1. Omega-3 yang terdapat dalam tumbuhan adalah sangat berbeza daripada Omega-3 yang terdapat dalam ikan. Sekiranya anda bercadang mendapatkan Omega-3 dari sumber tumbuhan, anda berisiko mengalami kekurangan beberapa jenis zat Omega-3 yang terkandung dalam sumber ikan.
2. Pada sekitar tahun 1920-an beberapa jenis asid lemak Omega-3 telah berjaya ditemui. Penyelidik mendapati zat yang mereka temui sangat penting untuk kesihatan tubuh dan menepati kriteria saintifik bagi dikategorikan sebagai vitamin. Pada waktu itu, Asid Lemak Omega-3 telah diberikan nama VITAMIN F pada ketika itu...!!!!
3. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan asid lemak Omega-3. Oleh itu adalah penting untuk kita mendapatkannya dari makanan harian yang kita ambil. Sumber Omega-3 yang terbaik adalah dari IKAN
4. Terdapat tiga jenis Omega-3 iaitu ;
i. ALA (Alpha Lenolenic Acid)
ii. DHA (Docosahexaenoic Acid)
iii. EPA (Eicosapentaenoic Acid)
DHA dan EPA merupakan zat yang diperolehi dari sumber makanan laut seperti ikan salmon dan ikan sardin, manakala ALA didapati dari sumber tumbuhan seperti kekacang dan bijirin.
5.Omega-3 terlibat dalam hampir keseluruhan fungsi dalam tubuh dan merupakan binaan penting dalam setiap sel di dalam tubuh manusia. Omega-3 boleh diibaratkan sebagai PENGAWAL kepada sel. Ia menjadi bahan binaan bagi lapisan membran yang mengelilingi sel.
6.Sel di dalam tubuh berhubung menggunakan komunikasi 'wireless'. Omega-3 akan memastikan sel-sel ini sentiasa berhubung. Jadi, jika anda tidak cukup Omega-3, komunikasi sel ke sel anda akan terganggu. Ini sangat penting terutama pada bahagian otak dimana ia boleh menggangu emosi, proses pembelajaran, konsentrasi dan ingatan
7. Omega-3 membantu penghasilan Eicosanoids. Ia mempunyai kesan pada banyak fungsi tubuh seperti kesuburan, fungsi buah pinggang, pernafasan, pernafasan, peredaran darah, kesihatan jantung dan pertahanan imun tubuh.
8. Menurut American Heart Association (AHA), ujian klinikal menunjukkan bahawa Omega-3 efektif dalam mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular (CDV). Omega-3 juga mampu menurunkan paras kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL).
9. Kajian dari Australia menunjukkan mereka yang mengambil asid lemak omega-3 bersama program senaman boleh membakar lebih lemak berbanding mereka yang mengikuti program senaman tanpa mengambil Omega-3
DAPATKAN MINYAK IKAN TULIN DARI SHAKLEE SEBAGAI SUMBER ASID LEMAK OMEGA-3 ANDA...
Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk maklumat lanjut berkaitan Omega Guard. Konsultasi turut diberikan secara percuma untuk anda.. !!!
Comments
Post a Comment