Amalan Pemakanan Ibu Berpantang

Setiap ibu-ibu yang bakal menimang cahaya mata seharusnya memahami bahawa tempoh berpantang bukan sahaja untuk menurunkan berat badan semata-mata. Fokus utama tempoh berpantang adalah untuk mengembalikan semula tenaga yang telah hilang sewaktu proses melahirkan. Salah satu bahagian yang perlu ibu kuasai adalah amalan pemakanan ibu sewaktu berpantang.


Pemulihan tenaga ibu yang sedang berpantang adalah melalui pemilihan jenis pemakanan yang boleh dimakan, ini kerana tidak semua jenis makanan boleh dinikmati oleh ibu dalam pantang. Bagi yang baru pertama kali melalui pengalaman ini, bolehlah dapatkan nasihat dari mereka yang pengalaman yang telah melalui amalan pemakanan ibu berpantang.

Masa berpantang anak pertama dulu, saya memang buta dalam hal pemilihan makanan yang boleh dimakan. Hari pertama selepas melahirkan saya makan sahaja makanan yang dihidangkan oleh pihak hospital. Tinggal berjauhan dari keluarga menjadikan saya hilang tempat merujuk. Mujurlah pada waktu itu ada ibu kepada kawan suami sudi menyediakan makan dan minum untuk saya sepanjang beberapa hari berpantang sebelum kedatangan ibu mertua. Semua makanan di masak dengan cara tradisional dan terjaga. Ikan bakar di bakar dengan sabut kelapa, dan nasi baru akan di sediakan setiap kali waktu makan, bukan yang dipanaskan 2-3 kali.

Selalunya apabila menyebut bab kaedah memasak makanan ibu berpantang kebanyakkannya memilih kaedah merebus, memanggang, mengukus, membakar sebagai kaedah penyediakan makanan yang sihat. Walau apa pun caranya, pemilihan makanan yang betul sahaja perlu untuk ibu dalam pantang, bukannya asal kenyang sahaja.  

Pilihlah Makanan Yang Berkhasia

Aspek pemilihan makanan adalah yang paling penting sekali. Jika makanan semasa pantang disediakan oleh ibu, ibu mertua mahupun suami, pastikan ia membekalkan kesemua nutrisi penting untuk ibu. Selain memulihkan tenaga, makanan bernutrisi juga penting sebagai amalan pemakanan ibu berpantang adalah ;
1. Membantu penghasilan susu ibu
2. Mengurangkan penyakit pada bayi
3. Meningkatkan kesihatan (osteoperosis, sakit bahu, pinggang) 

Sumber Protein



Mengurangkan risiko mengalami kemurungan selepas bersalin. Gangguan emosi sangat tidak bagus untuk ibu-ibu dalam pantang.
Memperbaiki semula fungsi otak.
Membantu membina sistem saraf bayi melalui pemberian susu ibu.
Cadangan pemakanan : Ikan tenggiri, salmon, tuna, kacang walnut, biji labu, telur dan minyak ikan

Produk Tenusu Rendah Lemak




Membekalkan Vitamin B, Vitamin dan Protein

Cadangan pemakanan : Susu tepung, keju, yogurt

Keperluan Zat Besi

Zat Besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Ibu mengalami kekurangan darah merah sewaktu proses melahirkan. Kekurangannya akan menyebabkan ibu bertambah lemah kerana tahap tenaga yang rendah. 

Cadangan pemakanan : Daging tanpa lemak, hati, daging kambing, kerang, tiram, biji bunga matahari, kekacang.

Buah-buahan dan Sayur-sayuran



Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi dapat mengelakkan ibu mengalami sembelit ketika dalam pantang. Kedua-dua sumber ini membekalkan mineral serta serat yang tinggi. Akan tetapi ibu perlulah bijak memilih jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang sesuai dimakan ketika dalam pantang

Pemilihan buah-buahan yang betul amat penting untuk mengelakkan masalah seperti sakit tulang serta sejuk otot dan sendi. Manakala pengambilan sayur-sayuran yang menjalar, sejuk serta berangin akan menyebabkan ibu dalam pantang mengalami kembung perut dan sakit-sakit badan.

