Andrapaus Ganggu Seks Lelaki 40an

Apa Sebenarnya Andrapaus?



Seringkali hanya wanita yang dikaitkan dengan masalah hormon. Istilah menapaus sememangnya tidak asing jika dibandingkan dengan andrapaus. Andrapaus merupakan perubahan yang berlaku kepada lelaki selepas berlakunya kekurangan hormon testosteron. Sama seperti wanita menapaus, andrapaus turut berlaku dikalangan lelaki lewat usia antara 40 tahun ke atas. Bagaimanapun ada juga lelaki muda yang mengalami andrapaus akibat kekurangan pengeluaran hormon seks.

Kenali Punca Andrapaus

Kejadian andrapaus dikenalpasti akibat kurangnya hormon kelakian iaitu testosteron. Akibat kekurangan pengeluaran hormon ini, berlaku beberapa perubahan kepada ciri-ciri kelakian malah ia juga menyebabkan menurunnya  daya ketahanan seks dari segi nafsu dan fungsi anggota kelamin. Hormon testosteron sentiasa dikeluarkan dari buah zakar melalui aliran darah dan memberi rangsangan pada bahagian otak. Hormon testosteron juga memberi ciri-ciri kelakian seperti bentuk fizikal yang sasa, berotot dan tenaga yang kuat. 

Cara hidup yang tidak sihat juga turut dikatakan mampu menjadi punca menurunnya hormon testosteron. Antaranya gemar merokok, minum arak serta kurang bersenam. Disamping kurangnya kesedaran terhadap tahap kesihatan akan mempercepatkan proses penuaan dan andrapaus.

Masalah Gangguan Seks Lelaki Akibat Andrapaus

Selain masalah andrapaus yang berpunca dari penurunan hormon testosteron, kegagalan lelaki untuk 'bertindak' semasa hubungan kelamin juga dikaitkan dengan masalah eraksi. Keadaan ini berlaku apabila darah yang masuk ke dalam zakar tidak berjalan lancar dan mengganggu fungsi zakar untuk mengembang dan menegang. 

Secara umumnya, eraksi terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu peringkat awal iaitu 'mild' , pertengahan iaitu 'moderate' dan peringkat akhir iaitu 'complete'. 'Mild' menunjukkan keadaan dimana seseorang lelaki itu mengalami eraksi sekali sahaja. Pada peringkat 'Moderate' pula dikaitkan dengan mereka yang kerap mengalami masalah eraksi. Peringkat 'Complete' pula merupakan peringkat akhir di mana alat kelamin seseorang itu tidak berfungsi. Antara rawatan yang disyorkan adalah rawatan suntikan untuk memasukkan sejenis ubat bertujuan melancarkan perjalanan darah selain penggunaan pam untuk menyedut darah atau mengaplikasikan teknik urutan.

Gejala Andrapaus yang lain



1. Emosi tidak stabil

2. Daya ketahanan seksual menurun atau lemah tenaga batin

3. Panas dan mudah berpeluh

4. Sakit kepala

5. Dada berdebar-debar

6. Perubahan kulit seperti kulit semakin kering dan cepat berkedut

7. Sukar tidur

8. Cepat penat jika melakukan sesuatu   

Rawatan Pemulihan

1. Rawatan Penggantian Hormon (RPH)

Rawatan ini merupakan rawatan menambah hormon testosteron pada lelaki yang mengalami andrapaus dan menunjukkan gejala kekurangan hormon. Pemeriksaan teliti harus dilaksanakan kerana penambahan hormon akan memberikan kesan sampingan. Jika hormon yang diberikan tidak mencukupi, ada kemungkinan pesakit akan mengalami panas baran dan sukar tidur. Malah terdapat juga lelaki yang menunjukkan kesan yang drastik dengan keaktifan yang melampau ketika melakukan hubungan seksual.

2. Amalkan Cara Hidup Sihat.

Langkah terbaik mencegah serangan andrapaus lebih awal adalah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat seperti kacang soya, brokoli, ginseng, teh hijau, kunyit, bawang putih avokado, vitamin C, vitamin E, beta-karoten, selenium dan zinc. Lelaki berumur juga dinasihatkan supaya berhenti merokok dan mengurangkan meminum minuman keras. Pilihlah makanan yang lebih menyihatkan serta mengamalkan sikap positif untuk menghindari tekanan. Cara ini akan memperbaiki keupayaan seksual, malah melambatkan lagi proses penuaan serta serangan andrapaus.

GLA Complex Bantu Keseimbangan Hormon !!!!

 

Haaaa..... jangan ingat GLA Complex khas untuk perempuan aje tau !!! Sebab ramai sangat kaum hawa yang beli, so jangan ingat lelaki tak boleh makan GLA Complex. Jom baca apa yang GLA Complex mampu buat.


"Perlukan GLA Complex untuk keseimbangan hormon?? Jangan merbahayakan diri dengan makan produk2 untuk meningkatkan hormon testosteron yang tak tau keselamatannya. Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk maklumat lanjut berkaitan produk Shaklee. Jangan risau, konsultasi adalah percuma!!! Keistimewaan untuk warga Labuan, COD ADALAH PERCUMA!!!! Juga POS PERCUMA untuk pelanggan Shaklee di luar Labuan. Jadi.. apa tunggu lagi !!!!.. - Pengedar Shaklee Labuan

 

 

Comments