KENALI JENIS KULIT WAJAH

Ramai yang kurang arif tentang jenis kulit wajah.. betul tak?? Sebelum kita memilih produk penjagaan wajah, wajar bagi kita untuk mengetahui jenis kulit masing-masing. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya pembaziran akibat pembelian produk yang kurang sesuai. 

Kalau nak tahu, jenis kulit dikenalpasti melalui jumlah sebum yang dihasilkan oleh liang roma. Secara asasnya terdapat 4 jenis kulit wajah iaitu kulit normal, kulit kering, kulit berminyak dan kulit jenis kombinasi. Tapi, jenis kulit boleh berubah mengikut keadaan dan masa. Ia bergantung kepada tempat tinggal, perubahan cuaca, umur, perubahan hormon dan jenis produk yang digunakan. Jom kita semak jenis kulit kita yang mana;


Kulit Normal



Kulit jenis ini menghasilan jumlah minyak semulajadi atau sebum amat rendah. Tekstur kulit juga lembut dan liang roma yang kecil serta mempunyai kandungan air yang mencukupi. Mereka yang memiliki kulit jenis ini kebiasaannya tampil berseri-seri dari bawah permukaan kulit yang nipis.

Zon T (dari atas dahi ke hujunh hidung) akan kelihatan sedikit berminyak dan berkilau pada sebelah tengah hari  atau petang. Sesekali muncul jerawat dan bintik hitam atau jeragat. Pipi juga tidak telalu kering.

Kulit jenis ini hanya memerlukan penjagaan kulit wajah yang lembut. Semasa mencuci, urutlah secara lembut kedua-dua belah pipi sehingga berubah kemerahan. Kemudian gunakan penyegar untuk membuang daki degil yang terlekat jauh ke dalam kulit atau liang roma. Akhir sekali sapu krim atau cecair pelembap sambil mengurut menghala ke atas. 

Kulit Kering



Mudah sahaja untuk mengenalpasti kulit jenis ini. Kulit kelihatan agak kusam dan mempunyai liang roma yang kecil atau langsung tidak kelihatan. Mudah mengelupas dan adakalanya memberi kesan yang kurang selesa. Kesan-kesan dimamah usia lebih mudah kelihatan bagi pemilik kulit jenis ini seperti garis-garis halus ditepi mata, bibir dan dahi.

Memiliki tahap kelembapan dan sebum yang rendah. Jenis pencuci muka yang paling sesuai ialah jenis berbuih. Biarkan seketika sebelum dibersihkan dengan kapas lembut. Bilas dengan air sejuk. Krim pelembap yang memiliki kadar kelembapan yang tinggi sangat disyorkan.

Kulit jenis ini harus menggunakan produk yang boleh menghidrat kulit atau berasaskan krim. Biasanya jenis kulit ini terdapat pada yang berumur 30 tahun ke atas seiring dengan pertambahan usia.

Jika menggunakan pembersih, gunakan dari jenis susu pembersih (cleansing milk) kerana produk jenis ini boleh mengangkat sisa solekan tanpa mengiritasikan kulit. Gunakan penyegar untuk memberi kesegaran kepada kulit dan membantu mengecilkan pori-pori. Pilihlah pelembap jenis krim kerana ia mampu mengunci dan menjaga kelembapan kulit.

Kulit kering lebih mudah menunjukkan tanda-tanda penuaan jika tidak dijaga dengan sempurna. Dapatkan perawatan ekstra seperti produk perawatan anti penuaan terutama bahagian mata. Jika mahu menggunakan produk mengelupasan, pilihlah yang lembut (gentle peeling) untuk membuang sisa kulit mati serta mencerahkan kulit.

Kulit Berminyak


Jika mudah timbul jerawat, maka kulit adalah jenis kulit berminyak. Kulit jenis ini mengeluarkan banyak sebum serta liang roma yang besar. Pengeluaran minyak yang berlebihan pada wajah membuatkan debu mudah melekat dan menjadi sarang bakteria penyebab jerawat. Tidak digalakkan untuk menggunakan produk perawatan wajah yang berasaskan krim. 

Gunakan pembersih jenis face wash atau foaming gel yang mengandungi sabun / busa. Sifatnya yang alkali melarut minyak hingga dapat membersihkan timbunan minyak pada wajah. Gunakan penyegar untuk memberikan kesegaran pada kulit wajah. Penggunaan pelembap dari jenis fluid atau matte (bebas kilat) kerana bahan ini asasnya cepat meresap pada kulit setelah dioles ke kulit wajah.

Bahagian yang paling aktif adalah sekitar hidung. Oleh yang demikian, kulit jenis ini memerlukan penjagaan khas. Selepas membersihkan wajah dengan pencuci muka, penggunaan losyen penegang kulit dan krim pelembap yang berasaskan air amat disarankan.

Untuk membuang sel kulit mati, seeloknya scrub wajah dua hari sekali agar sel kulit mati dan kotoran tidak menyumbat pori-pori. Sebaiknya gunakan produk anti bakteria untuk mencegah dari timbulnya jerawat.

Kulit Kombinasi



Kulit jenis ini memiliki kombinasi ketiga-tiga jenis kulit iaitu normal, kering dan berminyak. Secara amnya, kulit kombinasi kelihatan normal, tetapi terdapat beberapa bahagian tertentua yang terasa kering dan berminyak. Zon T merupakan kawasan yang kebiasaannya kering.

Memiliki liang roma yang besar dan ini terdedah kepada masalah jerawat. Penggunaan pencuci muka secara teratur setiap pagi dan petang akan membantu memberi kelembapan pada bahagian wajah yang kering.

Gunakan losyen penegang kulit pada bahagian wajah yang berminyak, manakala krim penyegar di bahagian yang kering. Penggunaan pelembap sebagai langkah terakhir penjagaan wajah seharian pada keseluruhan wajah dan bahagian yang kering.

Rujukan : Rapi, 2012

Nampaknya jelas sudah tentang produk perawatan kulit yang sesuaikan?? Jadi jangan lupa sesuaikan dengan kulit wajah ya.... Ingat..... Jangan sampai tersalah pilih tau !!! Pemilihan set perawatan yang tepat mampu memberikan hasil yang maksimum. Shaklee menawarkan 2 rangkaian set penjagaan wajah iaitu Nutriwhite dan Enfuselle

Enfuselle - Set Kulit Normal Hingga Kulit Kering
  
Enfuselle - Set Kulit Normal Hingga Kulit Berminyak

 
Nutriwhite - Set Kulit Normal

 
"Mudahkan jika sudah tahu jenis kulit?? Jadi.... yang mana pilihan anda?? Jika berminat dengan rangkaian penjagaan wajah Shaklee, hubungi saya, Pengedar Shaklee Labuan untuk mengetahui tentang produk dengan lebih lanjut lagi. Konsultasi adalah secara percuma dan khidmat COD diberikan percuma untuk warga Labuan. Warga luar Labuan bagaimana?? Jangan risau... anda dapat penghantaran pos secara percuma :)" - Pengedar Shaklee Labuan




Comments

  1. Saya pengguna tegar set Nutriwhite.... love it!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestkan guna Nutriwhite?? saya pun dah jatuh cinta :)

      Delete

Post a Comment