Tips Lawan Ketagihan Rokok, Mulakanlah Hidup Baru

Selalu dengar keluhan mereka yang nak berhenti merokok, gagal mencapai hasrat mereka sebab dah terlalu lama merokok. Baru cuba 2-3 jam tidak merokok, gelisah, resah, lemah, tak dapat berfikir dan macam-macam lagi. Akhirnya capai semula rokok yang awalnya ingin dilupakan. 

Bukan mereka tidak tahu kesan dan akibat merokok, tapi kerana ketagihan terhadap nikotin, perasaan tersebut tidak dapat dilawan. Kurangnya semangat melawan habis-habisan pada saya  merupakan faktor kepada gagalnya usaha itu. Mungkin kena tanamkan azam sedalam-dalamnya untuk memulakan hidup secara sihat. Azam 2016??? Apakata kita mulakan..... belum lagi terlambatkan.???


Ada beberapa tips yang mungkin boleh dikongsi sebelum anda mula untuk berhenti merokok. Cuba cari dimana X FACTOR yang berupaya menyokong proses untuk berubah itu!!!!!!
 
1. Cari Sebab Mengapa Ingin Berhenti Merokok

Seseorang akan lebih mudah berubah jika ia mempunyai sebab dan alasan yang kukuh. Carilah sebab dan alasan supaya ia dijadikan motivasi dalam rancangan anda untuk berhenti merokok. Contohnya masalah hati, anak sakit, kekangan kewangan ataupun apa sahaja yang mampu membantu menjayakan matlamat.

2. Sentiasa Bersedia Untuk Zon Mencabar.

Bukan mudah nak berhenti merokok tau?? Sebab otak dan tubuh sudah dikaburi dengan ketagihan nikotin yang kalau kurang semangat, memang tak berjayalah. Dapatkan nasihat doktor tentang kaedah paling sesuai dalam membantu berhenti merokok.

3. Cari Sesuatu Yang Boleh Melupakan Ketagihan Nikotin



Apabila mula berhenti merokok, bahagian yang paling mencabar adalah "SUKAR LAWAN KETAGIH NIKOTIN". Tubuh akan rasa kurang 'Mood', sakit kepala dan mungkin boleh menganggu aktiviti harian seperti rasa kurang bertenaga. Dapatkan mekanisma lain yang mampu melawan rasa ketagihan tersebut seperti makan gula-gula berangin ataupun kunyah gula-gula getah.

4. Berkongsi Rasa Dengan Orang Tersayang.


Bukan berkongsi rasa rokok tau !!!!! Tetapi berkongsilah rasa ingin berhenti merokok dengan insan-insan tersayang. Semangat tersebut biasanya membantu dan galakkan yang diberikan oleh mereka yang tersayang akan menguatkan lagi semangat ingin berhenti merokok. Selain dari itu, jumpalah kaunselor yang mungkin dapat membantu mengadakan beberapa 'terapi tingkahlaku' bagi mengatasi masalah ingin berhenti merokok. 

5. Elakkan Perkara Yang Menggalakkan Aktiviti Merokok

Alkohol merupakan agen yang boleh melupakan niat asal anda untuk berhenti merokok. Jika tidak mampu meninggalkan terus alkohol, lakukanlah secara berperingkat. Jika kebiasaan anda akan merokok selepas makan, apa kata anda tukar tabiat tersebut dengan memberus gigi, mengunyah gula-gula getah atau berjalan menghirup udara segar. 

6. Bersihkan Rumah

Apabila anda menyimpan cita-cita untuk berhenti merokok, bersihkan ruang rumah anda dari sebarang peralatan yang berkaitan dengan rokok seperti puntung rokok dan bekas abu rokok. Cuci sebersih-bersihnya pakaiannya yang masih mempunyai bau asap rokok. Nyahkan bau rokok dari permaidani atau sofa dengan menyemburkan wangian yang mampu melenyapkan bau-bauan rokok sekaligus melupakan keinginan untuk merokok semula.

7. Cuba dan Cuba Lagi


Ramai yang cuba, tapi tidak berjaya. Jika benar-benar perlukan perubahan, sentiasa bagi peluang pada diri sendiri. Sentisa fikirkan faedah-faedah jika berhenti merokok seperti kesihatan diri dan keluarga akan menjadi lebih baik serta ekonomi diri dan keluarga lebih kukuh.

8. Beri Reward Pada Diri Sendiri


Anda mungkin boleh menabung dengan wang yang sepatutnya anda gunakan untuk membeli rokok. Hasil tabungan gunakanlah untuk memberi ganjaran terhadap diri sendiri sebagai menghargai diri demi menangani rasa ingin merokok. 

Ingat... bukan mudah untuk berhenti merokok jika semangat hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam... Sokongan dari mereka yang berada disekeliling turut memainkan peranan agar ia lebih mudah dilaksanakan. Selain dari itu, tahu tak vitamin pun boleh membantu membuang jauh-jauh rasa ingin merokok????

Ramai juga pengguna Vivix yang mampu berhenti merokok setelah mengamalkannya secara teratur. Cuba baca testimoni di bawah ::




" Macam mana??? masih bersemangat nak teruskan azam tahun 2016 untuk berhenti merokok?? Tak tahu macam mana?? Haaaa....... apakata cuba Vivix, tonik ajaib dari Shaklee. Jangan tunggu lagi, dapatkan VIVIX dari saya, Pengedar Shaklee Labuan. Tiada masa?? Tiada transport nak cari supplimen?? Saya boleh COD sekitar Labuan tau... soooo jangan tunggu lagi..." -Pengedar Shaklee Labuan

Comments