Friday, 22 December 2017

Tips Menabung Dengan Efisyen Ikut Konsep 6 Jars T Harv Eker

Dalam soal duit, istilah cukup memang tak pernah wujud. Makin besar pendapatan , semakin lah besar keraknya. Tak hairanlah walaupun gaji puluhan ribu, masih ada keluahan "Gaji tak cukup". 

Tips menabung

Saya pun masih cuba mendidik diri untuk berbelanja mengikut keperluan, walaupun ada masanya terkeluar dari landasan. Shopping paling bahaya adalah shopping dihujung jari, memang sadis nafsu shopping ni. Tau tau duit gaji makin sikit je... huhuhuhu...

Sepanjang tahun 2017 saya buat tabungan hanya untuk beberapa perkara penting je. Antaranya ;

Tabungan roadtax dan perbelanjaan kereta
Tabungan anak sekolah tahun 2018 
Tabungan ke akaun CIMB anak
Tabungan kucing (Jangan gelak)
Tabungan simpanan bulanan

Peratus tabungan ini ikut kemampuan diri. Jangan buat sampai rasa terbeban dan ikat perut berabis. Tabungan ni wujud setelah ditolak hutang piutang setiap bulan seperti bil telefon, sewa rumah, bayaran kereta, kad kredit, belanja mak abah, hutang PTPTN serta insuran diri.

Untuk tahun 2017 ni juga saya wujudkan akaun SSPNi anak untuk keperluan pembelajaran mereka akan datang. Bagusnya SSPNi bersekali dengan insuran anak walaupun suami sudah adakan insuran kami sekeluarga. 

Apa Kelebihan Menabung?

1. Meningkatkan pendapatan
2. Meningkatkan kualiti hidup
3. Membiayai pendidikan
4. Membeli rumah
5. Tanggungjawab berumahtangga
6. Membeli barang keperluan
7. Keselesaan hidup dalam persaraan
8. Berdikari dalam pengurusan kewangan
9. Kecemasan

Di sini saya kongsikan beberapa tips tabungan yang mungkin boleh dijadikan panduan bagi mereka yang berhasrat untuk menabung agar tidak menyusahkan diri dan orang lain pada masa akan datang. Peratus tabungan bolehlah dipotong mengikut jumlah pendapatan masing.

Tabungan ini adalah berdasarkan konsep 6 Jars yang telah diasaskan oleh  T Harv Eker yang mendidik agar menabung dengan lebih efisyen, Secara tidak langsung menjamin Money freedom di masa akan datang. Tabungan ke 7 adalah untuk ibubapa supaya kita sentiasa beringat dengan jasa mak abah yang telah membesarkan kita. Tiada pun dalam konsep 6 Jars oleh T Harv Eker, cuma atas kesedaran diri masing-masing.

Apa itu konsep tabungan 6 Jars T Harv Eker?

Tips Menabung 6 Jars T Harv Eker


1. NEC (Necessity Account) 55%

Tabungan untuk keperluan dan perbelanjaan keperluan contohnya belanja harian, bil-bil, keperluan anak-anak

2. EDU (Educational Account) 10%

Tabungan untuk pembelajaran anak-anak seperti buku, yuran tuisyen

3. LTSS (Long Term  Saving For Spending) 10%

Tabungan untuk sesuatu keperluan yang memerlukan jumlah yang banyak seperti pembelian perumahan, tanah

4. FFA (Financial Freedom Account) 10%

Tabungan untuk hari tua

5. PLAY (Leisure) 10%

Tabungan untuk hobi contohnya melancong

6. GIVE (Charity) 5%

Tabungan untuk kebajikan

7. PARENTS (Ibubapa) 

Tabungan ibu bapa ini termasuklah peruntukkan yang saya sediakan untuk keperluan pembelian vitamin Shaklee. Apa guna jual vitamin Shaklee tapi langsung tiada bahagian untuk ibu bapa. 

Untuk tahun 2018, saya akan cuba meningkatkan lagi disiplin menabung agar dapat menyediakan ketujuh tujuh tabungan. Walaupun agak susah nak kikis sawan shopping online tu .. hehehhe

Pengedar Shaklee Labuan

Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.




No comments:

Post a Comment