilan asid folik merupakan kumpulan dalam vitamin B. Tubuh memerlukan folate untuk menggalakkan pertumbuhan sel baru, termasuklah pembentukkan sel darah merah yang sihat. Ibu hamil amat memerlukan folate dalam jumlah yang mencukupi. Akan tetapi pengambilan folate menerusi pemakanan seharian adakalanya tidak mencukupi bagi ibu hamil. Sama seperti iron, kekurangan folate turut menyebabkan bekalan oksigen tidak dapat disalurkan dengan sempurna keseluruh tubuh badan. Ini akan memberi kesan terhadap kandungan seperti masalah tulang belakang dan bayi lahir dengan kurang berat badan.
3. Kekurangan Vitamin B12
Vitamin B12 diperlukan bagi menghasilkan sel darah merah yang sehat. Ibu hamil yang kurang mengambil daging, telur atau sumber tenusu cenderung kekurangan vitamin jenis ini.
Pilih sayur yang tinggi zat besi dan asid folik seperti pegaga, daun pudina, ulam raja, pucuk gajus, bayam merah, kangkung, cekur manis, pucuk paku, pucuk keledek, daun remunggai dan peria.
3. Tingkatkan Pengambilan Vitamin C
Lengkapkan diet seharian dengan pengambilan buah-buahan yang mengandungi vitamin C seperti jambu batu, limau, mangga, betik dan tembikai untuk menggalakkan penyerapan zat besi.
4. Ambil Kekacang
5. Elak Kaffein
Berusaha menjauhi pengambilan teh, kopi dan susu bersama hidangan utama. Kehadiran asid tanik di dalam teh dan kopi boleh menghalang penyerapan zat besi daripada makanan .
Tips Tangani Anemia Sewaktu Hamil
1. Ambil Zat Besi
Tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi dari sumber seperti haiwan dan tumbuhan. Sumber seperti kerang, lala, tiram,
hati ayam, hati lembu, daging dan ikan bilis sekurang-kurangnya diambil 4 kali dalam
seminggu. Selain sumber haiwan, zat besi juga boleh diperolehi daripada pengambilan sayur-sayuran yang cukup. Contohnya, bayam merupakan sayuran yang kaya dengan zat besi.
2. Ambil makanan yang kaya asid folik
Pilih sayur yang tinggi zat besi dan asid folik seperti pegaga, daun pudina, ulam raja, pucuk gajus, bayam merah, kangkung, cekur manis, pucuk paku, pucuk keledek, daun remunggai dan peria.
Lengkapkan diet seharian dengan pengambilan buah-buahan yang mengandungi vitamin C seperti jambu batu, limau, mangga, betik dan tembikai untuk menggalakkan penyerapan zat besi.
4. Ambil Kekacang
Kekacang seperti Cashew, Hazelnut dan Almond memiliki kandungan zat
besi yang tinggi. Pengambilan kekacang juga digalakkan kerana tinggi dalam omega-3 yang dapat membantu
perkembangan otak bayi.
Berusaha menjauhi pengambilan teh, kopi dan susu bersama hidangan utama. Kehadiran asid tanik di dalam teh dan kopi boleh menghalang penyerapan zat besi daripada makanan .
Cadangan Zat Besi Untuk
Mengatasi Anemia ?
VITA-LEA SUMBER ZAT BEZI YANG TERBAIK
[Klik gambar untuk maklumat produk]
Sukar Mencari Set Lengkap Ibu Hamil ?
Cuba yang terbaik dari SHAKLEE
*****************************************
Mencari set hamil yang memberi 1001 kebaikan khasnya untuk kesihatan ibu dan perkembangan anak? Set Hamil Shaklee menawarkan kebaikan yang memberi manfaat kepada kedua-duanya. Hubungi saya untuk maklumat lanjut berkenaan produk. Percuma penghantaran untuk seluruh LABUAN dan percuma pos untuk LUAR LABUAN.
*****************************************
Comments
Post a Comment