Batu karang hempedu (Gall Bladder), iaitu bahan buangan kolesterol dalam bentuk pepejal atau garam kalsium yang terbentuk dalam pundi hempedu, duktus hempedu, dan duktus sistik . Keadaan ini turut disebut sebagai kolelitiasis. Kolesterol, pigmen (bilirubin digluoronida) atau gabungan pigmen, protein dan garam galian (misalnya kalsium) yang terdapat dalam cecair hempedu membentuk hablur dan seterusnya mengeras menjadi batu karang yang mempunyai saiz yang berbeza-beza.
Tanda-tanda dan Simptom Batu Karang Hempedu
Masalah batu karang hempedu boleh wujud tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda dan simptom. Tetapi, terdapat sesetengah pengidap menunjukkan simptom awal seperti rasa mual dan rasa sakit di bahagian tengah atau atas sebelah kanan abdomen.
1. Rasa Senak Yang Kronik
Tanda-tanda seperti rasa mual, berangin (gas), kembung perut dan kadangkala sakit dibahagian abdomen. Ada kalanya tanda-tanda ini mungkin terjadi atau menjadi lebih teruk apabila pengidap memakan makanan yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi.
Tanda-tanda lain yang mungkin dikaitkan dengan rasa senak yang kronik adalah apabila kesakitan yang datang secara tiba-tiba dan berulang. Bermula dari sakit yang sederhana ke rasa sakit yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen. Rasa sakit ini boleh terjadi selepas waktu makan selama 1-2 jam atau pada waktu malam. Kebiasaannya rasa sakit akan berlarutan dari 15minit ke 30minit sehinggalah ke beberapa jam.
2. Rasa Mual dan Muntah
Terdapat banyak bahagian yang berkemungkinan dimana batu hempedu terperangkap. Adakalanya batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu. Batu karang hempedu juga boleh terlepas dari pundi hempedu dan masuk melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus kecil (duktus hempedu yang biasa). Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala ke pankreas. Terdapat kes dimana ketulan batu karang tersumbat dan menyekat duktus sehingga mengakibatkan maut jika tidak dirawat. Pengidap berkemungkinan akan mengalami demam dan kesakitan akibat pembengkakan pada kawasan tersebut. Terdapat beberapa tanda dan simptom duktus hempedu yang tersumbat termasuklah ;
* Kulit menjadi kekuningan dan kawasan mata putih akan menjadi kuning (jaundis)
* Air kencing bertukar gelap seperti warna air teh pekat
* Demam panas
* Demam sejuk
Punca Terjadinya Batu Karang Hempedu
Batu Karang Hempedu |
Fungsi hati adalah menghasilkan cecair hempedu yang disimpan di dalam pundi hempedu sehinggalah ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil. Pundi hempedu akan mengecut dan melepaskan cecair hemedu melalui duktus hempedu apabila kita makan. Selepas itu, duktus hempedu akan membawa cecair hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan. Akan tetapi, sekiranya hempedu tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang. Proses ini memakan masa sehingga beberapa tahun. Saiz batu karang adalah bermula dari sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf. Ada yang berbentuk licin seperti bulat atau bentuk yang tidak tentu. Berkemungkinan terdapat beratus-ratus batu karang hempedu di dalam badan anda
Kenali Batu Karang Hempedu.
1. Batu Karang Hempedu Berkolesterol
Batu karang hempedu berkolesterol kebiasaannya berwarna kekuningan. Batu karang jenis ini mengandungi kolesterol tidak terlarut, dan mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin iaitu sisa-sisa sel-sel darah merah yang lemah. Sebanyak 80% batu karang hempedu adalah jenis batu karang berkolesterol.
2. Batu Karang Hempedu Berpigmen
Apabila terlalu banyak bahan yang dikenali sebagai bilirubin, ia akan membentuk batu karang berwarna coklat gelap atau hitam. Batu karang hempedu berpigmen ini biasa terjadi oleh mereka yang menghidapi sirosis hati, jangkitan trek biliari dan anemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.
3. Batu Karang Hempedu Duktus Yang Primer
Batu karang jenis ini terbentuk dalam duktus itu sendiri.
Komplikasi
1. Duktus Hempedu Tersumbat
Terdapat kes, batu karang hempedu akan menyekat duktus dari pundi hempedu, hati atau pankreas ke intestin kecil anda. Antara tanda-tanda yang menunjukkan duktus hempedu yang tersumbat adalah seperti warna kekuningan di bahagian mata yang berwarna putih dan kulit, air kencing berwarna gelap serta merasa sakit di bahagian abdomen. Jika anda demam, berkemungkinan anda mempunyai komplikasi terselindung seperti pembengkakan pundi hempedu (Kolesistitis Akut) atau jangkitan dalam duktus hempedu anda (Kolangitis Akut).
2. Pankreas Yang Membengkak
Duktus pankreatik berkemungkinan tersumbat serta menyebabkan keradangan apabila terdapat halangan di dalam duktus hempedu biasa ( Common Bile Duct) CBD. Pankreatitis akan mengakibatkan rasa sakit yang teramat sangat dan berpanjangan di bahagian atas abdomen yang akan merebak ke bahagian belakang tubuh atau dada. Kesakitan pankreatitis yang kuat dan serius mampu meragut nyawa pengidap.
Punca Terjadinya Batu Karang Hempedu
Terdapat banyak faktor yang boleh menyumbang kepada terjadinya batu karang hempedu termasuklah ;
1. Terlalu Banyak Kolesterol
Kebiasaannya hempedu mengandungi garam-garam hempedu dan lesitin (sejenis sebatian lemak) yang berfungsi untuk melarutkan kolesterol yang dikumuh oleh hati. Akan tetapi, sekiranya hempedu mengandungi jumlah kolesterol yang banyak lebih dari yang boleh dilarutkan, kolesterol berkemungkinan akan membentuk kristal dan batu karang. Paras kolesterol di dalam hempedu tidak mempunyai kaitan dengan tahap kolesterol di dalam darah. Ini kerana, ubat-ubatan yang digunakan untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah tidak mampu menghalang pembentukkan batu karang hempedu.
