Senggugut adalah kesakitan yang dialami dibahagian bawah perut atau pelvis sewaktu datang haid. Pelvis merupakan bahagian dimana terdapat organ seperti rahim, ovari, saluran palofio dan pundi kencing. Kehadiran senggugut pada sesetengah individu boleh menyebabkan ketidakselesaan terutama yang sering mengalami kesakitan yang teruk sehingga mengganggu tugas seharian. Senggugut juga dikenali sebagai "Dysmenorrhoea". Terdapat 2 jenis senggugut :
1)Senggugut Primer
Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Tetapi ia juga boleh berlaku dikalangan wanita yang masih subur.
Lebih daripada 60% perempuan remaja mengalami senggugut primer. Satu dalam 10 wanita mengalami kesakitan yang teruk sehingga menganggu aktiviti seharian.
Ia adalah lebih kerap berlaku kepada seseorang yang merokok, mereka yang mengalami akil baligh yang lebih awal, dan yang mempunyai haid yang banyak. Wanita yang pernah atau baru bersalin, dan yang mengambil pil perancang berisiko rendah mengalami senggugut
2) Senggugut Sekunder
Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Antara faktor-faktor penyebab senggugut jenis ini adalah :
- Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.
- Cyst Ovari dan tumor
- Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
- Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
- Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
- Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.
Tanda-tanda Mengalami Senggugut
1. Sakit di bahagian bawah perut. Kesakitan ini biasanya sederhana dan mengejang, yang boleh merebak ke belakang dan bahagian peha.
Senggugut primer.
Ia biasanya paling sakit pada dua hari pertama datang haid yang diikuti dengan sakit yang
berkurangan beberapa hari selepas itu, dan berhenti apabila haid berhenti. Biasanya berlaku
selama 12 ke 24 jam, ada yang selama 2 ke 3 hari. Kesakitan ini berkurangan apabila umur
meningkat dan selepas bersalin.
Senggugut sekunder.
Senggugut ini mempunyai tanda seperti senggugut primer tetapi sakitnya berpanjangan, bermula
beberapa hari sebelum haid and bertambah teruk. Senggugut ini menjadi semakin teruk selepas
beberapa tahun haid biasa. Berikut adalah tanda yang menyatakan kemungkinan anda mengalami
senggugut Sekunder :
~ Haid yang tidak tetap
~ Kesakitan antara haid
~ Pendarahan yang bertambah banyak
~ Lelehan dari faraj
~ Kesakitan ketika melakukan seks
2. Sakit kepala, pening, letih, sakit belakang
3. Loya dan muntah, cirit-birit.
Kesan Masalah Senggugut
1. Physical - Infertiliti (Tidak dapat mengandung)2. Mental - stres, tidur terganggu
Rawatan Masalah Senggugut
1. Ubat pengurang radang. (Contoh: Mefanemic acid, Naproxen)
Sebanyak 80% perempuan yang mengalami senggugut boleh dikurangkan atau dihentikan dengan mengunakan ubat ini. Ia hendaklah dimakan sebaik sahaja sakit bermula atau pada permulaan haid.
2. Ubat tahan sakit. (Contoh: Paracetamol)
Digunakan sekiranya ubat pengurang radang tidak sesuai untuk dimakan disebabkan oleh kesan sampingan atau kontraindikasi penggunaan ubat. Ubat ini boleh digunakan bersama dengan ubat pengurang radang sekiranya sejenis ubat tidak mencukupi untuk mengurangkan kesakitan.
3. Pil perancang.
Ia biasanya digunakan untuk senggugut primer untuk:
- Mengurangkan dan memendekkan tempoh haid dengan menghindari ovulasi.
- Mengurangkan atau menghilangkan sakit senggugut dengan mengurangkan penghasilan
prostaglandin di selaput rahim.
- Kegunaan lainnya sebagai ubat pencegah kehamilan.
4. Penggunaan Haba
Senggugut sering kali dialami untuk seketika sahaja. Kesakitan sementara ini dapat diredakan menggunakan haba dari botol yang berisikan air suam, atau pek panas yang boleh diletakkan pada bahagian bawah perut, atau dengan mandi air suam.
5. Mesin TENS ("Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation")
Boleh digunakan sekiranya tidak ingin menggunakan ubat. Mesin in menghasilkan pengaliran kuasa elektrik kecil yang menghindari tanda sakit dari saraf sakit dari disampaikan ke otak. Dengan ini sakit mungkin berkurangan.
Comments
Post a Comment