Bila balik semenanjung, memang agak gilalah tengok sayur dan buah buahan yang bermacam jenis. Bukan saja macam macam jenis, macam macam warna pun ada. Dari warna putih, hijau, merah, oren sampailah ke warna ungu pun ada. Saya ni agak berani untuk cuba macam-macam buah dan sayur-sayuran yang berwarna warni, almaklumlah tak takut telan sayur. Semua pun bedal sebab saya tau khasiat sayur dan buah berbeza berdasarkan warna.
Kalau sayur warna hijau biasanya kaya klorofil, mampu meningkatkan kealkalian tubuh badan kalau diamalkan, insyaAllah dapat mencegah dari kanser.
Kalau sayur / buah warna oren katanya tinggi beta kerotin, sangat baik untuk mata. Phytonutrient seperti Beta-Cryptothanxin, karotenoid, zeaxanthin dan lutein yang terdapat dalam tumbuhan berwarna oren memberi zat dalam pembentukkan sel serta mencegah penyakit jantung.
Amalan memakan tumbuhan berwarna merah dapat mencegah masalah prostat, menurunkan tekanan darah tinggi serta mengurangkan kolesterol.
Manakala tumbuhan berwarna putih pula mampu membantu menyeimbangkan hormon.
Tumbuhan Berwarna Ungu Yang Superpower
Tumbuhan berwarna ungu adalah disebabkan kehadiran phytonutrient yang dikenali sebagai anthocyanins yang merupakan salah satu bahan yang terdapat dalam flavonoids. Selain memberi warna ungu pada sayuran dan tumbuhan, kehadiran anthocyanin ini sangat diperlukan oleh tubuh agar dapat mencegah penyakit kanser. Bahan antioksida ini kalau nak tahu tidak dihasilkan oleh tubuh, tapi sangat bermanfaat dalam mencegah sel tubuh dari rosak
1. Plum
Buah yang sangat comel dan sangat sayang nak makan. Kebiasaannya saya beli memang dapat yang manis, tapi ada masa kurang bernasib baik manisnya kurang. Jika dimakan bersama kulit, khasiatnya 20 kali ganda antioksida berbanding isi didalam.
Strawberi, mulberi, blueberi dan segala adik beradik berri yang meningkatkan kemampuan otak dan juga mood. terdapat kajian yang mengatakan berri sangat baik untuk perkembangan otak kanak-kanak
Makan kentang ungu dengan kulitnya sekali. Selain dari kandungan anthocyanins, kentang ungu memiliki 2-3 kali lebih kebaikan berbanding kentang berwarna lain kerana kandungan potassium, magnesium, vitamin C dan fiber yang tinggi.
Ceri mampu menurunkan kadar tekanan darah serta memastikan saluran darah dalam keadaan baik. Pengidap masalah sendi seperti osteoarthritis dan gout patut amalkan ceri supaya mengurangkan keradangan yang disebabkan penghasilan kristal disekeliling sendi. Ceri juga mencegah kanser, masalah jantung dan kencing manis.
Kandungan resveratrol yang terdapat dalam anggur terutama anggur muskat meningkatkan lagi keupayaan tumbuhan ini untuk memelihara sel agar sihat yang boleh membawa kepada penyakit kronik. Mengikut kajian klinikal, resveratrol sangat penting untuk memelihara DNA sel yang rosak akibat radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom yang tidak stabil yang terhasil akibat pencemaran
6. Lobak Ungu
Semua jenis lobak memiliki paras kalori yang rendah serta memiliki serat diet yang tinggi, vitamin K, vitamin C, potassium dan mangan. Kesemua jenis lobak (kecuali lobak putih) membekalkan carotenoid yang didapati mampu melawan beberapa jenis kanser serta meningkatkan imun terhadap serangan penyakit. Akan tetapi, lobak ungu dipercayai memiliki kadar antioksida yang tinggi kerana kehadiran anthocyanins
7. Kobis Ungu
Warna ungu yang cantik pada kobis ungu kadang-kadang rasa sayang nak makan. Kandungan anthocyanins yang terdapat dalam kubis ungu lebih mudah digunakan oleh tubuh jika ia di masak. Jika ia ditapai untuk membuat kimci, kubis ungu sangat baik sebagai makanan probiotik yang mampu mencegah serangan bakteria, mencerna makanan dengan baik serta menyerap nutrient dengan sempurna
Apakah Kebaikan Makanan Berwarna Ungu?
Makanan Berwarna Ungu Mencegah Ulser
Bahan antioksida yang terdapat di dalam makanan berwarna ungu mencegah terjadinya ulser perut yang disebabkan tidak balas bahan kimia.
Makanan Berwarna Ungu Bagus Untuk Hati
Hati merupakan organ penapis yang akan menapis logam berat yang masuk ke tubuh melalui pemakanan. Makanan berwarna ungu yang terkenal dengan kandungan antioksida yang tinggi yang boleh mengurangkan risiko kerosakkan hati.
