Sunday, 24 December 2017

Set Youth Shaklee Bebas Paraben


Apa Itu Paraben?

Paraben ada sejenis bahan kimia yang digunakan dalam kosmetik untuk melindungi produk dari kerosakkan yang disebabkan oleh bakteria. Paraben telah lama digunakan dalam produk sejak 1950an lagi. Dalam bahasa paling mudah, paraben macam pengawet, ia akan mengawet bahan supaya tahan lebih lama.

"85 peratus produk menggunakan paraben" -Authur Rich, PhD, Ahli Kimia Kosmetik dari Chestnut Ridge, New York
"Penggunaan paraben sangat murah dan sangat efektif " Fran. E. Cook- Bolden, Ahli Dermatologis dari New York 

Antara keluarga paraben yang kerap digunakan dalam bahan kosmetik termasuklah methyparaben, prophyparaben, butylparaben dan ethylparaben. Oleh itu anda digalakkan untuk membaca label produk sebelum memilih produk tersebut.


Kebanyakkan produk kosmetik menggunakan lebih dari satu jenis paraben kerana kombinasi pelbagai jenis paraben boleh meningkatkan perlindungan dari serangan bakteria seterusnya merosakkan produk.

Kenapa Paraben Merbahaya?



Sekitar tahun 90an, paraben dikatakan menyerupai xenoestrogen iaitu sejenis estrogen yang terdapat dalam tubuh manusia. Estrogen ini dikaitkan dengan kanser payudara dan masalah kesuburan. 

Pada tahun 2004 pula, pengkaji kanser British, iaitu Philippa Darbre, PhD  mendapati terdapat kehadiran paraben di dalam sel kanser payudara. Sejak dari penemuan itu, pakar dalam bidang ini mencadangkan penggunaan sejumlah kecil sahaja paraben dalam produk.

Dalam satu kajian yang melibatkan 183 dewasa dan kanak-kanak di California mendapati terdapat kandungan paraben yang dijumpai dalam sampel air kencing responden iaitu antara 70% sehingga 100%. Melalui kajian tersebut, bahan kimia berkenaan didapati lebih banyak dalam air kencing orang dewasa berbanding kanak-kanak, dan kandungan paraben dalam air kencing wanita lebih tinggi berbanding lelaki. Ini kerana wanita merupakan pengguna yang paling terdedah dengan penggunaan paraben.


Sehingga kini, belum terdapat sebarang keputusan tentang paraben boleh menyebabkan kanser dan kajian tentangnya  masih lagi diteruskan. Ini kerana pendedahan terlalu lama tubuh terhadap paraben mungkin boleh mengundang sebarang perkara buruk dan langkah berjaga-jaga perlu diambil. Ini memandangkan terlalu banyak penyakit kronik muncul sejak akhir-akhir ini disebabkan penggunaan bahan kimia yang terlampau tinggi. Mesti anda perasan keadaan ini kan?

Sebenarnya paraben bukan hanya terdapat dalam produk kosmetik, ia turut digunakan dalam produk rawatan rambut, produk pencukur, produk solekan dan produk mandian. Bayangkan jika semua produk penjagaan harian yang kita gunakan di rumah mengandungi paraben, kita sangat terdedah dengan risiko kanser. Bahayakan ??

Youth Shaklee Penyelesaian Kepada Produk Bebas Paraben



Tahun 2018 adalah tahun yang dinantikan sebab Shaklee akan release skincare product terbaru.. yeayyy !!!! Set Youth yang akan menggantikan Nutri White. Tak sabar rasanya nak tunggu BLC on February nanti sebab SID je layak beli Set Youth ni sebelum dijual kepada pengguna Shaklee yang lain. 

Kandungan produk penjagaan kulit Shaklee ni sudah pun dipatenkan dimana set lengkap Youth mampu membantu menangani kesan penuaan kulit wajah sehingga ketahap sel. Penghasilan semula sel-sel ini dapat membantu untuk menghasilkan lebih banyak kolagen dan elastin yang membantu kulit wajah lebih muda.

