Awas ......Jeragat !!!!!!!! Musuh Ketat Wanita

Bila menulis artikel mengenai 'Jeragat' ni, saya selalu teringatkan mama. Punyalah mama anti habis dengan jeragat ni. Mama akan sedaya upaya memastikan kulit wajahnya terjaga rapi supaya tiada jeragat walau sebintik pun hinggap di kulit mukanya. Kenapa ye jeragat sentiasa menjadi musuh ketat wanita ? 


Sejujurnya saya pun adakalanya jadi macam mama. Risau kalau muncul jeragat. Wanita mana yang mahu bintik hitam singgah di kulit wajah. Semua wanita pastinya mahukan kulit yang mulus dan bersih. Wajah adalah daerah pertama yang akan dilihat. Ada juga wanita yang menjadi kurang yakin untuk mengenakan apabila berhadapan dengan orang lain serta mengenakan make up yang tebal hanya untuk melindungi kesan jeragat yang mencacatkan kecantikan.

Apa Itu Jeragat?

Warna kulit kita ditentukan oleh bilangan melanin yang dipunyai oleh seseorang. Semakin tinggi melanin, semakin gelap kulit seseorang. Akan tetapi apabila jumlah melanin menjadi tidak seimbang, kulit akan menunjukkan tompok-tompok hitam yang tidak sekata pada kulit. Salah satu faktor kepada masalah ini adalah apabila kulit terdedah kepada punca suria secara berlebihan. Keadaan inilah yang di sebut jeragat apabila terdapat bintik-bintik hitam atau tompok hitam pada kulit wajah. 

Jenis-Jenis Jeragat

1. Freckles / Tompok hitam

- Tompoh hitam yang rata, sedikit gelap dan mempunyai saiz sebesar kepala batang mancis.
- Ia terhasil akibat melanin yang tidak sekata.
- Faktor genetik turut mempengaruhi penghasilan Freckles / tompok hitam.

2. Melasma / Chloasma

- Melasma / Chloasma berkemungkinan terjadi sewaktu seseorang wanita itu hamil.
- Keadaan ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon sewaktu mengandung seperti hormon estrogen, progesteron dan hormon melanocytes.
- Hanya 1/20 sahaja dialami oleh lelaki
- Terdapat 3 jenis melasma, iaitu epidermal, dermal dan kedua dua sekali

3. Post-Inflammatory Hyperpigmentation (PIH)

- PIH terjadi apabila terdapat kulit yang luka dan mengalami keradangan.
- Apabila kulit yang luka mengalami keradangan, keratinosit akan menghasilkan melanin secara berlebihan dan mengakibatkan perubahan warna pada bahagian kulit yang luka.
- Keadaan PIH juga mungkin akan semakin parah dengan rawatan seperti pengelupasan dan lazer.

4. Age spots / liver spots

- Tompok penuaan cenderung terhasil apabila usia menginjak ke usia 40an, dimana ia menunjukkan kulit telah mengalami penuaan.
- Apabila kulit mulai menunjukkan penuaan serta sering terdedah dengan persekitaran yang tidak bersih, melanocytes akan mula melepaskan melanin dengan tujuan melindungi kulit.

5. Post-Acne Pigmentation (PAP)

- PAP terhasil akibat luka yang disebabkan jerawat. 
- Ia disebabkan oleh penghasilan  melanin secara berlebihan dan menyebabkan keradangan pada kawasan kulit yang luka.

6. Sun burn pigmentation (SBP)

Sun burn pigmentation merupakan jenis jeragat yang terhasil apabila kulit terdedah dengan sinaran ultra ungu secara berlebihan

Rawatan Jeragat 

Masalah jeragat boleh dirawat dengan penggunaan krim pencerah atau lazer. Perbezaan dari penggunaan kedua-dua kaedah rawatan ini adalah teknik lazer lebih efektif jika dibandingkan dengan penggunaan krim pencerah. Kesan penggunaan lazer ke atas masalah jeragat lebih cepat dan mudah diatasi.

Akan tetapi rawatan lazer memerlukan penjagaan rapi selepas proses rawatan. Secara luaran kulit berkemungkinan tidak menunjukkan sebarang kesan yang memudaratkan, akan tetapi penjagaan yang teliti diperlukan agar kulit tidak tercerdera. Kulit juga perlu dilindungi agar tidak terdedah kepada sinaran matahari secara berlebihan untuk menghindarkan dari terjadi semula masalah jeragat. 

Set Jeragat Teman Baik Wanita

Set Jeragat
  

ESP

Protein amat penting dalam pembentukan sel kulit baru seterusnya ia mengurangkan kesan kulit mati dan kekerapan terjadinya jeragat. InshaAllah pengambilan ESP secara konsisten mampu merawat masalah jeragat.

VITA E

- Vita E meningkatkan kadar pemulihan kulit yang rosak akibat  jerawat. Tahu tak bekas jerawat boleh membentuk jeragat? 

- Selain 'sunburn', bekas jerawat juga mampu menghasilkan jeragat. Vita E melindungi kulit dari sinar UV. Dengan Vita E, kesan 'sunburn' dan jeragat akan dineutralkan kerana Vita E akan mengantikan sel yang baru dengan aktif

- Selain mencerahkan kesan jeragat, Vita E turut berperanan sebagai agen rejuverasi 

VITA C

Apa beza vitamin c Shaklee denga vitamin C jenama lain??? 

- Vita C Shaklee mengunakan teknologi "Sustained Release" dimana ia mampu kekal lama dalam darah. Vita C juga diperlukan dalam pembentukkan kolagen. Wah... kulit mesti makin cantik bila cukup vitamin C.

- Vita C mampu mencerahkan kulit tau!! Jadi jeragat pun akana pudar apabila vitamin C cukup dalam badan. Selain berfungsi mencerahkan kulit, Vita C juga melambatkan penuaan, menyekat pembentukan dan menghilangkan jeragat 

GLA COMPLEX

- Ketidak kestabilan hormon turut dikenalpasti sebagai punca utama terhasilnya jeragat. Oleh yang demikian, PENTING untuk Gamma Lenolenic Asid (GLA) untuk menstabilkan hormon. 

- Gla Complex 2 kali lebih baik jika dibandingkan sumber GLA lain .  

- Cara Gla menghilangkan jeragat adalah dengan membantu mengawal paras hormon estrogen dan testosteron. Bila hormon stabil, jeragat pun hilanglah!! 

- Selain itu juga, Gla Complex turut mengandungi vitamin E yang memulihkan sel jeragat, menegang dan mencerahkan tompoh hitam 

Jom Lihat Testimoni Set Jeragat




 
"Jika anda mempunyai masalah jeragat, pastikan anda memiliki set jeragat Shaklee yang mampu mengatasi masalah jeragat. Lebih selamat dari rawatan lazer. Perlukan konsultasi untuk Set Jeragat?? Jangan risau, saya boleh membantu. Dapatkan konsultasi secara percuma untuk produk Shaklee dari Pengedar Shaklee Labuan"



Comments

  1. memang jeragat musuh wanita... senang nak muncul, susah nak hilang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan mia... degil pulak tu. Kalau ambil set jeragat shaklee ni, jeragat dirawat dari dalam. Selamat pula tu

      Delete

Post a Comment