Sukar Hamil Kerana PCOS

Apa Itu PCOS?


Pengedar Shaklee Labuan




Polycystic Ovary Syndrome atau lebih dikenali sebagai PCOS mungkin menjadi masalah kepada ramai wanita. PCOS adalah gangguan hormon yang berlaku dalam tubuh wanita. Dianggarkan 12-18% wanita memiliki masalah ini dan lebih 21% wanita berisiko tinggi mengalami masalah ini terdiri

Normalnya tubuh wanita memerlukan kedua-dua jenis hormon wanita (Estrogen) dan lelaki (Testosteron) untuk memastikan tubuh dapat bekerja dengan lebih baik. Akan tetapi, wanita yang mempunyai masalah PCOS cenderung mempunyai lebih hormon lelaki.

Apabila seseorang wanita itu memiliki hormon lelaki yang berlebihan, berkemungkinan besar fungsi ovari akan terganggu. Wanita tersebut akan mengalami gangguan kedatangan haid atau langsung tidak di datangi haid. PCOS juga menyebabkan seseorang wanita sukar hamil. 

Simptom-simptom PCOS

Pengedar Shaklee Labuan


1. Haid yang tidak teratur

Wanita dengan PCOS berkemungkinan mengalami masalah gangguan haid ataupun haid tiada langsung. Purata kitaran haid seseorang wanita adalah selama 28 hari. (21 hari sehingga 35 hari masih dianggap normal). Gangguan haid seseorang wanita didefinisikan apabila ;
  • Mengalami kurang 8 kali kedatangan haid dalam tempoh setahun
  • Kitaran haid melebihi 35 hari

2. Keguguran rambut

Kadar hormone androgen yang tinggi membuatkan wanita dengan masalah PCOS mengalami masalah keguguran rambut.

3. Pertumbuhan jerawat 

Jika para hormone androgen dalam tubuh wanita yang mengalami PCOS sangat tinggi, ia akan meningkatkan keaktifan kelenjar minyak pada kulit wajah sekaligus membuatkan kulit ditumbuhi jerawat yang banyak. 

4. Mengurangkan Peluang Hamil

Kegagalan hamil bagi wanita yang mengalami PCOS adalah disebabkan kehadiran hormone androgen dan juga tahap insulin yang tinggi. Kedua-dua ini boleh mengakibatkan masalah kitaran haid yang tidak teratur dan juga mengurangkan risiko untuk hamil. Terdapat juga wanita dengan masalah PCOS berisiko mengalami keguguran. Walaupun begitu masih ramai juga wanita dengan masalah PCOS berjaya hamil.

5. Kesan Psikologi

Tekanan dan kemurungan juga dikatakan mampu meningkatkan risiko untuk mengalami PCOS. 

6. Pertumbuhan rerambut 

Akibat gangguan hormone, wanita yang mengidap PCOS mungkin akan mengalami masalah pertumbuhan rerambut lebih banyak berbanding wanita normal yang lain.

Penyebab PCOS


Pengedar Shaklee Labuan


1. Sejarah Keluarga

Jika ada diantara ahli keluarga yang mengalami PCOS, 50 peratus potensi untuk anda mengalaminya juga. 

2. Rintangan Insulin dan Gaya Hidup

Salah satu fungsi insulin adalah memastikan tahap glukos dalam darah kekal normal dan stabil. Akan tetapi jika insulin tidak mampu menjalankan tugasnya dengan sempurna, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak insulin. Tingginya tahap pengeluaran insulin, memberi peluang tubuh meningkatkan pengeluaran hormone androgen seperti testosterone dalam ovary. Selain itu, ia juga menggalakkan pertumbuhan bulu atau rerambut, gangguan haid dan juga masalah jerawat

80 peratus wanita dengan masalah PCOS mengalami masalah rintangan insulin. Peningkatan insulin meningkatkan risiko untuk wanita mengalami masalah diabetes jenis 2 dan juga masalah kardiovaskular.


Masalah lain yang mungkin timbul akibat rintangan insulin adalah masalah berlebihan berat badan disebabkan oleh factor pemakanan serta gaya hidup yang tidak aktif. Masalah obesity bagi wanita yang mengalami PCOS


Ini bermakna, wanita dengan masalah PCOS mungkin mengalami ;


i. Rintangan insulin disebabkan faktor genetik
ii. Rintangan insulin meningkatkan peluang obesiti
iii. Mengalami kedua-dua masalah di atas.

3. Kenaikan Berat Badan

Sesetengah wanita dengan masalah PCOS tetapi tidak mengalami masalah berat badan tidak menunjukkan symptom seperti gangguan haid atau pertumbuhan bulu atau rerambut yang banyak. Akan tetapi, symptom ini wujud apabila wanita tersebut mengalami peningkatan berat badan.

