Halia adalah tumbuhan rizom yang tumbuh di bawah tanah dimana bahagian akarnya menyimpan kandungan tenaga. Rizom halia pejal dan strukturnya yang berserat. Berwarna kuning, putih atau merah bergantung kepada spesisnya.
Kenali Halia
* Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kaliu, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentan, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik.
* Halia berkhasiat merawat penyakit angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit birit, badan kesejukan dan sakit pinggang.
* Walaupun ianya bersifat panas dan juga lembap, halia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses pencernaan dan sebagainya
Tangani Masalah Pencernaan.
Masyarakat telah menggunakan halia sebagai elemen yang aktif dalam menangani masalah yang berkaitan dengan sistem pencernaan dan usus sejak dari masa lampau lagi.
Dalam ilmu perubatan dan herba, halia atau dikenali sebagai carminative (elemen yang menggalakkan penyingkiran gas pencernaan) yang baik dan spasmolytic usus (elemen yang melegakan usus)
Melalui kajian-kajian moden, menunjukkan bahawa halia mempunyai pelbagai sifat teraputik termasuk nilai-nilai antioksidan dan kebolehan yang mengelakkan pembentukan sebatian yang meradangkan.
1. Melegakan sistem gastrousus
Hasil kajian menunjukkan, halia membantu sistem gastrousus kerana halia memiliki bahan yang cukup efektif dalam mengelakkan simptom mabuk laut dan masalah loya yang sering dikaitkan dengan pening kepala, muntah-muntah dan peluh sejuk akibat gerakkan.
2. Halia elak alahan wanita hamil
Sifat halia melegakan sistem gastrousus juga turut bermanfaat kepada ibu hamil yang mudah loya dan muntah semasa kehamilan. Kajia dikalangan 19 dari 27 wanita hamil (usia kandungan kurang dari 20 minggu) mendapati halia telah menurunkan risiko loya teruk dan muntah. Pendapat ini turut disokong menerusi kajian yang diterbtkan dalam jurnal Obstetrics Dan Gynecology April 2005. Sejumlah 675 wanita hamil yang mengalami masalah loya berkurang secara mendadak tanpa memberikan kesan sampingan kepada kehamilan.
3. Sifat anti radang
Sifat anti radang yang kuat yang terdapat dalam halia amat memberi manfaat kepada pesakit osteoarthritis dan rheumatoid dan memudahkan pergerakkan mereka. Ia dikenali sebagai gingerols. Kajian klinikal melaporkan, 75% daripada pesakit arthritis yang mengalami kesakitan dan keradangan berkurangan selepas mengambil komponen gingerol yang terdapat dalam halia.
4. Melindungi daripada kanser kolorektal
Gingerols yang terkandung dalam halia memberikan kesan yang hebat dan dikenalpasti sebagai pencegah pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal (kanser usus/ rectum).

Comments
Post a Comment