Kebanyakkan orang mempunyai masalah jerawat pada sesetengah bahagian tubuh. Tiada diantara kira yang sukakan jerawat yang tumbuh kerana akhirnya akan memberikan kesan 'spot' pada bahagian kulit yang berjerawat. Tapi tambah menyakitkan, jerawat yang tumbuh adalah jenis jerawat batu yang amat sukar ditangani. Jerawat merupakan masalah kulit yang berlaku apabila liang roma tersumbat oleh sel-sel mati dan minyak pada kulit wajah. Kebiasaannya masalah kulit seperti ini bermula dari masalah blackhead, whitehead, jerawat dan kulit yang terlalu berminyak . Jerawat batu yang sukar dirawat akan memberi kesan mendalam terhadap pengidapnya seperti kurang keyakinan diri, malu berada dikhalayak ramai dan tekanan.
Empat Punca Utama Munculnya Jerawat
1. Pengeluaran minyak
2. Sel kulit mati
3. Pori-pori tersumbat
4. Bakteria
Mengapa jerawat sering muncul di kulit wajah, leher, dada, belakang dan bahu?? Ini kerana kawasan ini merupakan bahagian yang banyak kelenjar minyak yang aktif. Jerawat akan muncul apabila folikel rerambut tersumbat oleh minyak dan sel kulit mati. Folikel rambut dihubungkan dengan kelenjar minyak yang bertugas merembeskan minyak semulajadi (sebum) untuk kulit dan rambut.
Apabila tubuh menghasilkan minyak (sebum) dengan banyak dan juga sel kulit mati, kedua-dua bahan ini akan berkumpul dibahagian kutikel rerambut. Pengumpulan sel kulit mati dan sebum pada bahagian ini mampu menarik perhatian bakteria untuk membiak dikawasan ini sehingga mengakibatkan keradangan.
Pori-pori yang tersumbat akan membengkak dan terhasilnya whitehead, ataupun sekiranya pori-pori terbuka luas, ia akan menghasilkan blackhead. Blackhead terhasil pori-pori tersumbat dengan sebum dan dijangkiti bakteria dan ia bertukar menjadi warna hitam atau coklat apabila terdedah dengan udara. Akhirnya jerawat akan muncul apabila pori-pori yang tersumbat dijangkiti bakteria dan mengalami keradangan.
Faktor-Faktor Yang Memburukkan Lagi Keadaan Kulit Berjerawat
1. Paras Hormon Androgen
Pakar kulit mempercayai punca utama kepada munculnya jerawat adalah ketidakseimbangan hormon androgen. Rembesan hormon androgen akan semakin aktif apabila meningkat remaja. Peningkatan hormon androgen akan mengaktifkan kelenjar minyak yang terdapat pada bahagian bawah kulit. Lebihan minyak yang dirembeskan akan mengakibatkan kelenjar akan semakin berkembang. Sebum yang berlebihan akan memecahkan dinding sel dalam liang roma dan menyebabkan pembiakan bakteria.
2. Pengambilan Ubat-ubatan
Pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi corticosteroids, androgen atau litium akan memburukkan keadaan kulit
3. Diet
Amalan diet seharian juga mempengaruhi pertumbuhan jerawat. Antara jenis diet yang menggalakkan pertumbuhan jerawat adalah pengambilan produk tenusu dan karbohidrat yang sangat tinggi. Selain itu, coklat turut dikatakan mampu menjadi faktor kepada kehadiran jerawat. Satu kajian terhadap 14 orang lelaki yang diberi makan coklat mendapati ia berkait rapat dengan pertumbuhan coklat.
4. Tekanan
Sebahagian jerawat timbul dari ketegangan dan tekanan emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak yang bertambah dan berlakunya perubahan hormon.
5. Pemakanan
Pengambilan makanan berminyak turut menggalakkan pertumbuhan jerawat. Selain itu juga, bekerja dikawasan yang terdedah kepada berminyak seperti dapur juga mampu menyebabkan liang roma tersumbat dan seterusnya mengakibatkan munculnya jerawat. Masalah gula dalam darah juga mampu menjadi faktor tumbuhnya jerawat.
6. Kosmetik
Pemilihan bahan kosmetik yang sesuai dengan kulit akan membuatkan kulit lebih sihat dan segar. Namun kesilapan memilih bahan kosmetik yang tidak bersesuaian dengan kulit akan menggalakkan kemunculan jerawat. Gunalah bahan kosmetik jenis bebas minyak dan bersihkan mekap secara teratur setiap hari.
7. Gaya Hidup
Kurang tidur, rehat tidak mencukupi dan udara yang tercemar juga boleh mengakibatkan kulit mengalami keradangan akibat jerawat. Atur hidup sebaik mungkin agar kulit dapat kembali sihat dan segar.
Rawatan Jerawat Batu
Terdapat banyak kaedah rawatan dalam merawat punca terjadinya jerawat batu sama ada dengan penggunaan ubat-ubatan yang disyorkan oleh doktor ataupun berjumpa dengan pakar kecantikan kulit untuk mendapatkan khidmat nasihat serta kaedah rawatan yang bersesuaian.
1. Pakar Kecantikan Kulit
Jika anda menggunakan khidmat pakar kecantikkan kulit, antara jenis rawatan yang diberikan adalah melalui mengurangkan penghasilan minyak semulajadi pada kulit, meningkatkan kesihatan sel kulit, menangani serangan bakteria serta mengurangkan keradangan
2. Ubat-ubatan Yang Disyorkan Doktor
Doktor akan mencadangkan ubat-ubatan bergantung kepada jenis serta keadaan kulit wajah sama ada secara luaran ataupun dimakan. Akan tetapi penggunaan ubat-ubatan oleh doktor berkemungkinan mempunyai kandungan dadah yang mungkin tidak boleh diambil wanita yang sedang hamil.
Shaklee Pun Mampu Bantu Rawat Jerawat Batu !!!!
1. ESP
ESP Shaklee merupakan sumber protein yang boleh membantu membina semula sel-sel kulit yang sihat disamping memudarkan parut dengan menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang baru.
2. ALFALFA COMPLEX
Jerawat terjadi akibat tubuh yang terlampau tinggi toksin. Dengan bantuan alfalfa sebagai detoks darah, membolehkan toksin dikeluarkan dari tubuh yang menjadi punca kepada jerawat baru.
3. VITA C
Vitamin C diperluka oleh kulit dalam memastikan kolagen kulit bekerja dengan baik. Sifat antioksida yang tinggi membantu kulit dari masalah jerawat disamping meningkatkan sistem imun tubuh terhadap serangan bakteria penyebab tumbuhnya jerawat
4. VITA E COMPLEX
Vitamin E juga memiliki sifat antioksida yang kuat dalam menangani radikal bebas yang menjadi punca pertumbuhan jerawat. Vita E juga membantu memudarkan parut jerawat.
5. GARLIC COMPLEX
Tahap antibiotik yang tinggi dalam Garlic Complex membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh dari terus diserang bakteria yang menjadi punca jerawat.
6. GLA COMPLEX
Hormon yang tidak seimbang selalu menjadi penyebab kepada keradangan yang berlaku pada kulit. Pengambilan Gla Complex membantu menyeimbangkan hormon dalam badan
7. B COMPLEX
Jerawat yang banyak boleh meningkatkan tekanan kepada pengidapnya. B Complex membantu meredakan keradangan disamping mengurangkan rasa stress.
Testimoni Set Kulit Berjerawat
Comments
Post a Comment