PCOS dan Masalah Kesuburan

Jika anda mengidap PCOS, berkemungkinan besar anda akan berdepan dengan masalah kesukaran hamil. Ini kerana, hormone lelaki yang dirembeskan mungkin menghalang  ovum untuk disenyawakan. Oleh yang demikian, wanita yang mengidap PCOS perlulah ;

i. Mengawal berat badan supaya sentiasa berada dalam berat badan sihat

ii. Amalkan pemakanan sihat dan seimbang

iii. Sentiasa bersenam

iv. Kenalpasti waktu subur

PCOS dan Risiko Kehamilan

Wanita PCOS yang berjaya hamil berdepan dengan beberapa risiko kehamilan, antaranya ;

i. Keguguran

ii. Tekanan darah tinggi

iii. Kencing manis semasa hamil

iv. Melahirkan bayi pramatang

Masalah Kesihatan Yang Mungkin Dialami Oleh Wanita Yang Mengalami PCOS

1. Rintangan Insulin

2. Diabetes jenis 2
3. Masalah kolesterol
4. Masalah kardiovaskular (Masalah jantung)
5. Kanser pangkal Rahim

6. Sleep Apnea

Diagnosis Untuk Wanita PCOS

Jika anda sering gagal hamil, adalah dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar perubatan untuk memastikan anda mengidap PCOS atau pun tidak. Antara ujian yang dilakukan adalah ;

1. Kebiasaannya doktor mengadakan ujian darah akan menguji tahap hormone lelaki yang terdapat dalam tubuh

2.  Ujian ultrabunyi dilakukan untuk memastikan kehadiran cyst dalam ovary.



Set Kesuburan Shaklee Untuk PCOS


Pengedar Shaklee Labuan



1. GLA Complex Shaklee

Diperbuat dari ekstrak minyak bunga borage yang memiliki 2 kali ganda GLA berbanding EPO

GLA Complex membantu wanita menghasilkan mucus servik yang berkualiti, sebagai medium persekitaran untuk sperma berenang dari tiub fallopio ke ovum untuk di senyawakan.

Persekitaran yang kering dalam vagina menyukarkan pergerakkan sperma seterusnya menjejaskan peluang persenyawaan.

Lendir servik yang subur dan berkualiti membantu sperma bertahan lebih lama

GLA Complex merupakan sejenis asid lemak omega 6 yang ditukarkan kepada prostaglandin iaitu sejenis enzim yang membantu wanita mengawal atur hormone reproduktif wanita.

GLA Complex membantu mengawal selia hormone Estrogen dan Testosteron seterusnya membantu mendapatkan kitaran haid yang normal.

GLA Complex mengukuhkan plasenta dan meningkatkan lapisan uterus. Ini penting untuk membantu telur yang telah bersenyawa untuk melekat dan bercambah.

2. B complex Shaklee


Memiliki Vitamin B6 yang meningkatkan paras progesterone iaitu sejenis hormone yang dapat menyediakan tubuh untuk hamil

Myo-inositol merupakan sebahagian dari B Complex yang didapati memberi kesan yang sangat positif bagi pesakit PCOS

3. Vitalea Iron Formula Shaklee


Kekurangan nutrisi dan diet tidak seimbang boleh menjejaskan keseimbangan hormone kesuburan seterusnya menyukarkan peluang untuk hamil

4. VIVIX Shaklee

Kajian klinikal terkini menunjukkan ramuan aktif VIVIX Shaklee berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetic.

Vivix Shaklee memberi impak untuk melindungi dan memperbaiki selular DNA dan pengawalan genetic

Vivix Shaklee juga menggalakkan biogenesis (Pembentukkan mitochondria)

5. Omega Guard Shaklee

PCOS boleh menyebabkan kenaikan berat badan yang mendadak. Pertambahan berat badan menyumbang kepada kesukaran hamil. Omega guard membantu membakar lemak dan mengawal berat badan.


Testimoni Wanita PCOS dengan SET PCOS Shaklee

Testimonial 1 : Pengambilan Vivix membantu period lebih teratur


Testimonial 2 : Berjaya hamil dengan set Shaklee


Testimonial 3 ; Menguatkan rahim dan hamil semula






Sumber Rujukan


Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.

** Semua maklumat tentang produk serta testimony yang disiarkan bukanlah bertujuan untuk MENDIAGNOS, MERAWAT, MENYEMBUH DAN MENCEGAH sebarang peyakit. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada pakar perubatan jika mengalami sebarang penyakit yang memerlu anda mendiagnos, konsultasi serta rawatan susulan sebelum mengambil vitamin **

Comments

  1. My husband and I decided to start trying to have a baby, I never thought it would be complicated. I had been on birth control for seven years, and I figured that I would stop taking it and then be able to get pregnant quickly. That was not the case. Seeing a negative pregnancy test time after time was hard. I soon went to my OB-GYN and was diagnosed with polycystic ovary syndrome (PCOS). PCOS is one of the most common causes of infertility. I was cured naturally with the use of Dr Odia RSO Cannabis Oil, In 2020 I begin seeing Dr Odia, who specializes in internal and pulmonary medicine.6 In 2021 we welcome our first daughter. He got me cured, I would encourage anyone to seek a second opinion especially if they’ve been told there’s no hope. It’s also crucial to learn as much as you can about your diagnosis. Seek options. Find out about what’s out there that could help. Contact Dr Odia via email:( drodiaherbalistcenter@gmail.com ) WhatsApp +17278553511.

    ReplyDelete

Post a Comment