Seronok rasanya jika ramai kawan-kawan tegur bila lihat kulit kita sihat dan bersih. Alangkah bertuahnya jika dilahirkan dengan kulit yang semulajadi sihat dan bersih tanpa memerlukan penjagaan yang optimum. Ada kawan saya tu hanya menggunakan bedak baby Johnson sahaja tanpa kosmetik yang lain. Kulitnya cukup cantik dan bersih. Tetapi tidak semua kita dilahirkan dengan keadaan kulit begitu, ada yang telah berbelanja beribu-ribu hanya untuk memastikan kulit semakin cantik dan gebu. Tak kurang juga yang tidak mementingkan langsung amaran tentang produk yang mempunyai tahap bahan kimia yang tinggi, asalkan kulit putih gebu dan cantik.
Produk kosmetik dah cuba, tapi hasil tetap menghampakan. Apakata teliti semula pemakanan seharian kita. Adakah nutrien yang diperoleh cukup untuk menyokong kulit agar kekal sihat dan segar??? Apakata kita penuhkan ilmu di dada dengan pemilihan makanan yang membantu mengekalkan seri wajah.
1. Kelebihan Air Putih Terhadap Kulit
Minum air secara kerap mampu mengekalkan kesegaran kulit. Air akan membuatkan kulit lembap dan garis-garis penuaan juga kurang jelas. Air bukan sahaja mampu membantu kulit untuk mendapatkan nutrien yang cukup, malah air juga membantu kulit untuk mengeluarkan toksin yang boleh menjejaskan kesihatan kulit. Pengambilan 8 gelas air sehari membantu peredaran darah lebih lancar dan membuatkan kulit lebih bercahaya.
2. Selenium Untuk Kulit
Selenium merupakan mineral yang penting dalam memastikan kulit bebas dari unsur radikal bebas. Radikal bebas menyumbang kepada terjadinya kedutan pada wajah akibat kekeringan, kerosakkan pada kulit dan sesetengan penyakit yang dikaitkan dengan masalah kulit. Sumber selenium boleh diperoleh dari cendawan butang, udang, daging kambing dan juga jenis-jenis ikan seperti ikan tuna, ikan kod dan salmon.
3. Makanan Tinggi Antioksida
Pemakanan tinggi antioksida amatlah disarankan kerana makanan jenis ini mampu melindungi kulit dari rosak akibat terdedah dengan radikal bebas. Makanan tinggi anti oksidan boleh diperoleh dari pelbagai makanan terutama sekali sayuran atau buah-buahan yang berwarna seperti keluarga buah beri, tomato, aprikot dan keledek.
4. Perangi Radikal Bebas Dengan CoQ10
Tubuh mampu menghasilkan sendiri bahan antioksidan iaitu dikenali sebagai Coenzyme Q10. Akan tetapi, semakin kita meningkat usia, tubuh akan kurang menghasilkan enzim ini. Ini kerana keperluannya adalah pemberi tenaga dan membantu sel tubuh bekerja. CoQ10 didapati melalui pengambilan makanan seperti ikan tuna dan salmon, hati, daging dan juga bijian penuh. Pengambilan CoQ10 yang mencukupi boleh melambatkan tanda-tanda penuaan.
5. Baiki Kulit Dengan Vitamin A
Sesiapa pun jika ditanya tentang kulit kering, rata-rata tidak mahu kulit mereka menjadi kering kerana kulit yang kering cenderung menjadikan kita kelihatan tua. Apa lagi, perbanyakkanlah makan makanan yang kaya dengan Vitamin A seperti sayur berdaun, telur dan juga produk tenusu rendah lemak. Jika ingin memudarkan parut-parut dan kedut diwajah, gunakanlah produk yang diperkaya dengan Vitamin A. Ini kerana Vitamin A memiliki bahan yang dikenali sebagai Retinoid, yang mampu menangani masalah tersebut.
6. Lindungi Kulit Dengan Vitamin C
Terdedah secara terus atau tidak terhadap cahaya matahari, ia masih mampu merosakkan kulit. Amalkan pengambilan Vitamin C untuk melindungi kulit dari pancaran matahari. Cahaya matahari juga boleh merosakkan kolagen yang berfungsi memberi kesan elastik terhadap kulit. Buah oren, betik, brokoli dan kekacang sumber vitamin C yang baik.
7. Vitamin E Menjana Kesihatan Kulit Yang Baik
Bahan antioksidan lain yang berpotensi melindungi kulit dari kerosakkan akibat pendedahan terhadap cahaya matahari dan keradangan kulit adalah Vitamin E. Dapatkan Vitamin E dari sumber seperti minyak sayuran, kekacang, biji-bijian, buah zaitun, bayam, asparagus dan sayuran hijau.
8. Asid Lemak Baik Untuk Kulit
Asid Lemak Omega 3 dan Omega 6 memberikan kesan lembapan terhadap kulit. Lemak penting ini juga akan membuatkan kulit kelihatan remaja kerana terhindar dari kekeringan. Lemak jenis ini mudah diperoleh dari minyak canola serta ikan air sejuk seperti salmon dan sardin.
9. Jangan Lupa Secawan Teh Hijau
Teh hijau memang dikenali sebagai minuman tinggi antioksida yang mampu menangani kesan radikal bebas. Teh hijau juga boleh meredakan keradangan, melambat proses kerosakkan DNA dan juga mampu melindungi kulit dari kerosakkan kulit akibat cahaya matahari. Pengambilannya boleh melalui penggunaan bahan jagaan kulit berasaskan teh hijau ataupun terus menikmatinya sebagai minuman harian.
Apa Yang Shaklee Ada??
Semua yang disebut dari WebMD kebanyakkannya Shaklee ada !!!! Hebatkan ??? So, apa tunggu lagi.Kalau pemakanan seharian anda belum menjamin cukupnya nutrien yang mampu membuatkan kulit anda lebih cantik, apakata dapatkan produk Shaklee dari saya, Pengedar Shaklee Labuan anda :)
Nice post thanks foor sharing
ReplyDelete