Sama ada travelling sebab bercuti atau bekerja, jika keadaan kesihatan tidak mengizinkan pada waktu kaki ingin melangkah... boleh menyebabkan hilang mood.... betul tak?
Pernah suatu ketika dulu, nak travelling sebab bekerja, sehari sebelum saya dah dapat rasa simtom 'kencing kotor'. Bagi yang biasa terkena, mesti fahamkan? Hari nak travel, saya mula bleeding. Pada mulanya saya fikir period yang mungkin datang semula (saya ada masalah period, hari 1-3 period macam biasa, hari 4-6 berhenti dan akan datang semula selepas itu). Tapi peliknya hanya bleeding semasa saya buang air kecil sahaja sehingga menitik-nitik di lantai toilet semasa di airport) . Sakitnya tuhan je yang tahu. Walaupun sakit dan tidak selesa, saya teruskan juga perjalanan ke KL pada hari itu.
Mujur sampai di tempat yang dituju, berderet klinik. Saya terus pergi untuk dapatkan rawatan. Owh... memang dah teruk masalah 'kencing kotor' saya sebab sudah berlaku infection pada waktu itu. Itulah sebabnya saya bleeding.
Alhamdulillah, doktor berikan antibiotik dan lega selepas 2 hari.
moral of the story ; Antibodi yang kurang masa tu, dan kurang minum air masak. Silalah mereka yang mengalami masalah seperti ini, bertindak ke arah lebih baik.
Ada satu kenangan dulu, masa melawat Vietnam dengan 6 lagi rakan lain. Seronok memang tak terkiralah. Almaklum mak-mak terlepas dari rumah, heaven gila bila dapat berjalan. Pengalaman kali ke dua amat menyeronokkan sebab guna tour guide, so semua disediakan. Malas nak fikir urusan transport, makan, tempat penginapan... so bayar ja lah kan. Sepanjang berada di sana, tiada masalah yang dihadapi.
Pagi tu saya period pain yang teramat sangat. Sampai kejang separuh badan rasanye sebab terlalu sakit. Memang berubah mood lah kalau mula tak sihat tu kan.....
Tapi paling sedih dan panic semasa nak check in balik. Salah seorang rakan kami mengalami sakit mata. Terdetik juga dalam hati "Kalau tak lepas ni, macam mana?". Tapi saya abaikan je perasaan tu. Masa tu acah-acah tour leader lah kunun.
Tak sangka pramugari tu perasan lak salah sorang kawan kami yang sakit mata tu. Terus dia panggil dan minta berjumpa pembantu perubatan yang berada si situ. Kami berdoa je supaya segalanya dipermudahkan. Lepas tu saya dipanggil oleh salah sorang pramugari tersebut dan maklumkan kawan kami tak boleh naik flight. Alamak........ nak kena bawa hospital. Dorang bagi pilihan sama ada semua tinggal atau dia sorang ja yang tinggal. Acaner tu??? Kami ada lagi connecting flight untik dikejar petang tu. Dalam dok kalut, pramugari tu tanye beg mana nak tinggalkan? Aku lagi krik..krikk... sebab semua bag dah masuk dalam dan tak tahu beg mana satu kepunyaan kawan tu. Sebab ????? Check in as group..... adoi ni lah masalahnya check in dalam group, bila nak tarik balik beg, dah taktau mana satu.
Kami tiada pilihan, kawan yang hand carry barang, keluarkan apa sahaja pakaian yang boleh ditinggalkan untuk kawan kami tu. Duit ??? Mana ada cash money yang banyak... adalah kodak2 kami kumpul dalam rm700. Kami tinggalkan untuk akak tu. Menangis... meraung... panik.... dah tu kena panggil banyak kali sebab kami lambat boarding.
Nasib baik tour guide kami tu baik dan banyak membantu. Bila sampai KLIA2 , saya start balik chatting dengan bos tour guide di Vietnam tu, syukur dia bagitau, kawan kami dibenarkan balik hari tu juga. Tak kau panic kalau kena tidur hospital sana??? Berapa agak-agaknye kos tu ye???.
