Majlis Grand Iftar Supermom Shaklee 2017

Assalamualaikum.... salam Ramadhan ke 15 hari ini. 

Cuti sekolah kali ni berpeluang berpuasa selama 2 minggu di semenanjung. Seminggu di Kota Tinggi, Johor dan seminggu di Sungai Besar, Selangor. Seronok sangat kalau peluang ni selalu dapat. InsyaAllah raya tahun ni kami sekeluarga beraya dikampung. Hhmmm..... macam terasa nak sambung cuti pula sampai raya nanti... malas rasanya nak balik Labuan. hehe

Kebetulan juga cuti kali ini terkena pula tarikh Grand Iftar SuperMom pada 9 Jun 2017. Dah alang-alang ada peluang, akak ambillah kesempatan ni untuk menyelit sekali dalam aktiviti Supermom. Bukan selalu dapat peluang macam ni. Jumpa kawan-kawan Shaklee yang selama ni sembang dalam FB, sembang dalam grup. 

Istimewanya Grand Iftar Supermom ni, percuma untuk SID yang naik rank atau pun efektif pada rank tersebut pada bulan April atau Mei 2017. Percuma untuk suami isteri pulak tu (Murah rezeki mami Hadha & Dedi). So, maka berangkutlah kami anak beranak untuk bersama-sama berbuka puasa dengan keluarga Shaklee Supermom.






Selain dari ucapan mami & dedi, penyerahan kuih raya, sesi bergambar, ada satu slot yang best dalam Majlis Grand Iftar Supermom ni.. ooooppppssss.... apa ye??


Mami Hadha sediakan Vivix Cocktail untuk kami.... diadun dengan resipi tersendiri Mami Hadha.... woooowwww sangat kannn?? Memang ohsem rasa Vivix. Sedap sangat.... letak juga daun pudina, memang segar rasanya.

Sebenar, kalau boleh nak join setiap aktiviti Supermom, OSF dan Ireach. Tapi faktor jarak tu yang buat banyak kekangan keadaan dan masa. InsyaAllah mana-mana program kalau terkena masa dan keadaan, nak cuba sertai juga.

Selamat menjalani ibadah puasa :)

LoveShaklee


Comments