Tips Memilih Makanan Rendah Indek Glicemik (GI) dan Glicemik Load (GL) Untuk Pesakit Diabetes

Diet pesakit diabetes perlu memastikan makanan yang diambil mempunyai kadar Indek Glicemik (GI) dan Glicemik Load (GL) yang rendah.


" Indek Glicemik ialah ukuran kesan daripada Karbohidrat pada paras glukosa darah"


" Glicemik Load (GL) ialah satu ukuran baharu untuk mengukur impak pengambilan karbohidrat (mengambil kira GI)"

Makanan dikatakan memiliki kadar GI yang tinggi apabila karbohidrat memecah dengan pantas semasa proses pencernaan, dan melepaskan glukosa dengan cepat. Manakala jika karbohidrat memecah dengan lambat, serta melepaskan glukosa dengan perlahan ke dalam salur darah ia memiliki GI yang rendah. GI dikelaskan kepada tiga, iaitu ;


Nilai GI menunjukkan bagaimana cepatnya karbohidrat bertukar kepada glukos tanpa merujuk kepada sukatan atau kuantiti karbohidrat dalam satu sajian. Manakala GL pula memberi gambaran yang lebih meluas kerana GL mempertimbangkan sukatan atau kuantiti karbohidrat yang diambil

Tip Memilih Makanan Rendah Indek Glicemik

1. Makan banyak sayur-sayuran (non-starch), kekacang dan buah-buahan seperti epal, pear, pic, beri, pisang dan mangga

2. Makanan berserat boleh menurunkan kadar kolestrol jahat (LDL) serta mengawal paras glukosa dalam darah darah. Ambil sekurang-kurangnya 20-30 gm/hari makanan jenis ini, contohnya bijirin, kekacang serta bijian

3. Pilihlah bijirin tidak diproses seperti barli atau oat

4. Hadkan pengambilan kentang dan makanan bertepung

5. Elak makanan bergula

6. Makan sumber protein yang baik seperti kekacang, ikan atau ayam yang dibuang kulit

7. Pilih makanan yang memiliki lemak sihat

8. Kekalkan 3 sajian utama dan 2 snek setiap hari. Jangan abaikan sarapan

9. Dapatkan pengambilan karbohidrat yang konsisten setiap hari agar sumber tersebut dapat diagihkan dengan baik bagi mendapatkan kawalan glukosa darah yang baik

10. Makan secara perlahan

11. Lakukan senaman secara konsisten setiap hari

[sumber = Memahami Diabetes, 2015]
 
Apa yang paling penting adalah, ambillah sumber karbohidrat secara terkawal. Jika ia dipilih secara berhati-hati, pengambilannya tidak akan membahayakan pesakit diabetes.



"Mengalami masalah diabetes dan masih belum jumpa penyelesaiannya? Kawal paras glukosa dalam darah dengan mengamalkan supplimen Shaklee. Kurang mahir memilih ? Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan anda dan anda akan diberi konsultasi secara percuma" 

 

Comments