Seringkali ibu digalakkan untuk menyusukan bayi sehingga usianya 2 tahun. Ini kerana susu ibu memiliki kandungan nutrisi yang lengkap dan berkualiti tinggi, berguna untuk kecerdasan, pertumbuhan dan perkembangan bayi. Susu ibu juga merupakan makanan bayi yang dijamin kebersihan dan keselamatannya dan sangat mudah penyediaannya serta tidak basi. Manfaat lain yang diperoleh dari pemberian susu ibu adalah sebagai zat antibodi yang melindungi bayi dari jangkitan dan masalah alahan terhadap susu. Ianya sangat bermanfaat untuk seisi keluarga.
Manfaat Air Susu Ibu Untuk Bayi
Awal kelahiran bayi akan wujudnya susu pekat dan kuning yang dikenali
sebagai KOLOSTRUM. Susu ini kaya dengan nutrien dan antibodi untuk melindungi
bayi. Susu ini kaya dengan nutrien dan antibodi untuk melindungi bayi. Walaupun
jumlah yang diperolehi oleh bayi mungkin sedikit pada awal penyusuan, tetapi ia
amat mencukupi bagi bayi anda.
Selepas beberapa hari, kandungan kolostrum berubah kepada yang lebih
matang dimana ia membekalkan kuantiti yang cukup dari segi lemak, gula, air dan
protein untuk meneruskan tumbesaran bayi. Tekstur susu pada peringkat ini lebih
cair berbanding kolostrum tetapi masih membekalkan nutrien dan antibodi yang
diperlukan oleh si manja anda.
1. Susu Ibu Mudah Dihadam Oleh Bayi.
Ini amat baik bagi bayi terutama sekali
yang lahir pre mature (tidak cukup bulan). Protein yang terkandung dalam susu
formula mengambil masa yang lebih untuk dihadam oleh bayi berbanding susu ibu.
2. Susu Ibu Melindungi Bayi Dari Penyakit.
Sel, hormon dan antibodi yang terdapat
dalam susu ibu melindungi bayi dari penyakit seperti asma, obesiti dan kencing
manis dikalangan kanan-kanak. Susu ibu juga mempertingkatkan sistem kekebalan tubuh bayi terhadap pelbagai penyakit seperti cirit-birit, batuk selsema, radang tekak dan gangguan pernafasan. Daya tahan bayi akan meningkat apabila tidak mudah sakit, serta dapat membesar dengan kuat dan sihat. Pertumbuhan gigi, lelangit dan rahang bayi juga akan berkembang dengan sempurna kerana proses menghisap payudara ketika pemberian susu ibu.
3. Susu Ibu Mengandungi Asid Lemak Untuk Pembentukkan Otak.
Susu ibu memiliki nutrien yang amat sesuai dengan keperluan bayi untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sempurna. Decosahexanoic Asid (DHA) dan Arachidomic Acid (AA) merupakan asid lemak tak tepu yang boleh diperolehi melalui susu ibu dan ia sangat diperlukan untuk pembentukkan sel otak untuk kecerdasan bayi.
4. Susu Ibu Melindungi Bayi Dari Rabun Malam.
Memberi susu ibu kepada bayi mampu menghindari dari risiko malnutrisi dan kekurangan zat besi menyebabkan penyakit rabun malam.
Manfaat Susu Ibu Untuk Ibu
1. Menjalinkan hubungan kasih sayang antara ibu dan bayi. 3. Penyusuan susu ibu memberi rasa selamat kepada bayi. Sentuhan dan pelukan
si ibu terhadap bayi memberi rasa selamat dan selesa disamping membentuk ikatan
di antara ibu dan anak. Sentuhan ibu-anak sewaktu penyusuan menggalakkan hormon
Oxytocin iaitu hormon yang menggalakkan penghasilan susu ibu dan membuatkan si
ibu relax.
2. Mengurangkan pendarahan selepas melahirkan
3. Mempercepatkan pemulihan kesihatan ibu
4. Merancang kehamilan dengan menjarakkan kehamilan
5. Mengurangkan risiko kanser payudara.Penyusuan susu ibu merendahkan risiko penyakit seperti diabetis, barah
payudara, barah ovari dan kemurungan (meroyan le orang kita kata).
6. Lebih praktik kerana air susu boleh terus diberi jika bayi memerlukan
7. Mewujudkan keyakinan ibu untuk menyusukan anaknya
8.Penurunan berat badan dalam proses penyusuan mungkin berlaku pada
sesetengah ibu yang menyusukan. Ini kerana penghasilan susu melibatkan
penggunaan kalori
Manfaat Air Susu Ibu Untuk Keluarga.
1. Tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk membeli susu formula serta kelengkapan botol susu.
2. Tidak membazir waktu dan tenaga untuk menyediakan susu botol, contohnya merebus air dan membersihkan botol. Dengan penyusuan penuh, ibu tidak perlu memikirkan tentang botol susu
dan cara untuk men'steril' puting dan botol susu agar terjaga kebersihannya.
3. Tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan dan meluangkan waktu untuk menjaga dan mengubati anak yang sering sakit kerana pemberian botol susu.
[Sumber : Nutrien Untuk Keluarga Sihat]
[Sumber : Nutrien Untuk Keluarga Sihat]
"Bayi anda mengalami masalah kurang nutrisi? Anda memerlukan vitamin yang dapat membekalkan nutrisi yang tinggi pada susu ibu? Dapatkan konsultasi secara percuma berkaitan produk dari saya, Pengedar Shaklee Labuan anda. Jika memerlukan khidmat penghantaran , COD adalah percuma untuk warga Labuan. Penghantaran secara pos juga percuma untuk pengguna Shaklee di luar Labuan."- Pengedar Shaklee Labuan
Comments
Post a Comment