Kulit Rosak Tanpa Pelindung UV Terbaik

Sekarang ni setiap kali nak keluar rumah mesti cepat-cepat nak apply krim pelindung matahari atau pun UV Protection Cream. Sebenarnya sebelum ni tak berapa nak kesah sangat pasal nak sapu krim pelindung matahari tapi sejak-sejak cuaca makin panas dan umur pun makin bertambah, jangan haraplah kulit tu mampu nak protect diri sendiri. Akak pulak bukan sejenis puteri lilin yang selalu nak sedia payung sebelum hujan. Dah terbakar kulit baru sebuk nak cari produk putihkan kulit konon. 

Apa itu Ultraviolet (UV) Radiation?


Kulit yang kerap terdedah dengan sinar matahari sebenarnya bagi peluang kulit menghadapi kanser kulit sebab sinar matahari merupakan sumber utama kepada sinar ultra ungu. Selain itu cahaya lampu atau lampu yang selalu mat-mat saleh dan minah-minah saleh guna untuk kulit lebih nampak gelap atau sawo matang tu pun boleh jadi penyebab kanser kulit tau !! Malah sinar-sinar cahaya dari lampu yang kita guna setiap hari sedikit sebanyak boleh merosakkan kulit.

Sinar UV akan merosakkan DNA sel kulit. Sel yang rosak inilah akan memburukkan lagi keadaan kulit bila sel yang rosak merebak menjadi kanser kulit. Oleh yang demikian, amatlah disarankan untuk kita sentiasa melindungi kulit agar tidak kerap terdedah dengan sinaran matahari.

Tiga Jenis Sinar UV Yang Di Sebarkan Oleh Cahaya Matahari





1. Cahaya UVA

Menyerap jauh ke dalam kulit. Sinar cahaya UVA boleh bertindak balas dengan sesetengah ubat-ubatan dan produk penjagaan kulit yang digunakan dan mengakibatkan kulit terbakar teruk

2. Cahaya UVB

Sejenis sinar UV yang hanya sampai ke lapisan atas kulit dan merupakan agen primer penyebab kerosakkan kulit.

3. Cahaya UVC

Kebanyakkan sinar UV jenis ini akan di serap oleh alam sekeliling dan ia tidak menyebabkan kulit terbakar.

Kesan Pendedahan Sinar UV Yang Tidak Dikawal

Terdapat sesetengah individu yang kurang peduli  tentang pemilihan produk UV Protection. Mungkin kerana kesan yang tidak berapa ketara bagi sesetengah individu. Akan tetapi ia mungkin akan menunjukkan kesan dalam jangka masa yang panjang. Kulit yang terdedah kepada cahaya matahari akan menunjukkan kesan-kesan berikut ;

Kulit terbakar (sunburn) = akan menyebabkan kerosakkan kulit yang kekal.

Kanser kulit = kesan pendedahan kulit terhadap cahaya matahari yang terlalu lama.

Kerosakkan mata = Mata juga merupakan bahagian mata yang tidak terlepas dari kerosakkan sekiranya tidak dilindungi dari sinar UV. Kerosakkan yang boleh terjadi adalah seperti kerosakkan tisu mata serta permukaan mata 'terbakar' yang turut dikenali dengan 'snow blindness'. Dalam jurnal The AmericanMedical of Association melaporkan sinar cahaya matahari yang rendah juga boleh merosakkan mata seperti terjadinya katarak.

Merosakkan sistem imun = Pendedahan terhadap sinaran UV melebihi 24 jam mampu merosakkan sel darah putih yang berperanan melawan penyakit. Jika terdedah lebih lama, sinar UV boleh merosakkan sistem imunisasi tubuh badan.

Sinar UV mempercepatkan proses penuaan kulit =  Semakin kerap terdedah dengan sinar UV, semakin rosaklah kulit. Sinar UV berupaya memusnahkan kolagen yang memberi sokongan terhadap keanjalan kulit. Kulit akan hilang keelastikan , kulit lebih berkedut serta menampakkan kesan pigmentasi yang sangat dibenci terutama golongan wanita.

Disebalik keburukan pendedahan sinar UV yang terlampau terhadap kulit, ada kebaikan yang memberi faedah pada sesetengah individu. Antaranya ;

1.  Sinar UV terhadap kulit adalah membantu menghasilkan vitamin D yang menggalakkan pertumbuhan sel kulit serta memperbaiki sel kulit yang rosak. Vitamin D amat diperlukan oleh tubuh dalam meningkatkan kekuatan tulang, otot dan juga meningkatkan sistem imun badan.

2. Terdapat sesetengah penyakit memerlukan sinar UV semasa sesi pemulihan contohnya masalah psoriasis. Sinar UV membantu melegakan beberapa simptom penyakit tersebut.

3. Mood yang kurang baik boleh dipulihkan dengan sinaran UV kerana sinar UV membantu tubuh melepaskan bahan kimia yang di kenali sebagai tryptamines untuk mood yang baik.

Langkah Pencegahan Kulit Dari Sinar UV

1. Cuba elak kulit terdedah dengan sinaran UV pada waktu antara jam 10 pagi hingga 4 petang. Selain kulit, mata dan DNA turut mendapat kesan kerosakkan.

2. Gunakan krim pelindung sinar matahari sekurang-kurangnya SPF 30 kerana ia melindungi kulit sehingga 96% daripada sinaran UV. Adalah baik menggunakan SPF 50 kerana kesan perlindungan sehingga 98%. Tiada krim pelindung matahari yang melindungi kulit sehingga 100% berkesan. Oleh itu jangan lupa menggunakan krim pelindung sinar UV 20minit sebelum berjalan ke luar rumah.

3. Bukan sahaja kulit, malah mata juga perlu perlindungan dari sinaran UV. Gunakan kacamata hitam yang memberi perlindungan sekurang-kurangnya 98% dari sinar UVA dan UVB

Lindungi Kulit Dengan Youth Moisturizer Shaklee



Melindungi kulit dari sinar matahari dengan pelindung matahari berspektrum luas SPF 50 UVA / UVB. 

Vitamin dan botanikal bernutrien melembapkan kulit dan menambahbaik penampilan kulit secara menyeluruh.

Bahan-bahan utama ; SPF 50, Vital Repair +® Complex, Muscadine Grape Extract.

Keputusan Klinikal Tanpa Kompromi



Shaklee telah membuktikan bahawa set penjagaan kulit Youth sangat selamat dan tulin dari segi keberkesanannya.
Produk Youth adalah ;

100% vegan
Bahan semulajadi
Bebas kekejaman
Hipoalergenik
Non-comedogenik (Tidak menyumbatkan liang roma)
Diuji oleh ahli dermatologi
Diuji oleh ahli oftalmologi

Hubungi agen Shaklee terdekat untuk Produk Youth Shaklee





Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.

** Semua maklumat tentang produk serta testimony yang disiarkan bukanlah bertujuan untuk MENDIAGNOS, MERAWAT, MENYEMBUH DAN MENCEGAH sebarang peyakit. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada pakar perubatan jika mengalami sebarang penyakit yang memerlu anda mendiagnos, konsultasi serta rawatan susulan sebelum mengambil vitamin **





Comments