Apa Itu Psoriasis ?
Punca Psoriasis.
Jenis Psoriasis
Psoriasis boleh terbentuk dalam pelbagai keadaan ;
1. Psoriasis Vulgaris (Jenis plak)
2. Guttate Psoriasis
3. Inverse Psoriasis
4. Pustular Psoriasis
4. Erythrodermic Psoriasis
Kesan Psoriasis Pada Sendi
Fakta Tentang Psoriasis
Rawatan Psoriasis
Rujukan =
[http://www.medicinenet.com/psoriasis/page2.htm]
Psoriasis adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berjangkit. Keadaan kulit yang diserang masalah psoriasis adalah kelihatan tebal dan bersisik. Kepingan kulit yang kering dan bersisik ini adalah disebabkan oleh keradangan yang berlaku yang berpunca dari tindakbalas kimia melalui sel darah putih yang dikenali sebagai Lymphocytes. Psoriasis kebiasaanya menyerang bahagian tubuh seperti siku, lutut dan kulit kepala. Terdapat sesetengah yang mengidap masalah ini tidak menyedarinya kerana keadaan kulit yang diserang psoriasi tidak terlalu serius. Akan tetapi psoriasis juga mampu menyerang seluruh bahagian tubuh.
Psoriasis mengambil masa yang agak lama untuk diubati. Terdapat pengidap mendapati masalah psoriasis mereka akan lebih kronik apabila berada dalam musim sejuk. Masalah psoriasis juga mampu menyerang sesiapa sahaja tidak kira bayi, kanak-kanak atau dewasa. Kebiasaannya, pengidap psoriasis akan mengalami rasa yang sedikit sejuk dan boleh mengakibatkan masalah sesak nafas kerana kegagalan jantung (Congestive heart failure, CHF) mengepam darah dengan baik. Selain itu pengidap psoriasis juga akan mengalami masalah kerosakkan kuku (kuku terkupas), masalah keguguran rambut, kelemumur dan kegatalan kulit kepala yang melampau.
Punca Psoriasis.
Punca sebenar yang menyebabkan seseorang dikatakan mengidap psoriasis adalah kurang jelas. Ini kerana terdapat banyak faktor yang mendorong kepada berlakunya masalah ini. Kombinasi antara masalah genetik dan faktor luaran dikatakan mampu mencetuskan masalah kulit seperti ini. Masalah imun yang rendah juga menjadi salah satu punca berlakunya psoriasis.
Jenis Psoriasis
Psoriasis boleh terbentuk dalam pelbagai keadaan ;
1. Psoriasis Vulgaris (Jenis plak)
80% pengidap psoriasis mengalami masalah psoriasis jenis ini. Ia turut dikenali psoriasis jenis plak kerana membentuk lapisan berwarna merah di atas permukaan kulit seperti siku, lutut, kulit kepala, peha dan kuku. Di atas lapisan berwarna merah itu akan terbentuk sisik berwarna putih dan ia terhasil dari sel kulit mati dan sentiasa akan tercabut atau terpisah dari lapisan kulit berwarna merah (Macam kelemumur lah gitu). Kebiasaannya kulit yang dijangkiti dengan psoriasis akan kelihatan kering, gatal-gatal dan merekah.
2. Guttate Psoriasis
Guttate Psoriasis berbentuk lebih kecil seperti bintik-bintik (drop) pada permukaan kulit. Guttate psoriasis sejenis penyakit kulit yang lebih ringan jika dibandingan dengan psoriasis vulgaris kerana bentuknya yang kecil. Jangkitan bakteria streptoccocal mampu memberi kesan buruk kepada pengidap psoriasis jenis ini. Bintik-bintik kecil akan muncul setelah 2-3 minggu mengalami jangkitan pada tekak.
3. Inverse Psoriasis
Jika anda mempunyai keadaan kulit bertompok yang kemerah-merahan terutama pada bahagian lipatan seperti dibahagian buah dada, bawah lengan, celah punggung dan bahagian lipatan perut anda mungkin mempunyai masalah psoriasis jenis Inverse Psoriasis. Keadaan akan semakin teruk kerana bahagian seperti ini lebih mudah berpeluh dan lama kelamaan menjadi tempat pembiakan yis atau kulat yang akan memburukkan lagi keadaan kulit.
4. Pustular Psoriasis
Pustular psoriasis jarang dihidapi oleh pengidap psoriasis. Jika anda terkena psoriasis jenis ini, kulit akan menjadi merah dan permukaan kulit yang dijangkiti akan terbentuk seperti bintik-bintik jerawat.
4. Erythrodermic Psoriasis
Permukaan kulit kelihatan kemerah-merahan dan mengalami keradangan. Kulit akan mengalami gatal-gatal dan seperti terbakar. Ia mampu menjangkiti keseluruhan bahagian tubuh.
