Tanda-tanda Anda Mengalami Kanser Buah Pinggang

Buah pinggang adalah organ penting dalam menapis darah serta bahan kumuh dan dikeluarkan melalui pembuangan air kecil. Buah pinggang juga berfungsi mengawal tekanan darah serta memastikan bekalan darah merah mencukupi.




Bagaimana jika buah pinggang yang diharap menapis segala toksin tidak mampu berfungsi dengan baik akibat kanser?? Ngeri bukan?

Lebih menakutkan kebanyakkan kes kanser buah pinggang tidak dapat dikesan diperingkat awal sehinggalah ia sudah lewat semasa dikesan. Alangkah sedihnya bila mengetahui kanser buah pinggang sudah berada diperingkat akhir.

Ini berikutan buah pinggang terletak jauh dalam tubuh, sebarang ketumbuhan atau kelainan yang berlaku pada buah pinggang tidak mampu dikesan melalui pemeriksaan fizikal. Ditambah lagi symptom kanser buah pinggang kerap menyerupai symptom penyakit lain menyebabkan ia sukar dikesan.

Sama seperti organ tubuh yang lain, buah pinggang juga berisiko mengalami kanser. Kanser buah pinggang atau dikenali sebagai Renal Cell Calcinoma (RCC) terjadi apabila terdapat sel kanser yang mula aktif dan mengawal segala sel yang baik dan membentuk tumor.

Sesiapa sahaja boleh menghadapi kanser buah pinggang tidak kira lelaki ataupun perempuan. 9 dari 10 manusia manusia terdedah kepada kanser jenis ini dan boleh menyerang satu atau kedua dua buah pinggang. Di Malaysia, kanser merupakan penyebab kematian ketiga tertinggi selepas serangan jantung dan kemalangan. Walaupun kanser buah pinggang tidak tersenarai dalam senarai kanser paling banyak menyerang rakyat Malaysia, kelewatan mendapatkan rawatan boleh meragut nyawa pengidap. 







Berdasarkan laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan 2007, kekerapan lelaki mengalami kanser buah pinggang adalah berada di tangga ke 17, manakala pengidap wanita pula berada ditangga ke 20 dan Pakar Ongkologi menganggarkan kekerapan kanser buah pinggang akan meningkat berdasarkan bilangan pesakit buah pinggang yang mendapatkan rawatan bagi penyakit ini.


Siapa Yang Berisiko Mengalami Kanser Buah Pinggang?

Kebanyakkan pengidap kanser buah pinggang adalah terdiri daripada mereka yang berumur 50 hingga 70 tahun dan kaum lelaki 2 hingga 3 kali  paling berisiko mengidap penyakit ini. Kanser buah pinggang turut menyebabkan pengidap mengalami masalah kronik yang lain termasuklah tekanan darah tinggi serta masalah buah pinggang rosak.

Akan tetapi kanser buah pinggang juga boleh menyerang golongan muda sekitar umur 35 tahun dan ke atas. Manakala usia 60 hingga 69 merupakan usia kemuncak berisiko tinggi mengidap kanser buah pinggang

Faktor Lain Penyebab Kanser Buah Pinggang.

1. Merokok ; Individu merokok dikatakan memiliki peluang 2 kali ganda mengalami masalah kanser buah pinggang. 30% lelaki berisiko mengalami kanser buah pinggang manakali 25% adalah wanita

2. Berlebihan berat badan ; Masalah berlebihan berat badan atau obesiti meningkatkan risiko sehingga 2 kali ganda untuk mengalami kanser buah pinggang

3. Pengambilan ubat-ubatan seperti aspirin, acetaminophen atau ibuprofen dalam jangka masa yang lama mampu meningkatkan peluang mengalami kanser buah pinggang.

Simptom-simptom Mengalami Kanser Buah Pinggang



1. Darah dalam air kencing
2. Bengkak pada bahagian berdekatan buah pinggang
3. Sakit belakang
4. Selalu penat
5. Susut berat badan tanpa sebab
6. Demam

Kaedah Rawatan dan Diagnosis Kanser Buah Pinggang

1. Ujian Darah dan Air Kencing

Apabila anda memiliki tanda-tanda mengalami kanser buah pinggang, doktor akan mulakan rawatan dengan menganalisis air kencing yang mana kaedah ini adalah untuk menguji kehadiran darah dan juga sel kanser. Ujian darah mungkin akan dilakukan untuk memastikan adakah buah pinggang berfungsi dengan baik serta mengenalpasti sel darah yang sihat dari segi jumlah sel darah merah, sel darah putih dan juga platlet. Individu yang mengalami kanser buah pinggang berkemungkinan mengalami anemia, iaitu kekurangan sel darah merah.

2. Diagnosis Secara Ujian Imej

i. Ujian Ultra sound
ii. Ujian CT Scan (Computerized Tomography)
iii. Ujian MRI Scan (Magnetic Imaging Resonance)
iv. Ujian PET Scan (Positron Emission Tomography)

3. Biopsy

Doktor juga mungkin akan mencadangkan pengambilan sampel tumor melalui pembedahan kecil untuk diuji. Kaedah ini merupakan kaedah yang berkesan dalam memastikan kehadiran sel kanser. 

4. Pembedahan

Kaedah pembedahan adalah salah satu kaedah yang biasa dilakukan untuk pesakit kanser. Doktor akan membuang bahagian buah pinggang yang dijangkiti kanser dan meninggalkan yang masih berfungsi.

5. Hapuskan Ketumbuhan

Jika kaedah pembedahan berkemungkinan mengancam nyawa, doktor akan mengapuskan sel kanser dengan penggunaan gelombang.

VIVIX Bantu Cegah Kanser 





VIVIX adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru dalam pemakanan polifenol.

VIVIV mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan lobak ungu yang kaya dengan Polifenol.

Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti penuaan semulajadi.

VIVIX sudah dipatenkan. Bahan-bahan utama telah diuji secara klinikal dan ianya esklusif untuk Shaklee









Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.

** Semua maklumat tentang produk serta testimony yang disiarkan bukanlah bertujuan untuk MENDIAGNOS, MERAWAT, MENYEMBUH DAN MENCEGAH sebarang peyakit. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada pakar perubatan jika mengalami sebarang penyakit yang memerlu anda mendiagnos, konsultasi serta rawatan susulan sebelum mengambil vitamin **



SUMBER RUJUKAN ;

1. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0130&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm
2. https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20170312/283429191369842
3. https://www.webmd.com/cancer/ss/slideshow-kidney-cancer-guide?ecd=wnl_day_031418&ctr=wnl-day-031418_nsl-ld-stry&mb=CAcy7AIaNeseIAxwQkfltxXFE73IOX1cItGUupfNwEo%3d











Comments