KENALI PELBAGAI PUNCA RAMBUT GUGUR


Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini... from iReach HD on Vimeo.

Rambut yang cantik dan sihat memang menjadi idaman setiap individu sama ada lelaki atau perempuan. Rambut memberi penyeri kepada penampilan individu setiap hari. Tidak hairanlah terdapat individu yang sanggup berhabis ratusan dan ribuan ringgit ke salon semata-mata demi memastikan rambut mereka sentiasa terjaga. 



Masalah rambut gugur turut dialami hampir ramai orang. Bezanya sama ada serius ataupun tidak. Secara umumnya keguguran rambut kurang dari 100 helai adalah normal. Tetapi jika jumlah tersebut melebihi dari nilai itu, rawatan sepatutnya harus dimulakan. 

Bagi setiap individu, hampir 90% rambut dikulit kepala akan berada dalam fasa pertumbuhan, manakala selebihnya akan berada dalam fasa rehat. Fasa pertumbuhan akan berterusan antara dua hingga enam tahun. Secara normalnya, rambut akan mula gugur di penghujung fasa rehat. Pertumbuhan rambut yang normal perlu melalui tiga peringkat iaitu fasa pertumbuhan, fasa rehat dan fasa gugur.

Jenis-jenis Masalah Keguguran Rambut

1. Androgenetik Alopesia

Lelaki atau perempuan terdedah untuk mengalami masalah keguguran rambut jenis ini. Walaubagaimanapun, masalah ini lebih banyak dikaitkan dengan masalah kebotakkan yang dialami oleh lelaki (male pattern baldness). Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi masalah ini ;

i. Masalah hormon lelaki (testosterone)
ii. Faktor usia (melebihi 20 tahun ke atas)
iii.  Faktor keturunan 

Dipasaran terdapat pelbagai ubat dan produk yang mampu menangani masalah seperti ini, namun rawatan serta pemeriksaan dari doktor diperlukan terlebih dahulu bagi menentukan tindakan dan rawatan seterusnya yang bersesuaian.

2. Alopesia Areata

Keguguran jenis ini melibatkan sesetengah tempat di kepala. Rawatan khusus secara berterusan dikatakan mampu merawat masalah ini.

Punca Keguguran Rambut

Jika terdapat gumpalan rambut pada sikat setiap kali menyikat rambut, berkemungkinan anda mengalami masalah keguguran rambut. Banyak faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini, antaranya ; 

1. Proses melahirkan anak

Seseorang wanita yang baru sahaja melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat dalam satu tempoh yang agak lama. Selepas fasa bersalin, ibu akan melalui fasa gugur rambut dengan cepat. Terdapat sesetengah ibu yang mengalami keguguran rambut yang agak kronik dalam tempoh dua hingga tiga bulan. Namun situasi ini bersifat sementara dan kebanyakkannya akan pulih seperti biasa antara satu hingga 6 bulan.

2. Diet yang tidak seimbang

Diet yang tidak seimbang akan menyebabkan sesetengah nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut tidak diperoleh dengan secukupnya. Kekurangan protein dalam menu harian menjadi punca masalah keguguran rambut. Protein menyokong pertumbuhan dan menguatkan fungsi rambut.

3. Kulit kepala tidak sihat

Jangkitan pada kulit kepala boleh berlaku seperti kulat, bakteria dan sebagainya. Dapatkan rawatan sewajarnya kerana jangkitan tersebut boleh menyebabkan bahagian kepala yang bermasalah akan menjadi botak untuk selamanya.

4. Suhu badan yang tidak stabil

Perubahan suhu badan akibat demam dan jangkitan virus seperti selsema boleh mengakibatkan masalah keguguran rambut secara serius. Walaubagaimanapun, masalah ini boleh pulih sebaik suhu badan kembali kepada keadaan asal.

5. Tekanan

Gangguan emosi yang berlaku boleh menyebabkan tekanan yang memberi kesan kepada masalah keguguran rambut.

6. Rawatan kanser

Rawatan kanser seperti kimoterami yang dijalankan secara kerap dalam tempoh tertentu memberi kesan kepada kulit kepala. Rawatan ini menyebabkan pertumbuhan sel-sel rambut terhenti. Masalah ini akan pulih apabila selesai rawatan.

7. Pengambilan ubat-ubatan

Ubat-ubat seperti ubat untuk penyakit gout, artritis, kemurungan, hipertensi, ubat mencairkan darah dan masalah jantung menjadi salah satu punca kepada masalah keguguran rambut.
  
