Nutrient Lengkap Untuk Ibu Menyusu

Ramai juga ibu-ibu muda yang belum mahir dalam pemilihan menu sepanjang menyusukan bayi mereka. Mungkin pantang larang dan amalan tradisional dari generasi sebelumnya membuatkan ibu-ibu muda agak teragak agak untuk makan makanan yang mereka sukai.



Ibu yang menyusukan seharusnya makan makanan secukupnya serta seimbang agar boleh menghasilkan bekalan susu yang secukupnya untuk keperluan bayi yang disusukan. 

Susu Ibu Susu Yang Paling Berkualiti.

Semua ibu mampu menghasilkan susu badan, akan tetapi tidak semua ibu mampu menghasilkan susu yang berkualiti. Diet yang seimbang akan menjamin susu yang dihasilkan mempunyai semua nutrisi yang diperlukan oleh bayi. setiap 100ml susu memerlukan 85 kalori tenaga, jadi kalau nakkan penghasilan susu yang mencukupi, ibu perlu amalkan diet pemakanan yang seimbang. Menurut RNI Malaysia, tenaga tambahan sekitar 500 kalori diperlukan ibu setiap hari bagi menampung keperluan penghasilan susu badan. Apabila keperluan tenaga bertambah, ini bermakna keperluan karbohidrat sebagai sumber tenaga turut bertambah untuk menggantikan glukos yang hilang semasa pembentukan laktosa susu.


Aktiviti Penyusuan Bantu Kecutkan Rahim Ibu.


Selain memberi kebaikan kepada bayi, aktiviti penyusuan juga mampu mempercepatkan pengecutan rahim agar kembali kepada saiz asal. Ibu juga mampu memperoleh semula berat badan yang asal kerana aktiviti penyusuan turut membakar kalori serta ia turut dikatakan mampu mencegah kanser payudara dan kanser ovari.

Mengurangkan Risiko Bayi Dijangkiti Penyakit

Penyusuan secara eksklusif sehingga sekurang-kurangnya 6 bulan mampu melindungi bayi dari penyakit bawaan virus, masalah pernafasan, jangkitan telinga serta meningitis. Satu kajian oleh National Institute of Environmental Health Sciences mendapati bayi berumur 28hari sehingga 1 tahun yang disusukan secara eksklusif mempunyai 20% risiko lebih rendah menghadapi kematian berbanding bayi yang tidak disusukan dengan susu ibu.

Immunoglobulin A (IgA) yang terdapat dalam kolostrum, iaitu susu awal yang dihasilkan untuk bayi berupaya melindungi bahagian mokus membrane pada salur pencernaan, hidung serta saluran pernafasan bayi.

Antibodi yang kuat turut terbina bagi bayi yang menyusu secara eksklusif sekaligus mengurangkan risiko penyakit kronik apabila mereka dewasa kelak

Risiko Menghadapi Alahan Juga Dapat Dikurangkan

Bayi yang disusukan dengan susu formula mungkin terdedah dengan alahan jika dibandingkan dengan susu ibu. Ini kerana immunoglobulin A (IgA), sejenis imun factor yang hanya terdapat dalam susu ibu membantu mencegah alahan dengan membina lapisan pelindung pada sistem pencernaan bayi. Tanpa lapisan pelindung ini, keradangan mungkin akan terjadi.

Susu Ibu Membuat Otak Anak Lebih Bijak

Terdapat banyak kajian yang menunjukkan susu ibu mampu meningkatkan potensi kognitif anak. Pakar turut berpendapat hubungan emosi antara ibu dan anak semasa menyusukan memainkan peranan penting dalam meningkatkan perkembangan otak anak. Kandungan asid lemak yang terdapat dalam susu ibu turut menyumbang kepada otak yang lebih bijak

Susu Ibu Mengurangkan Risiko Obesiti Dikalangan Bayi

Terdapat sebanyak 17 kajian yang telah diterbitkan di dalam  American Journal of Epidemiology yang menunjukkan bayi yang disusukan dengan susu ibu menurunkan risiko mengalami masalah kegemukan dan obesity apabila meningkat dewasa.

Pakar berpendapat, susu ibu membantu peningkatan berat badan yang seimbang dan lebih baik. Ini kerana 


Pemakanan Seimbang Untuk Ibu Yang Menyusukan Bayi




Zat Besi

Sangat diperlukan untuk menggantikan simpanan zat besi semasa mengandung. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia serta kekurangan oksigen dan akan menyebabkan fungsi organ terjejas. 

Vitamin A

Ibu boleh mendapatkan sumber vitamin A dari buah-buahan atau sayur-sayuran berwarna jingga dan berdaun hijau. 

Vitamin B

Kekurangan vitamin B seperti B1, B2, B6, asid folik, B12 boleh menjejaskan khasiat susu ibu.

Vitamin C



Sangat digalakkan ibu untuk mengamalkan vitamin C kerana vitamin ini mengalakkan penyerapan zat besi. Ibu juga perlu membina sistem imun tubuh yang kebal agar dapat melindungi bayi dari jangkitan penyakit yang diperolehi dari ibu.

Vitamin D

Vitamin D membantu menguatkan tulang kerana vitamin D menggalakkan penyerapan kalsium seterusnya mencegah masalah tulang rapuh dikalangan ibu menyusu.

Vitamin D mengelakkan kemurungan dan mungkin menjadi faktor berlakunya masalah meroyan. Pengambilan vitamin D yang mencukupi mengelakkan berlakunya masalah depressi

Kalsium

Sewaktu hamil, ibu mengalami kehilangan kalsium yang tinggi di tulang (Metarnal Skeleton). Keperluan kalsium untuk ibu hamil dan setelah melahirkan adalah sekitar 1000mg sehari, oleh itu ibu dinasihatkan untuk menikmati 3 gelas susu sehari bagi menampung keperluan kalsium.


Shaklee Ada Set Menyusu Tinggi Nutrisi Tau !!!!

Set Menyusu Shaklee

Vitalea

Multivitamin yang membantu badan menyerap vitamin dan mineral dengan lebih baik

B complex

Mengandungi lapan jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh untuk mencapai kesihatan optimum

Ostematrix

Membekalkan kalsium yang hilang dalam badan si ibu akibat penghasilan susu

ESP

Sumber protein berasaskan non-GMO soya terbaik. Membekalkan protein untuk si ibu, mengurangkan rasa lapar, membantu ibu mengelakkan lebih banyak makan snek atau kudapan yang tidak sihat akibat mudah lapar sepanjang proses penyusuan.

Alfalfa Complex

Merupakan raja kepada segala tumbuhan. Membantu menyahkan toksin dalam tubuh badan disamping menggalakkan penghasilan susu yang tinggi nutrisi

Sustained Release Vita C

Bertindak sebagai sumber anti oksidan serta meningkatkan system imuniti badan







Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.




Comments