Alhamdulillah, kawan kami selamat sampai hari yang sama. Harap-harap ini jadi pengajaran pada kami agar lebih menjaga kesihatan sepanjang berada di negara orang.
Tips Tingkatkan Sistem Imun Sepanjang Travelling
Sebelum Percutian
1. Jaga kesihatan dan keselamatan sebelum perjalanan ke mana-mana destinasi percutian. Kalau ada tanda-tanda demam atau sakit, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor. Sekurang-kurangnya kita tahu tahu tahap kesihatan kita setakat mana.
2. Pastikan persekitaran rumah dalam keadaan bersih dan selamat. Ini juga menjadi faktor untuk kita jatuh sakit atau ditimpa kemalangan
3. Makan makanan dan minuman yang bersih. Lebih baik sediakan dari rumah. Lebih terjamin keselamatan. Pastikan hidangan yang dipilih dapat meningkatkan sistem imun tubuh
4. Ambil vitamin yang mampu melindungi sistem badan dari jangkitan penyakit.
5. Pastikan bawa ubat-ubatan yang mungkin dapat membantu dikala kesusahan. SAFETY FIRST orang kata. So tak salah bawa first aids yang simple tetapi memberi manfaat.
6. Kalau kurang yakin dengan udara negara yang dilawati, sediakan topeng.
7. Bekalkan hands sanitizer dalam beg yang mudah dicapai. Sentuhan juga mampu memindahkan virus dan bakteria.
8. Minum banyak air sebelum perjalanan.
9. Jika travelling ke negara-negara yang mengalami banyak musim, sediakanlah kelengkapan yang sesuai. Perubahan musim boleh mempengaruhi tahap kesihatan juga.
10. Pada yang bawa anak kecil, sediakan thermometer
Semasa Percutian
1. Pantau keadaan tempat makan, jika keadaannya tidak bersih, carilah kedai makan yang lain. Mesti banyak pilihan lain.
2. Kalau dah tau perut memang tak tahan dengan sesetengah makanan, janganlah cuba-cuba time travelling. Punca mood swing. Macam saya, kurang tahan dengan kerang-kerangan. Kalau travelling, tak berani nak mencuba, takut memudaratkan diri sendiri
3. Habuk dan keadaan sekeliling yang kurang bersih selalu mengundang penyakit seperti batuk dan alergi. Kalau perlu, pakailah lengan panjang dan penutup muka.
4. Banyakkan minum air sepanjang travelling.
5. Sediakan tisu basah untuk keadaan-keadaan tak terduga.
6. Amalkan vitamin peningkat imun seperti Vitamin C
SET IMUN SHAKLEE
Set Imun Shaklee |
Terdiri dari campuran biji labu, bunga safflower, biji plantago dan Japanese Honeysuckle Flower Bud. Telah terbukti secara klinikal merawat penyakit hipetitis C yang kronik
Merupakan agen antioksida yang meningkatkan sistem imun tubuh. Menggalakkan pengeluaran antibodi serta sel darah putih. Juga terlibat dalam pengeluaran interferon
Antibiotik semulajadi serta merupakan penggalak imun yang berkesan. Allicin dalam bawang putih adalah komponen aktif dalam pengeluaran sel darah putih dan pengeluaran antibodi.
"Nak sentiasa sihat sepanjang travelling? Tingkatkan sistem imun tubuh dengan SET IMUN Shaklee agar perjalanan lebih seronok dan tiada masalah. Dapatkan dari saya, Pengedar Shaklee Labuan anda. Konsultasi juga diberikan secara percuma untuk pelanggan-pelanggan saya. Tiada cas COD dan cas pengeposan di kenakan untuk anda."
Jom beli Set Tingkatkan Imun Tubuh secara online
Comments
Post a Comment