Seseorang itu dikatakan mengalami darah tinggi apabila bacaan tekanan darahnya pada 140mmHg systolic (atas) dan 90 mmHg diastolic (bawah) dalam keadaan rehat/tenang berbanding bacaan normal 130/85 mmHg. (Rujuk carta di bawah)
Bacaan darah tinggi yang tidak terkawal boleh meningkatkan komplikasi penyakit kronik yang lain seperti serangan jantung, strok, buta dan kegagalan buah pinggang
Garam Penyebab Utama Meningkatnya Tekanan darah Tinggi
Garam atau nama saintifiknya "Sodium Chloride (Nac1)" atau "Natrium Chloride" sering dikaitkan dengan punca masalah darah tinggi. Kita selalu gunakan garam supaya menambah rasa yang tawar agar meningkatkan selera makan. Orang kata kalau makanan tawar ni hanya untuk orang sakit. Garam Penyebab Utama Meningkatnya Tekanan darah Tinggi
Bagaimana Garam Mampu Meningkatkan Masalah Darah Tinggi?
Secara amnya, badan manusia memerlukan sedikit sahaja garam (1 sudu teh sehari) untuk berfungsi secara normal. Garam yang berlebihan akan bertindak seperti span, menyerap kandungan air dalam badan dan seterusnya meningkatkan tekanan darah. Selain itu, bahan perasa seperti MSG, sodium bikarbonat / serbuk penaik, sodium inosinat atau apa saja yang berasaskan sodium dan natrium.
Awasi juga tabiat makan di luar secara kerap kerana kita tidak tahu berapa banyak kuantiti garam yang digunakan oleh tukang masak. Amalkan menyediakan makanan di rumah agar kita mampu memantau kuantiti garam dan serbuk perasa yang digunakan. Selain itu kualiti kebersihan makanan turut terjaga.
Tekanan hidup atau pekerjaan juga mampu meningkatkan masalah darah tinggi jika tidak ditangani dengan baik. Zaman sekarang ni ramai yang menjadi hamba kepada pekerjaan. Lagi stress bila semua tugas perlu segera. Sampai tak tahu nak buat yang mana satu. Saya sendiri juga mengalami perkara yang sama, belum lagi masalah menguruskan anak-anak dan rumahtangga. Memang boleh menaikkan darah ni. Jadi amat perlu membuat pemeriksaan tekanan darah serta penjagaan makanan dengan rapi
Tips Pemakanan Untuk Pengidap Darah Tinggi
1. Amalkan diet yang mengandungi ikan dan ayam yang dimasak setelah dibuang kulitnya. Jika memilih daging sebagai menu hidangan, pastikan gunakan bahagian tanpa lemak dan hidang dalam porsi yang sedikit.
2. Pelbagaikan kaedah memasak disamping mengurangkan penggunaan minyak dalam masakan. Menu dengan cara masakan seperti memanggang, merebus, mengukus adalah lebih menyihatkan.
3. Kurangkan pengambilan garam dalam masakan. Disamping itu masakan yang bergaram seperti telur masin, jeruk masin, makanan segera dan makanan ringan perlu dikurangkan kerana kandungan garam yang tinggi.
4. Patuhi piramid makanan. Jadikan piramid makanan sebagai panduan pemilihan makanan sihat. Piramid makanan mengandungi makanan yang dibahagikan kepada lima kumpulan berasaskan kepada kandungan zat dan fungsinya
Aras 1 (Bijirin, hasil bijirin dan Ubi)
Mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks. Ia turut membekalkan sumber tenaga utama oleh itu pengambilannya sangat penting. Selain itu makanan dalam kumpulan ini membekalkan vitamin, mineral dan sedikit protein. Contoh makanan dalam kumpulan ini adalah nasi, bubur, mee, mihun, roti, pasta, kentang, ubi-ubian, bijirin sarapan dan capati. Jika gemarkan bijirin, pilihlah dari jenis mil penuh.
Aras 2 (Sayur-Sayuran dan Buah-buahan)
Sayur-sayuran dan buah-buahan
Makanan yang sangat tinggi serat, vitamin dan mineral. Ambil 5-6 hidangan buah-buahan setiap hari agar membantu sistem penghadaman lebih baik.
Aras 3 (Daging, ayam, ikan dan kekacang)
Memiliki zat seperti protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pastikan buang lemak terlebih dahulu sebelum menikmati ayam dan daging. Selain daging, ayam dan ikan, kekacang juga merupakan sumber protein yang baik. Contoh kekacanga adalaha seperti kacang panjang, soya, kacang dal dan kacang merah.
Sumber tenusu juga diletakkan pada aras 3. Jika anda penggemar produk tenusu, pilihlah hasil tenusu rendah lemak.
Aras 4 (Lemak, minyak dan gula)
Kumpulan makanan ini perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit. Pengambilannya yang tidak terkawal boleh menyumbang kepada penyakit yang lain.
Cadangan Menu 1800 kalori Khas Untuk Pengidap Darah Tinggi
Sarapan Pagi
1 cawan nasi / mi / bihun / 3 keping roti mil penuh / 1 keping capati /
1 biji telur / 2 keping daging tanpa lemak
Teh / kopi + 2 sudu tepung / susu segar
Makan Tengahari / Makan Malam
1 1/2 cawan nasi putih / 1 1/2 cawan mi / bihun / kue tiau / 4 keping roti mil penuh
1 ekor ikan (sederhana) / 1 ketul ayam / 1 keping daging
1 cawan sayur
1 biji limau/ 1 potong betik/tembikai/nanas
Minum Petang
2 keping kuih tanpa gula / bubur tanpa gula
Teh / Kopi tanpa gula
Vivix Terbaik Membantu Pengidap Darah Tinggi
✔️ Jemput baca entri Vivix untuk keterangan lanjut berkaitan produk
*******************************************************************
Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You
✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala
Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.
Comments
Post a Comment