2. Pundi Hempedu Tidak Dikosongkan Sepenuhnya Atau Secara Tidak Kerap
Hempedu mungkin akan menjadi terlalu pekat dan akan membentuk batu karang hempedu jika pundi hempedu tidak dikosongkan sepenuhnya atau tidak kerap. Keadaan ini mungkin terjadi sewaktu hamil. Jika anda makan terlalu sedikit makanan berlemak atau tidak makan untuk jangka masa yang lama, anda mungkin terdedah kepada masalah batu karang dalam pundi hempedu.
Rawatan Batu Karang Hempedu
Kebanyakkan kes tidak menunjukkan simptom ketara bagi pengidap batu karang hempedu. Kebiasannya doktor akan menemui 'batu-batu senyap' atau turut dikenali sebagai 'silent stones' sewaktu membuat pemeriksaan kesihatan bahagian lain. Antara rawatan yang sesuai adalah;
1. Pembedahan
i) Pembedahan Laparoskopik
Pembedahan laparoskopik menggunakan laparoskop iaitu sejenis tiub senipis pensil yang dilengkapi dengan lampu dan video. Doktor akan memasukkan alat ini ke dalam abdomen melalui instrumen berongga (kannula). Hasil pembedahan ini, pesakit kurang merasa sakit, kurang parut dan mampu kembali melakukan aktiviti harian secara normal.
ii) Pembedahan Terbuka (Open Surgery).
Kaedah ini dilakukan dengan cara pundi hempedu akan dikeluarkann melalui insisi besar di abdomen. Terdapat sesetengah kes dianggap sebagai kaedah rawatan terbaik. Jika tidak doktor mungkin akan mencadangkan pesakit membuang batu-batu karang tersebut menggunakan endoskopi (ERCP).
2. Alternatif Lain
1. Pil Garam Hempedu
Rawatan ini amat sesuai bagi pesakit yang mempunyai batu karang hempedu bersaiz kecil. Doktor akan menyarankan pesakit untuk mengambil medikasi ursodial (Actigall) yang akan melarutkan batu-batu kolesterol dalam tempoh waktu yang ditetapkan.
2. Terapi Gelombang Bunyi
Melalui kaedah ini, gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi digunakan untuk memecahkan batu karang hempedu. Kemudian pengambilan ursodiol diperlukan untuk melarutkan fragmen-fragmen tersebut.
Langkah Pencegahan.
Risiko pembentukkan batu karang hempedu boleh dikurangkan dengan mengamalkan beberapa langkah berikut ;
1. Mengekalkan berat badan yang ideal
2. Elakkan dari mengamalkan diet yang mendadak (crash diet) atau pengambilan kalori yang rendah iaitu kurang dari 800 kalori sehari.
3. Mengamalkan senaman secara teratur
4. Memilih diet rendah lemak, berserat tinggi dan lebihkan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijiran. Kurangkan pengambilan jumlah lemak haiwan, mentega dan marjerin, mayonis dan makanan bergoreng dalam makanan anda.
Sumber ;
[http://e-kesihatan.blogspot.my/2008/01/batu-karang-hempedu.html]
[Rapi, Mac2006]
[Rapi, April2006]
APA SHAKLEE MAMPU TAWARKAN ???
Vivix
Salah satu punca terbentuknya batu dalam hempedu adalah kerana paras estrogen yang tinggi dalam tubuh. Oleh yang demikian, fungsi Vivix adalah mengawal selia paras hormon estrogen. Selain itu juga, Vivix membantu mengurangkan paras kolesterol jahat, LDL.
Lecithin
Berfungsi sebagai pengemulsi kolesterol berlebihan bagi menghalang pembentukkan batu karang
Alfalfa
Sebagai agen detoks dan mengurangkan keasidan darah. Darah yang tinggi kandungan asid akan membawa kepada pelbagai penyakit. Serta mengurangkan inflamasi dan keradangan.
B Complex
Mengurangkan oksalat (garam) yang membentuk batu karang dan menampung vitamin B6 yang berkurangan.
Vita C
Kekurangan Vita C dalam tubuh juga merupakan punca pembentukkan batu karang
Vita E
Memecah lemak tengik
Herblax
Membersih usus serta merupakan agen detoks bagi usus
'Anda mengalami simptom-simptom seperti senak, mual dan muntah?? Jika memang di diagnos anda mempunyai masalah Batu Karang Hempedu, Shaklee menawarkan rawatan alternatif secara pengambilan supplimen. Dapatkan konsultasi secara percuma dari saya, Pengedar Shaklee Labuan'
Menghilangkan Batu Hempedu Dalam 12 Jam Tanpa Pembedahan!
ReplyDeleteSelamatkan diri anda dari berjam-jam kesakitan yang menyeksa, disebabkan oleh serangan pundi hempedu sebelum ia berlaku!
Hanya 12 Jam Sahaja diperlukan untuk Membuang Batu Hempedu!
Detoksifikasi badan anda dari batu hempedu dan lindungi kesihatan anda!
Lihat Hasilnya dalam masa 12 jam dengan mata anda sendiri!
Jaminan Pulangan Wang 100% Sekiranya Tidak Ada Hasil!
Hubungi Kita Sekarang Untuk Mencegah Dan Menyelesaikan Masalah Batu Hempedu!
Tel No: 01159999768
WhatsApp: 01159999768
Halaman FB: Myrogen