Kesan Psoriasis Pada Sendi
Satu dari tiga pengidap psoriasis berkemungkinan akan mengalami masalah keradangan sendi yang dikenali sebagai Psoriasis Arthritis. Psoriasis Arthritis adalah jenis keradangan yang menyerang sendi dan kulit sekaligus. Ini termasuklah sendi buku lali, sendi pada pergelangan tangan serta lutut. Psoriasis lutut berkait rapat dengan masalah imun tubuh. Kebiasaannya individu yang diserang Psoriasis akan mengalami Psoriasis Arthritis selepas 5-12 menderita Psoriasis.
Fakta Tentang Psoriasis
1. Psoriasis merupakan keradangan kulit yang kronik
2. Pengidap Obesiti, masalah jantung dan kencing manis cenderung mengalami Psoriasis
3. Persekitaran yang kurang baik mampu mencetuskan Psoriasis
4. Psoriasis juga mampu diwarisi
5. Pengidap Psoriasis memiliki tanda-tanda dan simptom yang berbeza-beza.
6. Antara simptom-simptom yang dipunyai oleh pengidap Psoriasis adalah seperti kulit yang kemerah-merahan, kulit yang bersisik, kulit yang mengalami kegatalan terutama kulit sekitar siku, lutut, dan kulit kepala.
7. Psoriasis bukan penyakit berjangkit
8. Psoriasis mampu pulih dan teruk dalam kadar yang pantas.
9. Psoriasis boleh dikawal dengan pengambilan ubat-ubatan
10. Psoriasis boleh diubati.
Rawatan Psoriasis
Terdapat pelbagai rawatan yang boleh diberikan kepada pengidap psoriasis. Rawatan adalah mengambil kira jenis psoriasis dan bahagian kulit yang terkena jangkitan. Jika kawasan kulit yang bermasalah hanya melibatkan kawasan kecil sahaja (kurang 10% kawasan kulit), rawatan yang sesuai adalah dengan cara menyapu krim, losyen dan spray yang bersesuaian dengan masalah psoriasis. Pengambilan steroid pada bahagian yang agak serius juga membantu.
Jika anda mengalami psoriasis jenis sederhana (melibatkan 20% bahagian kulit), pengunaan produk biasa mungkin tidak membantu. Ini memerlukan rawatan ultraviolet atau rawatan yang melibatkan seluruh bahagian kulit tubuh (sistemik) dengan penggunaan pil atau suntikan.
Rujukan =
[http://www.medicinenet.com/psoriasis/page2.htm]
Bagaimana Produk Shaklee Membantu Masalah Psoriasis?
Vivix
Vivix mengandungi bahan yang di namakan sebagai Resveratrol. Malah, Vivix terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada Resveratrol disamping tidak mengandungi alkohol, sebaliknya hanya mengandungi bahan semula jadi.
Kandungan polifenol yang terdapat dalam Resveratrol adalah 50 kali lebih bertenaga berbanding Vitamin C dan Vitamin E. Antioksidan ini adalah anti radang yang sangat kuat terhadap kulit, mengurangkan kesan pada kulit yang mempunyai masalah rosacea, eczema, psoriasis dan juga masalah jerawat. Polifenol juga mampu mempercepatkan penyembuhan luka pada kulit bagi mengelakkan merebak dan seterusnya boleh mengakibatkan masalah alahan pula.
Nutriferon
Membantu meningkatkan ketahanan tubuh seseorang
Omega Guard
Bertindak sebagai terapi kepada penyakit autoimmune seperti SLE, Psoriasis dan lain-lain.
GLA Complex
Baik untuk melegakan keradangan dan kegatalan kulit. GLA juga terbukti berkesan untuk mengurangkan masalah pesakit eczema, psoriasis dan keradangan kronik. GLA juga mampu memberi kesihatan pada kulit dan rambut.
Vita E Complex
Mampu menentang radikal bebas yang merosakkan sel tubuh.
B Complex
B Complex bertindak sebagai penghasil tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia merupakan nutrien anti tekanan memandangkan salah satu penyebab merebaknya keradangan akibat dari stress, maka B Complex merupakan gabungan hebat untuk menangani psoriasis
Herbal Blend Multipurpose Cream
Memberi kesan yang melegakan dan sejuk pada permukaan kulit yang bermasalah.
Herbal Blend Multipurpose Cream
Memberi kesan yang melegakan dan sejuk pada permukaan kulit yang bermasalah.
Testimoni Psoriasis
"Jika anda memiliki simptom-simpton seperti Psoriasis, jika inginkan penyelesaian secara semulajadi tanpa penggunaan ubat-ubatan, mungkin SET PSORIASIS SHAKLEE boleh membantu. Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk konsultasi produk secara percuma" - Pengedar Shaklee Labuan
Comments
Post a Comment