Rangkaian Get Clean Shaklee Sesuai Untuk Kulit Sensitif



Kulit sensitif amat mudah menunjukkan kesan tidak serasi terhadap produk tertentu, pendedahan kepada bahan kimia, keadaaan cuaca ataupun persekitaran yang kurang bersih. Kulit sensitif tidak boleh dirawat sembarangan kerana silap aturan, makin buruk padahnya. Biasanya kulit sensitif akan memperlihatkan kesan jerawat, ruam-ruam, kering dan mengalami kegatalan pada kulit apabila terdedah kepada bahan-bahan atau punca yang menjadikan ia semakin sensitif.

Faktor Kulit Sensitif

1. Genetik

Faktor genetik juga menjadikan salah satu sebab mengapa berlakunya kulit sensitif. Keadaan kulit yang terlalu nipis dan lembut turut menyebabkannya sensitif dan mudah terkena selaran cahaya matahari. Secara umumnya kulit sensitif sentiasa kering, mudah pecah dan mudah mendapat alahan.
Terdapat juga antara mereka yang mengidap jangkitan seperti psoriasis, jerawat dan lain-lain.

2. Keadaan Persekitaran

Pencemaran udara dan air turut menyumbang kepada kulit mengalami iritasi. Tekanan harian, emosi dan cara pemakanan yang tidak seimbang mempengaruhi keadaan kulit. Sebagai contoh, jika anda kurang minum air putih, kulit akan menjadi kering, pucat dan tidak bermaya.

Ciri-ciri Kulit Sensitif

1. Warna semulajadi kulit kelihatan kemerah-merahan

2. Kulit mudah mendapat tompok-tompok

3. Penggunaan produk penjagaan kulit biasa mudah menjadi merah dan pedih

4. Kulit akan pecah jika terdedah pada pencuci detergen

5. Suhu mempengaruhi keadaan kulit

6. Penggunaan produk yang mengandungi alkohol seperti minyak wangi menyebabkan alahan dan iritasi


Cara-Cara Menjaga Kulit Sensitif

Kerana mudah mendapat alahan, penjaga kulit sensitif secara optimum haruslah dilakukan untuk mendapatkan hasil kulit yang baik. Dengan menggunakan produk yang lembut dan khas untuk kulit sensitif, anda boleh mengurangkan kesan alahan terhadap kulit anda. Cuba tips ini untuk kulit sensitif;

1.  Elakkan perubahan suhu yang terlalu panas dan terlalu sejuk

2. Elak supaya mengurut kulit terlalu kuat untuk mengelakkan kulit menjadi pecah

3. Pengambilan makanan terlalu pedas, kerap mengambil alkohol dan tabiat merokok merangsang pengembangan kapilari darah dan meningkatkan keadaan kulit sensitif

4. Sentiasa amalkan pemakanan seimbang dan pastikan minum air putih secukupnya. 

5. Makan lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan, ikan dan kekacang kerana sumber ini mampu meningkatkan daya tahan terhadap alahan dan jangkitan.

6. Gunakan produk jenis hipo-alergenik






Produk Shaklee tidak hanya supplimen sahaja, malah penjagaan luaran turut dititikberatkan terutama mereka yang memiliki kulit yang sangat mudah menunjukkan kesan iritasi apabila terdedah dengan bahan-bahan yang lebih memudaratkan kulit jenis ini. Bermula dengan sabun pencuci pakaian, pencuci peralatan rumah serta pelembut fabrik mungkin mengurangkan derita mereka yang memiliki  kulit sensitif.


"Perlukan yang hipo-alergenik? Mungkin Get Clean Shaklee yang paling sesuai. Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk :). " Pengedar Shaklee Labuan




Comments