SUMBER ALAMI KURMA

Kurma atau dikenali dengan tamar dianggap makanan paling lengkap dan sempurna dengan lebih 200 jenis. Di Malaysia, kurma sangat popular apabila tiba bulan Ramadhan, kerana pengambilannya mudah dihadam oleh perut dan mengurangkan rasa lapar. Kandungan gulanya yang sangat tinggi iaitu sehingga 63 % dan majoritinya adalah glukosa. Kurma sangat berbeza dengan buah-buahan lain yang mengandungi sukrosa (Disakarida) yang perlu dipecahkan terlebih dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosakarida lalu diserap oleh tubuh sebagai tenaga.


Kurma mengandungi protein sehingga 2.5 % , serat 8%, lemak 0.4% serta mineral lain seperti zat besi, kalsium, fosforus, natrium, kalium, vitamin A, C dan niasin. 

Fakta Berkaitan Kurma



* Satu cawan kurma mengandungi 400 kalori, 27 % daripada keperluan kalsium dan 48 % keperluan serat yang dicadangkan dalam sehari

* Sangat membantu dalam menurunkan tekanan darah, strok dan komplikasi sewaktu melahirkan kerana mengandungi kalsium, zink, zat besi, kuprum, magnesium dan lain-lain mineral.

* Sumber antioksidan yang dikenali sebagai polifenol yang menentang radikal bebas.

* Medjool merupakan varieti kurma yang paling mahal disebabkan ia sukar ditanam, bersaiz besar dan memiliki isi seperti karamel.

* Biarpun kurma mempunyai kandungan gula yang tinggi iaitu 93gram per cawan, akan tetapi ia mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang rendah dan baik untuk mereka yang mengawal paras gula.

Manfaat Kurma

1. Kaya dengan serat dan kalium

Kandungan serta yang tinggi terdapat pada bahagian kulit kurma. Oleh itu ia sangat baik dimakan tanpa membuang kulitnya. 100gram kurma memiliki 8g serat jika dibandingkan dengan 100gram pisang yang hanya mempunyai 2.6gram serat sahaja. 

Kalium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan air dalam tubuh kita. Tidak perlu meneguk air isotonik untuk mengembalikan bendalir dalam tubuh, memadaikan makan sebiji kurma dan meminum air suam. Kalium juga mencegah cirit birit, membantu sistem saraf dan merangsang kecergasan otak serta melindungi tubuh dari penyakit jantung dan serangan strok.

2. Memelihara kesihatan dan kekuatan tulang

Kandungan mineralnya yang tinggi membuatkan kurma tergolong dalam makanan yang menguatkan tulang dan menentang penyakit osteoporosis. Kandungan selenium, mangan. kuprum dan magnesium membantu pertumbuhan tulang agar kuat.

3. Mencegah sembelit

Kandungan serat yang tinggi membantu memudahkan pergerakkan usus dan mengurangkan sembelit. Rendam beberapa biji kurma semalaman dan makan keesokkan harinya.

4. Mencegah anemia

Kurma menjadi supplimen terbaik bagi pengidap anemia kerana kandungan zat besinya.

5. Meningkatkan tenaga batin

Pengambilan kurma yang direndam bersama susu kambing segar semalaman dan dikisar bersama serbuk pelaga dan madu menjadikannya tonik yang berupaya meningkatkan kadar stamina dan daya tahan seksual.

 

Comments