Makanan Berwarna Ungu Baik Untuk Kesihatan Jantung
Memiliki kadar lemak yang rendah dan diperkaya dengan kandungan nutrient yang tinggi menjadikan makanan berwarna ungu mampu mengekalkan berat badan yang sihat sekaligus mencegah dari diserang masalah jantung. anthocyanins yang dipunyai oleh makanan berwarna ungu dipercayai mampu menurunkan paras kolestrol jahat serta meningkatkan kolesterol baik seterusnya memelihara kesihatan jantung
Makanan Berwarna Ungu Mencegah Jangkitan Kuman Pada Salur Air Kencing
Kita sangat disarankan untuk mengambil hidangan sayur-sayuran atau buah-buahan setiap hari. Selain dari membekalkan vitamin dan mineral, buah-buahan dan sayur-sayuran turut membekalkan serat serta memastikan tubuh kekal sihat. Akan tetapi ada beberapa sebab mengapa anda perlu pilih tumbuh-tumbuhan dan buah buahan berwarna ungu
Makanan Berwarna Ungu Mengurangkan Keradangan
Apabila tubuh badan mengalami masalah kesihatan, tubuh akan menghantar isyarat dengan cara tubuh menunjukkan keradangan akibat penyakit yang dihadapi. Makanan tinggi antioksida diperlukan agar tubuh mampu melawan semula penyakit yang dihadapi.
1. Anggur Muscadine
Makanan Berwarna Ungu Mengurangkan Keradangan
Apabila tubuh badan mengalami masalah kesihatan, tubuh akan menghantar isyarat dengan cara tubuh menunjukkan keradangan akibat penyakit yang dihadapi. Makanan tinggi antioksida diperlukan agar tubuh mampu melawan semula penyakit yang dihadapi.
Vivix Shaklee Makanan SuperPower
Anggur Muscadine merupakan satu-satunya jenis anggur yang memiliki lebih satu kromosom, dimana ahli saintis percaya mengukuhkan profil polyphenolnya dan berpotensi untuk memanfaatkan kesihatan. Ia memiliki asid allergik dalam kepekatan yang tinggi, satu phyto-nutrient yang tidak dijumpai dalam anggur yang lain dan telah menunjukkan mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria.
Kajian sains oleh Universiti Georgia telah membangunkan satu proses estraksi sejuk dan lembut untuk menjamin satu estrak yang bermutu tinggi dengan aktiviti biologi tertinggi. Untuk mencipta profil polyphenol yang kuat di dalam Vivix, ahli sains telah mengabungkan resveratrol yang terlampau tulen dengan estrak dari anggur hebat ini, Elderberry Eropah dan Lobak Unggu. Campuran inilah yang bertanggungjawab dalam banyak tindakan unik anti-penuaan sellular Vivix
2. Elderberry Eropah (Sambucus Nigra)
Kajian sains oleh Universiti Georgia telah membangunkan satu proses estraksi sejuk dan lembut untuk menjamin satu estrak yang bermutu tinggi dengan aktiviti biologi tertinggi. Untuk mencipta profil polyphenol yang kuat di dalam Vivix, ahli sains telah mengabungkan resveratrol yang terlampau tulen dengan estrak dari anggur hebat ini, Elderberry Eropah dan Lobak Unggu. Campuran inilah yang bertanggungjawab dalam banyak tindakan unik anti-penuaan sellular Vivix
2. Elderberry Eropah (Sambucus Nigra)
Elderberry mampu mengubati simptom flu, terutama sekali Influenza B. Berry mengandungi flovonoids yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat, dengan yang demikian mengukuhkan sistem imun melawan jangkitan virus dan bakteria. Elderberry turut kaya dengan sebatian yang dikenali sebagai anthocyanin yang memberi kesan anti radang. Ia juga mengurangkan simptom seperti sakit otot sakit atau demam yang berkaitan dengan selsema atau influenza.
Elderberry tidak hanya kaya dengan antioksida, tetapi juga kaya dengan vitamin A, B dan C dan juga nutrien seperti asid amino, carotenoid, tannin dan rutin. Elderberry turut berkesan terhadap masalah seperti flu, jangkitan yeast, asma, batuk, sesak hidung dan dada diabetes. Ia juga mampu merendahkan tahap kolestrol dan menghalang oksidasi kolestrol LDL. Oksidasi LDL dianggap sebagai satu penyebab penting penyakit kardiovaskular.
Kesimpulannya, Elderberry mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk, strok dan serangan sakit jantung. Manfaat lain dari Elderberry adalah mengurangkan stress, memperbaiki penghadaman dan penglihatan
3. Lobak Ungu (Purple Carrot)
Lobak Ungu merupakan sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytokimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes. Ia juga mengandungi anthocyanins, antioksidan yang mustajab. Anthocyanins memberi warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayuran, Berry banyak mengandungi anthocyanins, terutama sekali Blueberry, yang mengandungi antioksidan yang tinggi.
Anthocyanins adalah antioksidan utama yang terdapat dalam lobak yang berwarna ungu-kuning dan ungu-oren, manakala lobak ungu-kuning memiliki kapasiti antioksidan yang paling tinggi. Asid klorogenik adalah antioksidan paling banyak dalam semua jenis lobak. Asid Klorogenik dipercayai mampu mengurangkan diabetes yang dikaitkan dengan pengambilan kopi.
4. Polygonum Cuspidatum
Polygonum Cuspidatum (juga dikenali sebagai Knotweed Jepun), merupakan tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia. Banyak juga ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Knotweed Jepun merupakan sumber komersial Resveratrol yang juga terdapat dalam estrak kulit anggur merah dan juga biji anggur merah.
Polygonum Cuspidatum mempunyai banyak manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplemen anti-penuaan seperti resveratrol dan banyak jenis perubatan cina. Ahli sains telah banyak melakukan ujian makmal ke atas haiwan untuk menentukan manfaat kesihatan resveratrol. Kesimpulan dari ujian ini menunjukkan resveratol membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolestrol, merendahkan tekanan darah, meningkatkan prestasi atlet, dan mengurangkan berat badan.
Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You
✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala
Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.
✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala
Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.
Comments
Post a Comment