BAWANG PUTIH



Bawang putih ternyata banyak khasiat untuk kesihatan. Bawang putih telah digunakan sekian lama dalam masakan dan perubatan. Ia mengandungi sebatian sulphur yang boleh merangsang sistem imun semulajadi dalam membantu mengurangkan pertumbuhan tumor. Khasiat lain termasuk mengubati demam, selsema, menyuburkan rambut, membersihkan jerawat dan menyembukan penyakit kulit. Bawang putih dipercayai berasal dari tengah pergunungan Asia iaitu di Tajikstan, Turkmenia, Uzbekistan dan utara Iran, Afghanistan dan Pakistan. Ia dari tumbuhan liar yang kemudian dibuat pembiakbakaan tumbuhan sejak dulu kala. Tanaman ini merupakan tanaman yang mendapat penekanan di negara oirental seperti di China dan Korea.

Bawang Putih digunakan dalam bentuk segar (Untuk masakan dan perubatan), dikeringkan dan juga diproses dalam bentuk serbuk . Penyimpanan yang sempurna membolehkan bawang putih tahan lama sehinga beberapa bulan. Di Malaysia semua bangsa menggunakan bawang putih dalam masakan harian terutamanya masyarakat Cina dan menjadi satu kemestian.

Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah. Selain berfungsi sebagai anti bakteria, bawang putih di dapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser. Kajian saintis juga mendapati bawang putih mampu mengurangkan penyempitan kolesterol pada saluran darah dalam kardiovaskular manusia. Kajian lain nyatakan ianya dapat kurangkan kandungan gula dalam badan dan mngurangkan batuk.

Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik alami di dalam tubuh manusia. Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.Ia juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan).
Tumbuhan ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam tubuh badan. Selain itu bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, kuman tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk bawang putih serta menepekkannya di bahagian yang berjerawat.

 

Rawatan Bawang Putih 

 

1. Bawang Putih Rawat Tumit Merekah
Tumit kaki yang pecah dan merekah bukan sahaja mencacatkan penampilan malah adakalanya cukup menyakitkan. Apakata anda cuba rawat menggunakan cara tradisional. Campurkan perahan limau nipis bersama bawang putih yang telah dihancurkan. Gosok perlahan-lahan pada tumut kaki yang bermasalah secara rutin sehingga anda rasakan perubahannya

2. Bawang Putih Rawat Jerawat
Bawang putih mampu merawat jerawat kerana ia mengandungi bahan anti-bakteria dan anti-virus yang dapat mengurangkan keradangan kulit seperti ruam serta mengecutkan jerawat. Bawang putih mengandungi minyak astiri yang tinggi dan mampu bertindak sebagai antibakteria dan antiseptic. Hancurkan bawang putih dan sapu pada kawasan yang berjerawat

Comments