Assalamualaikum... salam sabtu kawan kawan. Sempat juga saya menyiapkan entry ni walaupun cuti-cuti di KK. Ni lah kalau kedai maya, update kedai pun secara maya ... bestkan. Nak-nak lagi yang bekerja dari rumah, tak payah nak sebuk-sebuk sewa kedai dan buka kedai 8-10 malam. Kedai saya 24 jam. Wasap dilayan bila-bila masa ikut masa terluang.
Hari ni nak story macam mana saya boleh kumpul fullset NutriWhite. Kalau SID Shaklee mesti tau harga NW ni kan??? Mesti ada "WOW, pakai fullset lah dia"!!!!!!..... Masa mula-mula decide nak guna fullset NutriWhite ni memang fikir panjang jugalah. Almaklumlah harga set NutriWhite ni boleh tahan juga, kualiti setanding jenama terkenal tau, dan yang paling penting sangat sesuai untuk orang asia.
Soalan biasa dalam kepala;
1. Serasi ke dengan kulit aku ni? Kalau tak serasi membazir je beli... bukannye murah
2. Banyak-banyak ni pakai ke? Kalau tak pakai membazir je beli
3. Mampu ke? Bukan murah ni... huhuhu
Apa yang saya buat mula-mula?
Saya taklah pakai fullset sekaligus. Nipis poket wehhh.... wakakakak.. Apa yang saya buat? saya beli yang paling asas dulu dan paling penting ikut bajet poket. Antara banyak-banyak produk NutriWhite saya pilih 2 produk ni dulu;
1. Gentle Deep Cleanser
2. Overnight Renewal Whitening Cream.
Bajet untuk kedua-dua produk ni bawah rm350 untuk harga bukan ahli. Kalau beli dengan harga ahli semestinya harga lebih murah dan berbaloi. Itulah kalau SID ajak join ahli, join je, bukan mahal pun, rm65 (excluding GST). Banyak nikmat ahli kita dapat
Kenapa Saya Mulakan Dengan Dua Produk Ni?
Saya pernah belajar berkenaan penjagaan kulit di Pusat Latihan Vokasional Wanita (Lupa dah nama institutnya) di Petaling Jaya. Lama dah, masa tu anak masih sorang dan belajar di institut tu dapatlah juga kumpul-kumpul ilmu untuk kegunaan diri sendiri. Yuran pun boleh tahan, rm600 untuk kemahiran facial je. Cikgu yang mengajar saya dulu bagitau, kalau takut nak mulakan set lengkap, mulakan dengan 2 jenis ini dulu. Dengan ilmu yang cetek ni saya decide sendiri untuk beli 2 produk NW ni. (Niat memang nak borong semua... sebab tamak)
Kenapa Perlu Pilih Gentle Deep Cleanser?
Bahagian yang paling banyak terdedah, semestinya kulit muka. Keperluan mencuci muka pada saya sangat penting sebab kulit muka tak tebal macam kulit badan. Kulit muka lebih nipis dan sensitif. Jadi perlulah dijaga baik-baik. Janganlah nak neutral sangat sampai langsung tak ada pencuci muka
"Aku nak yang neutral je. Tak pakai pencuci muka pun"
Macam lucu je bila dengar statement gini.
Kemon la.... Air bukan jenis yang boleh hilangkan minyak berlebihan pada kulit muka. Bukan tak boleh, tapi kurang berkesan. Jadi nak nampak kesan yang maksimum. Sekarang ni pencemaran pun macam-macam, so pandailah pilih pencuci yang terbaik.
Kenapa Saya Pilih Overnight Renewal Whitening Cream. ?
Masa tidur adalah masa yang sesuai untuk merawat kulit muka. Kulit tak dirawat masa siang, kulit di rawat sewaktu tidur. Jadi saya ambil peluang untuk memperbaiki kulit yang rosak pada waktu malam dengan Overnight Renewal Whitening Cream.
Sebenarnya saya ambil sedikit masa untuk melihat keserasian dengan kulit. Bukan hari ini pakai esok lusa dah bising-bising NutriWhite tidak berkesan. Kalau dulu dah guna macam-macam produk tinggi bahan kimia, mesti tempias kesan sampingan tu ada. Dalam tempoh itu saya cuba monitor kulit saya sebaik mungkin. Jadi saya punya cukup masa untuk kumpul duit lengkapkan set NutriWhite saya,
Lepas tu barulah saya berjinak-jinak beli produk seterusnya mengikut bajet poket pada bulan berikutnya. Setiap botol tu tahan lama. Ada yang capai setahun. So memang sempatlah nak merasa set lengkap sebenarnya.
Bila pandai merancang, mesti yang mula-mula kita rasa tak mampu akhirnya kita miliki juga. Tapi kalau dari awal kata takde duit, sampai kesudah takde duit, sebab kita sendiri yang doakan diri sendiri takde duit.
Berminat cuba set NutriWhite yang super gojes ni?? Jom lihat set glamer ni dulu, NUTRIWHITE set kulit Shaklee.
Jom Beli Set NutriWhite Secara Online
Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You
✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala
Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.
Saya pun stat beli 1 per satu produk dl..lama2 complete 1 set..puas hati dpt guna full set.
ReplyDeletetu lah cara yang paling terbaik husna... tidak membebankan dan akhirnye kita juga dapat manfaatnye... betul tak?? :)
Deleteinfo yang bagus. kena cuba kumpul skit2 ni, barulah dpt kesan yang best...
ReplyDeletehaah mia... sikit-sikit lama2 jadi bukit.. hehehe
Delete