Friday, 19 January 2018

Kalsium Untuk Tulang Rapuh

Kalsium sangat penting dalam memastikan kita memiliki tulang dan gigi yang kuat dan sihat. Keperluan kalsium amat diperlukan  seawal umur kanak-kanak lagi. Pada waktu ini perkembangan tulang sangat pesat sekali sekaligus penting bagi setiap ibu bapa memastikan anak-anak dibekalkan dengan sumber kalsium yang mencukupi bagi menangani masalah tulang rapuh.

Tulang rapuh merupakan gejala dimana tulang hilang kepadatan, mengakibatkan tulang-tulang menjadi rapuh atau mudah patah. Semakin meningkat usia seseorang, tulang akan mengalami kekurangan kepadatan tulang, sekaligus tulang akan semakin menipis.


Kalsium untuk tulang rapuh


Keperluan kalsium adalah berbeza mengikut peringkat umur. Semakin bertambah umur seseorang, semakin tinggi keperluan kalsium diperlukan. Pengambilan kalsium yang mencukupi ada untuk menghindari gejala tulang rapuh dikalangan orang dewasa yang berpotensi mengidap osteoperosis.



Golongan UmurKeperluan kalsium
Bayi0 - 6 bulan200 mg / hari
7 - 12 bulan260 mg / hari
Kanak-kanak dan Remaja1 - 3 tahun700 mg / hari
4 -8 tahun1000 mg / hari
9 - 18 tahun1300 mg / hari
Dewasa19 - 50 tahun1000 mg / hari
51 - 70 tahun1000 mg / hari
19 - 50 tahun1000 mg / hari (lelaki)
1200 mg / hari (perempuan)
Above 711200 mg / hari

Jadual keperluan kalsium mengikut peringkat umur


[sumber ; http://www.myhealth.gov.my/kalsium-oral/]

Golongan Berisiko Kurang Kalsium

1. Wanita Putus Haid

Kekurangan hormone estrogen dikalangan wanita yang sudah putus haid meningkatkan risiko kurang kalsium kerana hormone ini berperanan dalam penyerapan kalsium.

2. Wanita Yang Tiada Haid

Child Bearing Age ataupun wanita yang tiada haid pada usia muda akan mengalami masalah kekurangan kalsium. Gangguan hormone turut mengakibatkan tubuh mengalami masalah penyerapan kalsium yang sempurna.

3. Masalah Alahan Laktosa Dalam Susu

Terdapat sesetengah individu yang tidak boleh menerima susu kerana mengalami masalah alahan laktosa dalam susu. Ini mengakibatkan mereka tidak memperoleh kalsium secara semulajadi.

4. Lelaki Yang Mempunyai Paras Hormon Yang Rendah

Lelaki menghasilkan hormone testosterone walaupun diusia lanjut. Penghasilan hormone testosterone yang rendah meningkatkan risiko mengalami masalah tulang rapuh atau osteoperosis

Kepentingan Kalsium dan Vitamin D Untuk Tulang Rapuh


Vitamin D sering dikaitkan dengan vitamin yang diperolehi apabila tubuh terdedah kepada cahaya matahari. Vitamin D turut diperolehi melalui pemakanan seharian seperti pengambilan minyak hati ikan, kuning telur dan juga produk tenusu. 

Vitamin D amat diperlukan terutama sekali dalam meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus. Vitamin D juga membantu penyerapan mineral dalam tulang sekaligus mengurangkan risiko tulang rapuh.

Rawatan Masalah Tulang Rapuh

1. Terapi gentian hormone (Hormone Replacement Theraphy) = membantu wanita yang bakal menopause untuk mengekalkan keupayaan tulang. 

2. Rawatan testosterone bagi lelaki yang mengalami osteoporosis yang dikaitkan dengan kekurangan hormone

3. Bisfosfonat ubatan bukan hormone mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kadar kepatahan. kadar kerapuhan tulang akan direndahkan manakala proses penghasilannya akan meningkat

4. Kalsitonin hormone yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid menghalang sel yang menyebabkan kerapuhan tulang.

5. Kalsium dan Vitamin D amat diperlukan untuk golongan lelaki dan juga perempuan untuk mengelakkan masalah tulang rapuh

6. Selective Estrogen Receptor Modulators (SERMs) adalah ubatan yang mengurangkan risiko tulang patah terutama sekali tulang belakang.
[Sumber : http://www.myhealth.gov.my/tulang-rapuh-osteoporosis/]

Cegah Tulang Rapuh Dengan Ostematrix Shaklee

Ostematrix labuan


Testimoni Tulang Rapuh

Testimoni Tulang Rapuh





Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala


Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.


** Semua maklumat tentang produk serta testimony yang disiarkan bukanlah bertujuan untuk MENDIAGNOS, MERAWAT, MENYEMBUH DAN MENCEGAH sebarang peyakit. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada pakar perubatan jika mengalami sebarang penyakit yang memerlu anda mendiagnos, konsultasi serta rawatan susulan sebelum mengambil vitamin **




No comments:

Post a Comment