Masalah yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari lazimnya mempengaruhi rasa sedih dan kurang ceria seseorang individu. Ia adakalanya mencabar kesabaran dan merasakan perkara tersebut tidak harus terjadi dan tidak adil terhadap dirinya. Keadaan ini menyumbang kepada terjadinya stress dan kemurungan. Ada baiknya mereka yang merasa tertekan untuk mengambil makanan yang merangsang kepada emosi yang lebih baik dan gembira. Terdapat beberapa makanan yang mampu meningkatkan mood positif agar lebih ceria sepanjang hari !!!
Makanan ini mampu membaiki daya kognitif berfikir. Lebih gelap warnanya, maka lebih baik manfaatnya terhadap otak kita. Memakan coklat juga dikatakan mampu menghindari risiko Alzheimer serta menaikkan mood dengan serta merta. Coklat juga dapat merencatkan perembesan hormon stress, selain dapat meningkatkan penghasilan endorfin yang sekali gus menaikkan aras serotonin untuk menceriakan anda sepanjang hari.
Kandungan anti oksidan yang tinggi dalam buah beri terbukti berkesan menangani tekanan. Selain mampu membangkitkan mood yang gembira, buah beri juga berupaya mengurangkan risiko untuk terkena kanser.
3. Teh Hijau
Kandungan antioksidan, asid amino dan L-theanin yang terdapat dalam teh hijau boleh mengurangkan tekanan. Meminum teh hijau secara berterusan boleh meningkatkan tahap kesihatan dan menyebabkan rasa lebih sihat. L-theanin juga membantu untuk lebih fokus dan menguatkan daya ingatan.
4. Pisang
Ingin menaikkan mood kepada mood yang lebih baik??? Makanlah pisang kerana kandungan triptophan dalam pisang membantu meningkatkan tahap serotonin. Triptophan juga dipercayai membantu untuk tidur yang lebih lena.
5. Ikan Sardin
Omega-3 yang terkandung dalam ikan sardin membantu mengurangkan rasa tertekan. Kandungan Omega-3 juga berkesan memastikan neurotransmitter untuk berfungsi dengan lebih baik, sekaligus memanjangkan hayat fungsi otak.
6. Avokado
Sangat enak jika dibuat jus. Lemak avokado yang sihat membantu meningkatkan aras dopamine dan endorfine.
7. Ayam
Daging ayam memiliki triptophan yang tinggi dan daging ayam juga dapat meningkatkan lagi kandungan serotonin dalam tubuh.
8. Sayuran Hijau
Jika mengalami tekanan, tingkatkan pengambilan sayuran berwarna hijau kerana kandungan asid yang terdapat dalam sayuran hijau dapat membantu mengatasi tekanan.
9. Telur
Vitamin D membantu menghasilkan serotonin sekaligus membaiki mood kita. Pengambilan telur terutamanya kuning telur membantu mengatasi rasa tekanan kerana kandungan vitamin D di dalam telur.
10. Walnut
Kebolehan kekacang ini dalam membaiki kesihatan sel menjadikan ia makanan yang sangat berkhasiat. Disamping itu juga, pengambilan kacang walnut juga membantu untuk menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
Jadi lepas ni... kalau agak-agak terbawa mood sedih tu, ceria-ceriakan diri dengan makanan pencetus mood gumbira ni tau. Harap-harap ia membantu menjadikan kita lebih tabah menghadapi hari-hari mendatang.
[Sumber : Rapi, Sep 2015]

Comments
Post a Comment