8. Faktor luaran

Penggunaan syampu yang tidak sesuai, terdedah kepada cahaya matahari secara berlebihan, udara yang kotor, penggunaan bahan kimia untuk rambut dan sebagainya memberi kesan negatif kepada tahap pertumbuhan rambut.

Kaedah Rawatan Keguguran Rambut

Tidak semua masalah keguguran rambut memerlukan rawatan khas ini kerana terdapat jenis masalah yang akan pulih seperti sedia kala apabila mencapai jangka masa tertentu. 

Walaubagaimanapun, jika punca disebabkan masalah seperti Androgenetik dan seumpamanya perlulah mendapatkan rawatan dan pengesahan doktor terlebih dahulu. Kebiasaannya terdapat dua jenis ubat yang diluluskan dan terbukti berkesan untuk merawat masalah androgenetik alopesia iaitu Minoxidil (sapuan) dan Finasterida (makan). Dinasihatkan berjumpa doktor terlebih dahulu untuk mengesahkan masalah yang dihadapi

Kaedah Rawatan Secara Semulajadi

1. Santan Kelapa


Santan kelapa memiliki banyak khasiat dan mampu memberikan kesan positif terhadap pertumbuhan rambut jika digunakan secara teratur. Mengandungi glukosa, fruktosa, asid amino, enzim, protein, kalium, fosfor, zat besi, Vitamin A, B1 dan C. Kandungan zat kimianya pula berupa enzim yang mampu mengurai sifat racun.

Ambil santan kelapa yang dicampurkan bersama hirisan batang pisang. Lumurkan pada kepala dan bungkus selama 10 minit

Selain dari itu, penggunaan minyak kelapa turut membantu. Lakukan urutan lembut pada kulit kepala dengan menggunakan minyak kelapa.

2. Limau nipis



Bilasan berasid mampu melembutkan dan menambahkan kilauan pada rambut selain memulihkan keguguran rambut. Perahkan lebih kurang 3 biji limau nipis bersama 2 biji putih telur. Ratakan keseluruh bahagian rambut. Biarkan selama 2 jam dan kemudian barulah dicuci. 

3. Lidah buaya

 

Ambil lendir lidah buaya yang dicampur bersama dengan lendir bunga raya dan daun litup bumi. Campurkan kesemua bahan bersama sedikit minyak zaitun. Sapu lendir campuran tadi pada kulit kepala dan bungkus selama 30 minit. Cuci rambut keesokkan hari. Amalkan pada setiap minggu.

4. Daun serai



Ambil beberapa helai daun serai. Tumbuk daun tersebut sehingga lumat. Kemudian masak bersama secawan air sehingga kekuningan. Setelah sejuk sapukan pada kulit kepala. Amalkan selama 2 minggu dan lihat kesannya.

Bagaimana Shaklee 
Dapat Membantu ??




1. Zinc Complex 

Zinc mengaktifkan 200 jenis enzim dan merangsang regenerasi sel. Ini dapat memelihara pertumbuhan dan perkembangan sel.

2. B-Complex

Kekurangan Vitamin B12 menyebabkan rambut mudah gugur dan menyebabkan penipisan rambut dan kebotakkan. Biotin merupakan komponen penting untuk pertumbuhan semula rambut.

3. ESP

Protein penting dalam menggalakkan pertumbuhan semula rambut. Protein ESP membantu rambut agar tumbuh dengan segera dengan lebih cepat dan sihat jika diambil secukupnya. Kekurangan protein mengakibatkan rambut tumbuh dengan lambat

4. Nourishing Scalp Treatment

Nourishing Scalp Treatment merupakan formula eksklusif serta telah terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan dan menguatkan rambut secara semulajadi.

5. Revitalizing Shampoo

Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut. Sistem pembersihan lembut dan berpaten. Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa perlu melembapkan atau mengeringkan.

6. Lightweight Conditioner

Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit. Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat. Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diuruskan

Testimoni Set Rambut Gugur



 

"Masih belum jumpa set penjagaan rambut untuk rambut gugur? Jom dapatkan Set Rambut Gugur Shaklee yang dapat membantu masalah anda. Hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk keterangan lanjut berkenaan produk. Konsultasi adalah percuma !!!! Perhatian untuk warga Labuan, perkhidmatan COD secara percuma turut disediakan. Untuk luar Labuan, jangan risau.... kerana penghantaran secara pos akan diberikan juga secara PERCUMA. Bestkan!!!" Pengedar Shaklee Labuan 

 

Comments