Langkah Mudah memasang komponen GET CLEAN Water Pitcher

Assalamualaikum....

Wah... Akhirnya tercapai juga hajat nak beli Get Clean Water Pitcher. Lama dah teringin, tapi alhamdulillah baru sekarang ada rezeki nak guna Water Pitcher ni. Sebenarnya bukan takde water filter di rumah, tapi teringin sangat nak dapatkan juga Water Pitcher ni sebab ;


1. Portable - Mudah untuk dibawa kemana-mana. 
2. Tidak menggunakan tenaga elektrik
3. Tiada upah penyelenggaraan - Boleh selenggara sendiri. Hanya beli filter dan ganti sendiri
4. Murah - Harga tak sampai beribu pun. Mampu milik bagi yang kurang berkemampuan dan dalam masa yang sama dapat menjaga kualiti air minuman. 

Kebiasaannya kalau beli apa-apa produk, manual pengguna akan disediakan. So langkah-langkah yang ditunjukkan menjadi panduan semasa memasang Water Pitcher ini. Tapi, bagi mereka yang malas nak baca manual pengguna, saya mudahkan sikit kerja anda. Nak share step by step cara pemasangan Water Pitcher yang mudah ni.

1. Jom kenali dulu bahagian Water Pitcher sebelum mula memasang. Sebelum melakukan pemasangan pastikan tangan kita sudah dicuci dan bahagian-bahagian Water Pitcher juga dicuci dengan sabun dan air suam.


2. Rendamkan Water Filter Refill dalam air selama sekurang-kurangnya 2 jam. Pastikan Water Filter Refill tenggelam sepenuhnya dalam air.


3. Selepas 2 jam, cuci Water Filter Refill di bawah air yang mengalir untuk memastikan ia bebas dari sisa karbon.


4. Kemudian, pasangkan Reservoir ke dalam Water Pitcher.


5. Perhatikan bahagian dalam Reservoir. Terdapat beberapa garisan menegak yang di kenali sebagai Fill Line. Ia menunjukkan paras air yang diisi tidak boleh melebihi garisan paling atas.


6. Pasangkan Water Filter Refill di dalam Water Refillable Filter Housing Kit. Putar untuk mengetatkannya. Perhatikan pada gambar yang ke dua, terdapat gelang getah yang dikenali dengan nama GASKET. Pastikan pemasangannya betul. Ini adalah untuk mengelakkan air keluar semasa proses penapisan dilakukan. Pastikan juga, muncung pada housing kit ditarik sepenuhnya.



7. Setelah pasti pemasangan filter betul di dalam Housing Kit, Pasang komponen tersebut dalam Reservoir. Anda perlu memastikan pemasangannya di tekan kemas supaya tidak berlaku kebocoran semasa anda menapis air.


8. Langkah seterusnya, lihat Lid With built-in filter life meter. Komponen ini menunjukkan bacaan meter air. Anda perlu set semula dengan memutarkan ia mengikut arah ikut jam pada bahagian belakangnya. Putar hingga petunjuk berwarna kuning dengan label tulisan SET. PERLU DIINGAT, LID WITH BUILT-IN FILTER LIFE METER AKAN BERGERAK SETIAP KALI ANDA MENEKAN UNTUK MEMBUKA BAHAGIAN ITU.




9. Seterusnya pasang Lid with built-in filter life meter pada Water Pitcher. Anda hanya perlu mengisi air melalui bahagian Filter Life Meter sahaja. Ini untuk memastikan meter memberi bacaan yang betul apabila anda perlu menukarkan filter yang baru.



10. Isi air hingga paras Fill Line


11. Biar air surut sendiri sebelum membuat isian semula.


12. Untuk setiap isian mencapai paras Fill Line, anda memperolehi tadahan air sebanyak lebih kurang 1.5 liter


13. Anda perlu menukar filter jika Filter Life Meter menunjukkan bacaan 80galon atau setiap 4 bulan sekali.


Mudahkan cara pemasangan komponen GET CLEAN Water Pitcher? Lepas ni dah senang, tak perlulah lagi saya usung botol air dari rumah. Water Pitcher ni saya beli untuk kegunaan di sekolah. Tadah air paip, tapis dan boleh terus minum.

"Berminat dengan GET CLEAN Water Pitcher?? Produk yang berkualiti tetapi boleh didapati pada harga yang mampu dimiliki. Yang kurang berkemampuan nak dapatkan penapis air yang berharga ribu riban boleh dapatkan Water Pitcher dengan harga yang murah. Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan anda untuk konsultasi produk secara percuma"


Comments