Sunday, 21 May 2017

Tip Makan Sihat Sepanjang Berpuasa

Alhamdulillah.... Ramadhan bakal bertandang lagi. Rasa tak sabar pula nak berpuasa tahun ni. Almaklum bulan puasa terkena masa cuti sekolah, so macam-macam menu dah berpusing-pusing dalam minda ni.

Beruntunglah adanya ibadah berpuasa dalam islam, selain mengajar mengawal nafsu, ibadah berpuasa juga memberi rehat pada sistem badan kita. Bagi peluang pada sistem badan untuk detok dan nyahkan toksin dari dalam badan.

Oleh itu, ambil peluang ini untuk memilih makanan yang sihat-sihat je ye. Supaya badan pun segar sepanjang berpuasa. Ada beberapa tips makan sihat sepanjang berpuasa yang akak nak share. Semoga kita sama-sama peroleh manfaatnya ;




1. Bersahurlah pada hujung waktu imsak dan percepatkan  berbuka puasa. Bukannya berbuka sebelum waktu tau, tapi jangan melengahkan waktu berbuka :)


2. Jangan lupa buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai salah satu menu sihat


3. Buat perancangan pembelian makanan supaya beli yang diinginkan sahaja. Ini mengelakkan dari makan berlebihan dan membazir.


4. Pilih makanan dengan kaedah memasak sihat. Kurangkan pengambilan makanan bersantan dan penggunaan minyak yang berlebihan.


5. Kurangkan makan kuih muih yang manis. Seeloknya pilih makanan sihat seperti popia basah dan jagung bakar. Kurangkan juga makanan tinggi garam. Tak bagus untuk kesihatan tau.


6. Jika teringin untuk minum minuman manis, jangan lupa pesan pada jurujual supaya kurangkan gula atau susu. Sebaiknya pilihlah jus buah-buahan tanpa gula yang lebih menyegarkan dan berkhasiat



7. Pilih gerai yang bersih dan makanan yang bertutup. Makanan yang tercemar akan memudaratkan kesihatan sekaligus mengganggu ibadah puasa


Ok... macam mana tips kali ni?? Harap-harap membantu kekal cergas dan sihat sepanjang berpuasa.

Tunggu tips seterusnya ye.... jangan lupa :)


*************************************************************************


 

Keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan The Beauty Of You

✔️ Konsultasi secara PERCUMA
✔️ Penghantaran secara cash on delivery (cod) secara PERCUMA (Sekitar Labuan)
✔️ Kos pengeposan secara PERCUMA (Seluruh Malaysia)
✔️ Tips pengambilan vitamin yang BETUL
✔️ Jadual pemakanan vitamin diberikan
✔️ Pemantauan tahap kesihatan secara berkala

Berminat dengan semua di atas?
Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE LABUAN untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dicari.


No comments:

Post a Comment