Keistimewaan Set Youth Shaklee

Penyelidikan Set Youth selama 8 tahun meyakinkan pengguna untuk memiliki set ini. Antara keistimewaan Youth adalah ;

1. Mempunyai 8 patent khas

2. 100 % di hasilkan dari tumbuh-tumbuhan
3. Bebas GLUTEN
4. Bebas diuji ke atas haiwan
5. Bebas dari 2500 bahan kimia yang boleh merosakkan kulit wajah



Kajian Klinikal Set Youth Shaklee

Rangkaian penjagaan kulit Youth Shaklee telah diuji secara klinikal yang terbukti berkesan dimana ia melibatkan analisa terhadap 7 perubahan pada kulit wajah dimana ianya merangkumi

1. Kedutan di wajah

2. Saiz pori di wajah
3. Ton warna kulit
4. Ketegangan kulit
5. Tekstur kulit
6. Pigmentasi pada kulit wajah
7. Kecerahan kulit

Langkah Penjagaan Kulit Wajah Dengan Youth Shaklee

Set penjagaan kulit wajah Youth Shaklee telah diformulasikan mengikut 5 langkah untuk penjagaan serta 1 bonus langkah untuk menceriakan kulit wajah. Antara langkah penjagaan kulit Youth Shaklee adalah ;

1. Mencuci
2. Menyegar
3. Mengaktif
4. Melindungi
5. Merawat
6. Menceriakan 


Memperkenalkan YOUTH
Regimen untuk kelihatan Muda Berpanjangan 






Langkah pertama ; YOUTH LUMINOUS GEL OIL CLEANSER


Youth Luminous Geli Oil Cleanser Shaklee


Pembersih wajah dengan pH seimbang bukan sabun 3 dalam 1. Pembersih ini memcuci wajah secara lembut, membersih dan persediaan kulit kita untuk produk Youth yang seterusnya.

Langkah kedua ; YOUTH PERFECTING SKIN TONER



Youth Perfect Skin Toner Shaklee





Membantu menutup semula pori-pori terbuka serta menyuburkan kulit

Langkah ketiga ; YOUTH ACTIVATING SERUM

Youth Activating Serum Shaklee


Memulih serta memperbaiki kulit. Serum berteknologi tinggi ini telah dipatenkan dimana Serum Pengaktifan Keanjalan memiliki 10 kali bahan aktif untuk memperbaiki kulit pada tahap sel. Hasilnya, kulit akan menyokong penghasilan kolagen serta menjadikan sel-sel kulit lebih muda.

Langkah keempat ; YOUTH AGE DEFENSE MOISTURIZER SPF30

Youth Age Defense Moisturizer


Krim pelembap yang memberi perlindungan dari sinaran matahari SPF 30 UVA / UVB spectrum luas tanpa kimia. Turut melindungi kulit dari pencemaran alam sekitar terutama sekali radikal bebas. Krim ini dihasilkan dari bahan semulajadi dan biopolymer dari hidupan laut.

Langkah kelima ; YOUTH ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM (RICH OR LIGHT)

Youth Advanced Renewal Night Cream


Menghidrat serta melembutkan kulit jauh ke dalam kulit semasa tidur. Krim malam ini menyokong pembaharuan sel kulit pada waktu malam. Dihasilkan dari ramuan botani propretari Shaklee yang akan membantu penghasilan kolagen dan elastin untuk kulit lebih muda, licin serta bercahaya

Penjagaan Kulit Tambahan

RADIANCE    C + E    CAPSULE

Radiance C E Shaklee
Dengan kelebihan 20% Vitamin C tulen membantu menyihatkan kulit serta mengurangkan bintik-bintik hitam akibat kesan penuaan. Ia juga melicinkan tekstur kulit serta mencerahkan warna kulit. Kapsul ini adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan, biadegradable dan tidak menggunakan bahan pengawet.

BB CREAM

BB Cream Shaklee


Krim kecantikkan dengan fungsi 5 dalam 1ini menyediakan lapisan sempurna untuk tekstur kulit kita. BB Cream juga memperbaiki, menghidrat, menyuburkan serta melindung. Krim ini mempunyai fungsi tambahan pelindung matahari dari bahan semulajadi untuk menyediakan perlindungan SPF 30 UVA / UVB spectrum luas tanpa kimia

Rangkaian kulit Youth Shaklee telah diuji secara klinikal oleh pakar Ophthalmologist membuktikan bahawa skincare ini selamat untuk mata, tidak merengsa walaupun pada mata yang sensitive

Jom kita lihat testimoni Youth yang telah menggunakannya ;


Testimoni Youth Shaklee

Testimoni Youth Shaklee

Testimoni Youth Shaklee

Testimoni Youth Shaklee

Testimoni Youth Shaklee


Testimoni Youth Shaklee

Testimoni Youth Shaklee

Jika Shaklee pilihan anda , pastinya Shaklee akan memberikan yang terbaik. Hubungi saya untuk maklumat produk serta konsultasi secara percuma;

Sumber Rujukan ;

1. What Are Parabens ; And Do I Need To Worry About Them?
2. Parabens In Cosmetics
3. FAQ : Parabens and Breast Cancer


Pengedar Shaklee Labuan

Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.

No comments:

Post a Comment