Air Yang Mencukupi




Kekurangan air akan menyebabkan gangguan pelbagai fungsi fisiologi tubuh. Sakit kepala, lemah, batuk dan sembelit mungkin akan berlaku jika ibu dalam pantang kurang menitik beratkan keperluan pengambilan air yang mencukupi. Ini juga boleh menganggu penghasilan air susu. 

Ibu tidak dibenarkan mengambil air sejuk serta tajam. Air yang disarankan ialah pengambilan air putih secukupnya. Akan tetapi amalan pengambilan beberapa jenis minuman herba amat digalakkan contohnya air kunyit yang dipercayai dapat mengecutkan rahim dan mencuci darah.

Cadangan minuman : Air suam, air pati kunyit, jus pegaga, air milo, horlicks. 

Vitamin Untuk Ibu Berpantang

Selain memilih makanan yang sesuai sebagai amalan pemakanan ibu berpantang, vitamin juga membantu ibu berpantang melengkapkan segala nutrisi yang kurang. Rangkaian set berpantang untuk ibu lepas bersalin sangat lengkap dan sesuai diamalkan.

Tidak semua makanan yang disediakan akan membekalkan nutrisi 100%. Berkemungkinan besar hanya sebahagian sahaja khasiat yang diterima oleh tubuh ibu akibat penyediaan makanan yang tidak betul, kebersihan, cara masakan yang terlalu lama hinggakan merosakkan nutrisi yang sepatutnya dibekalkan untuk ibu dalam pantang. 
 

Vitalea Iron Formula

Membantu membekalkan 100% nutrien yang diperlukan oleh ibu berpantang untuk sembuh dari luka bersalin.
Mengandungi zat besi (Iron) untuk membina semula sel darah merah yang banyak hilang sewaktu proses bersalin
Membantu ibu cergas dan bertenaga sepanjang proses berpantang
Membantu ibu mendapat 100% zat yang ibu tidak perolehi melalui pemakanan kerana proses berpantang yang dilalui

Alfalfa Complex

Digelar sebagai 'Raja Segala Tumbuhan' kerana ia akan memberi banyak manfaat kepada kesihatan.
Kaya dengan serat, protein, asid amino, klorofil, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia.
Merupakan galactagogue atau milkbooster bagi memudahkan penyusuan ibu
Merawat masalah keputihan

ESP Soy Protein Isolate Powder

Protein sangat penting dalam menghasilkan hormon dalam badan.
Bagi susu ibu, penghasilan hormon prolactine dan oxytocin sangat penting bagi menjayakan penyusuan susu ibu.
Protein adalah komponen utama dalam susu ibu selepas air. Kurang protein boleh menyebabkan masalah kurangnya susu ibu semasa berpantang.
Membantu membina dan membaiki sel lantas menggalakkan penyembuhan luka dengan segera
Mengenyangkan dan memberi tenaga.

Sustained Release Vita-C

Pelepasan Vita-C berkadar masa
Melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan dan demi memastikan bandan sentiasa cukup vitamin C dalam meningkatkan antibodi secara konsisten.
Vita C sangat diperlukan dalam membantu tubuh pulih dari proses kelahiran
Memperbaiki tisu sel yang rosak semasa bersalin

Ostematrix

Membekalkan nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukkan dan penjagaan tulang dan gigi.
Ia juga mengandungi magnesium, Vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.
Dibentuk dalam bentuk kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin untuk mudah ditelan.
Ostematrix menangani masalah sembelit dikalangan ibu dalam pantang

Omega Guard

Memberi kesan hangat pada badan ibu
Menyelesaikan masalah sejuk dan lenguh disendi jari tangan dan kaki
Berupaya meningkatkan sistem imun tubuh ibu dan bayi (melalui penyusuan susu ibu)
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=328ff8f89f412408ecfd81b97a1f9c08
 Jom order online Set Dalam Pantang

Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.

Comments

  1. Hi, Great information! Would you please consider sharing my link to your readers? Please email me back at haileyxhailey gmail.com.

    Thanks!
    Hailey

    ReplyDelete

Post a Comment