Vitamin A merupakan vitamin larut lemak pertama yang ditemui sekitar tahun 1913. Vitamin A terdiri daripada kumpulan sebatian yang dikenali sebagai retinoids. Terdapat 3 jenis vitamin A yang penting iaitu retinols, beta carotine dan carotenoids. Retinol merupakan vitamin yang terdahulu terbentuk dan merupakan bahan yang paling aktif diperolehi dari sumber makanan berasaskan haiwan. Beta Carotine yang dikenali sebagai Provitamin A, diperolehi dari sumber makanan berasaskan tumbuhan dan Carotenoids, bahan paling besar antara ketiga-tiga sebatian Vitamin A yang wujud dalam bahan bebas alkohol.
Fungsi Vitamin A
Fungsi Vitamin A
Vitamin A juga dikenali sebagai Beta Kerotin berfungsi menyokong pelbagai jenis proses metabolisme tubuh. Antaranya seperti sistem penglihatan, pembentukkan dan pertumbuhan yang berkaitan dengan sistem saraf, pembentukan tulang dan juga sistem imun tubuh.
Vitamin A juga merupakan jenis zat tinggi antioksidan yang membantu melambatkan proses penuaan, memadam reaksi karat lemak pembuluh darah, mempertahankan tubuh dari serangan radikal bebas yang bersifat karsinogenik. Pengambilan Vitamin A yang mencukupi mampu melindungi testis dan sel otak dari diserang kanser.
Sumber Vitamin A
Vitamin A boleh diperolehi melalui pengambilan organ dalaman seperti hati ayam dan hati lembu, sayur-sayuran hijau tua seperti bayam dan kangkung. Selain itu, buah-buahan berwarna kuning dan oren seperti oren, ubi keledek dan lobak juga merupakan sumber Vitamin A.
Kesan Kekurangan Vitamin A
Masalah mata sering kali dikaitkan dengan kekurangan Vitamin A . Antara gejala awal masalah kekurangan Vitamin A pada mata adalah apabila berlakunya mata kering (Xeropthalmia) iaitu kekeringan pada selaput lendir mata. Mata juga boleh mengalami rabun terutama waktu malam.
2. Kelahiran Pra-Matang
Kelahiran bayi pra-matang dengan masalah kekurangan vitamin A berkemungkinan akan mengalami masalah penglihatan dan masalah paru-paru. Berkemungkinan juga bayi yang bakal dilahirkan akan mengalami masalah berat badan. Antara kesan pada kelahiran bayi adalah ;
i. Bayi lemah
ii. Perkembangan bayi agak lambat
iii. Gangguan fungsi organ
iv. Mengalami masalah mata seperti xerosis kornea
i. Bayi lemah
ii. Perkembangan bayi agak lambat
iii. Gangguan fungsi organ
iv. Mengalami masalah mata seperti xerosis kornea
3. Merencatkan Pertumbuhan
Vitamin A diperlukan dalam pertumbuhan serta pembentukan tulang. Kekurangan Vitamin A menyebabkan terjadinya tulang dan gigi rapuh. Walaupun fungsinya tidak secara langsung, tetapi Vitamin A diperlukan dalam proses mensistesis protein sewaktu pertumbuhan dan pembentukan tulang dan gigi.
4. Masalah Pencernaan.
Dalam sistem pencernaan, usus sebagai media penyerapan air serta nutrien. Kekurangan Vitamin A akan menyebabkan fungsi usus akan terganggu kerana Vitamin A berpengaruh dalam menjaga dinding-dinding usus. Akibatnya, usus tidak mampu menyerap air secara optimum dan ini menyebabkan kandungan air kecil menjadi sedikit kerana tubuh kurang cecair.
5. Masalah Kulit Kering
Kulit akan kurang kelembapan jika tubuh mengalami masalah kekurangan Vitamin A. Akibatnya kulit akan kelihatan bersisik, kering, pecah-pecah dan mudah diserang masalah kulit.
[Sumber : http://halosehat.com/gizi-nutrisi/panduan-gizi/akibat-kekurangan-vitamin-a]
Kesan Berlebihan Vitamin A
Jika berlebihan Vitamin A ia dikenali sebagai Hipervitaminisos A dan boleh menyebabkan keracunan Vitamin A. Walaupun keadaan ini jarang-jarang berlaku, Vitamin A berlebihan boleh menyebabkan gejala seperti sakit kepala, loya, cirit birit, keguguran rambut, sakit-sakit badan, masalah hati dan limpa, kecacatan bayi dalam kandungan, gangguan kitaran haid dan sebagainya.

Comments
Post a Comment