KEPUTIHAN SEMASA HAMIL, JANGAN ABAIKAN

Masalah keputihan berlebihan adalah perkara yang biasa bagi wanita hamil jika jumlah, bau dan warna keputihan dalam keadaan yang normal. Lelehan lendir yang normal kebiasaannya berwarna putih atau krim, tidak berbau hanyir serta tidak membuatkan vagina menjadi gatal. Akan tetapi, jika lelehan keputihan menyebabkan perkara berikut, ibu perlu berusaha untuk merawat keputihan tersebut ;

i. lelehan menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti keju kotej

ii. mengalami kegatalan, sakit atau kemerah-merahan di dalam atau sekitar vagina dan punggung

iii. sakit ketika bersama suami

iv. sakit ketika membuang air kecil

Fungsi Bakteria Semulajadi Pada Vagina

Vagina merupakan bahagian intim wanita yang sentiasa dalam keadaan pH keasidan iaitu antara 3.5 hingga 4.6. Antara bakteria semulajadi yang sangat berguna dibahagian vagina dikenali sebagai Lactobacillus. Ia merupakan bakteria yang mampu mengekalkan vagina dalam persekitaran keasidan. Keadaan berasid boleh melindungi vagina daripada jangkitan kuman.

Apabila fungsi bakteria semulajadi diganggu oleh faktor luaran, ia boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman. Penggunaan pencuci bahagian intim yang tidak sesuai misalnya menjadi salah satu punca perubahan persekitaran berasid vagina sekaligus membunuh normal flora sedia ada. Keadaan ini mendorong kepada pertumbuhan organisme komensal yang lain secara berlebihan sehingga berlaku jangkitan. 

Kenali Sifat dan Organisma Keputihan




Mengapa keputihan terjadi semasa hamil?
 
1. Kandungan gula yang digelar sebagai glikogen yang berada di sekitar vagina akan meningkat ketika hamil. Glikogen akan menggalakkan pertumbuhan kulat pada vagina.
 
2. Pemilihan pakaian ketika hamil perlulah bersesuaian. Pilihlah material yang memberi keselesaan sepanjang tempoh kehamilan terutama sekali seluar dalam. Seluar dalam yang ketat mampu menghalang pengudaraan dan menggalakkan terjadinya keputihan.

3. Pengambilan antibiotik juga boleh menganggu keseimbangan mikro-organisma baik dan jahat di dalam perut.

4. Masalah kencing manis atau kencing manis yang tidak dikawal dengan baik juga boleh menjadi punca kepada berlakunya keputihan ketika hamil.

Langkah Mudah Cegah Keputihan Ketika Hamil


1. Pastikan vagina sentiasa berada dalam persekitaran yang bersih dan kering.



2. Gunakan pembersih faraj yang berupaya mengawal kestabilan pH vagina supaya tidak menyebabkan kegatalan. 



3. Elak memakai seluar dalam yang ketat dan dari material seperti satin. Jika ingin memakai panty liner, pastikan ketika benar-benar diperlukan sahaja. 

4. Jangan sesekali menggunakan produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada vagina. 

5. Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi

6. Cuci vagina dengan bersih dan buang air kecil selepas melakukan hubungan kelamin.

7. Segeralah berjumpa dengan doktor sebelum masalah keputihan menjadi semakin teruk

Bahaya Keputihan Terhadap Bayi

Sebenar keputihan tidak merbahayakan perkembangan bayi dalam kandungan kerana bayi terlindung di dalam uterus. Akan tetapi, jika jangkitan tersebut berterusan sehingga bersalin, berkemungkinan bayi akan dijangkiti kerana ia keluar melalui faraj jika melalui proses kelahiran secara normal. Jika bayi baru lahir anda dijangkiti, akan kelihatan tompokan putih pada bahagian mulut bayi. Ia juga boleh berpindah ke payudara ketika proses penyusuan.

Rujukan ;
http://www.babycenter.com.my/a1053536/keputihan
Majalah Rapi, Sept 2015 
Bagaimana Shaklee Boleh Membantu??

1. Sustained Release Vita-C Plus

Vita-C mempunyai sifat antioksidan yang tinggi serta mampu meningkatkan tahan imun tubuh dari dijangkiti bakteria. Sistem pertahanan tubuh yang kuat berupaya menangani masalah jangkitan kuman.

2. Garlic Complex

Bawang putih merupakan antibiotik semulajadi yang mampu memusnahkan bakteria merbahaya, kulat dan virus. Menurut kajian dari University Of Pittsburgh Medical Centre sangat berpotensi dalam merawat masalah jangkitan faraj serta masalah keputihan semasa hamil. Garlic Complex Shaklee berfungsi seperti antibiotik semulajadi dan memusnahkan bakteria penyebab keputihan.

Setiap tablet Garlic Complex Shaklee memiliki 500mg ekstrak garlic tulin yang menyamai 1 ulas bawang putih segar. Tiada perisa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

'Keputihan lebih dari biasa semasa hamil? Dah ada penyelesaiannya?? Jangan risau, Shaklee ada penyelesaian yang selamat untuk ibu hamil. Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk konsultasi produk secara percuma. Penghantar secara percuma turut diberi kepada warga Labuan. Bagaimana yang berada di luar Labuan?? Jangan risau, kos penghantaran secara pos juga percuma. Apa tunggu lagi??" - Pengedar Shaklee Labuan.

 
 




Comments