Mile 36 Lodge, Kundasang Sabah

Cuti persekolahan baru-baru ni, sekali lagi kami ke Kundasang, Sabah, Hahaha.... orang kata 'Asyik-asyik ke Kundasang... Pegi la tempat lain'....
Kalau banyak duit, balik-balik cerita pasal oversea, korang kata menunjuk pulak ye...

Adik dan suaminya datang bercuti ke Sabah, so kami pun apa lagi, ambil peluang la bawa anak-anak berjalan juga. Cuti bukan lama, seminggu je ... perjalanan kami bermula 18-21 Mac dari Labuan, KK, Kudat, Kundasang, KK dan berpatah balik semula di Labuan.

Malam pertama perjalanan kami stay di Kudat, Hotel bajet je... so takde lah nak review sangatkan.. Malam kedua kami di Kundasang, kami stay di Mile 36 Lodge.





Memandangkan kami ada 6 orang (4 dewasa, 2 kanak-kanak) Jenis bilik yang kami booking ni dalam bilik ada 2 bilik, 1 ruang tamu


Ruang tamu ada 1 toilet




Setiap bilik ada toilet

Pakej yang kami ambil siap dengan 4 orang breakfast, so 2 budak lagi dorang cas rm5 sorang untuk breakfast. Tempat makan ni di bawah bilik kami.
 

Dari atas tu kami just jalan kaki je dan kereta parking atas.

Ataupun turun sikit, ada parking lagi belah belakang

Harga untuk pakej ni dalam rm240 untuk satu malam (booking via Agoda). Ok jugalah walaupun tiada televisyen, almaklum dah letih so budak-budak pun tak bising nak tengok tv, masing-masing dah tido awal. 



Jenis Bilik

Twin / Double untuk 2 orang
Bilik keluarga (Besar) untuk 4 orang
Bilik mini keluarga untuk 4 orang
Bayaran setiap bilik termasuk sarapan pagi
Deposit keselamatan rm50 setiap bilik & akan dikembalikan semasa mendaftar keluar

Kemudahan

Bilik beserta bilik mandi
Berkongsi bilik mandi bagi bilik keluarga
Kemudahan air panas untuk mandi dan air panas untuk minum
Terdapat wifi di sekitar kaunter pendaftaran
Tambahan tilam disediakan

Istimewa

Sebuah rumah (beserta 2 bilik)
Had muatan 8-12 orang dengan tilam tambahan
Bayaran tidak termasuk sarapan pagi
Kemudahan memasak
Kemudahan tempat memanggang (BBQ)
Deposit keselamatan rm100
Tuala mandi tidak disediakan

Alamat
Kg Kalanggaan,
Mile 36,
Kundasang 89000 Sabah,

Tel :088-888161
Email : mile36lodge@gmail.com

Comments