KALSIUM DAN KEPENTINGANNYA

Kepentingan Kalsium Terhadap Tubuh Anda

Tulang adalah seperti bahagian tubuh yang lain iaitu tisu hidup yang berupaya memperbaharui dirinya, berubah dan sentiasa tumbuh. Dalam bahagian tulang terdapat saraf, salur darah, sum sum dengan sel darah merah dihasilkan. Manusia memiliki kira-kira 300 batang tulang ketika dilahirkan dan akan bercantum sesama sendiri sehingga membentuk 206 tulang ketika dewasa.

Pertumbuhan tulang yang pesat adalah sewaktu peringkat bayi, kanak-kanak dan sehingga usia persekolahan. Pada peringkat bayi tulang lembut dan fleksibel disebut tulang kartilaj dan di ganti dengan perlahan-lahan dengan tulang dengan bantuan kalsium dan ketika usia mencecah 25 tahun proses ini menjadi sempurna.

Hampir keseluruhan dalam sistem tubuh manusia menggunakan kalsium. Antara bahagian yang menggunakan kalsium adalah seperti SISTEM SARAF, OTOT, HATI  dan TULANG. Tulang adalah bahagian utama yang menyimpan kalsium untuk kegunaan tubuh, akan tetapi pengambilan sumber kalsium dari diet seharian yang tidak mencukupi akan membuatkan

Semakin meningkat dewasa, penekanan tentang kepentingan kalsium semakin diabaikan, sekali gus dapat menjejaskan perkembangan tulang yang sihat. Kalsium perlu diambil setiap hari, ini kerana tubuh akan membuang kalsium setiap masa dan diganti dengan kalsium baru dalam proses yang dinamakan sebagai 'PERMODELAN SEMULA TULANG'. Perlu di ingat, kalsium dibuang setiap hari melalui proses semulajadi seperti rambut gugur, kuku, peluh dan kulit mati. Sekiranya jumlah yang disingkirkan lebih banyak berbanding yang diganti, akhirnya tulang akan kehilangan jisim dan boleh menyebabkan tulang rapuh dan mudah patah dan mengakibatkan OSTEOPOROSIS


Fungsi Kalsium

1. Membina tulang dan gigi
2. Membantu menetapkan ritma jantung
3. Menyelesaikan masalah insomnia (sukar tidur)
4. Membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran
5. Membantu pembekuan darah
6. Mempertahankan fungsi saraf, otot dan buah pinggang
7. Membantu pembuluh darah dari kejang (salah satu punca MIGRAIN)

 

Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium

1. Kekejangan atau 'kram' otot
2. Sukar tidur
3. Perasaan berdebar-debar
4. Eczema
5. Kuku rapuh
6. Sakit sendi
7. Tekanan darah tinggi
8. Kuku reput
9. Paras kolestrol tinggi
10. Kebas kaki dan tangan
11. Rheumatiod arthritis
12. Rickets

Sumber Kalsium

 

1. Susu
Susu merupakan sumber terbaik dalam membekalkan kalsium pada tubuh dan sangat bagus diambil oleh semua golongan. Susu juga mudah dicerna dan diserap oleh tubuh.


2. Yogurt
Mengandungi protein yang tinggi dan membekalkan bakteria baik untuk usus anda. Setiap hidangan yogurt memberkalkan sehingga 400mg kalsium untuk tubuh anda. Pastikan anda memilih yogurt rendah lemak untuk lebih sihat.


3. Sayuran Hijau
Sayuran hijau seperti bayam, brokoli, kobis dan asparagus merupakan sumber yang kaya dengan kalsium. Nikmati semangkuk hidangan salad dalam diet anda.




4. Kekacang
Kekacang merupakan sumber terbaik kalsium. Pengambilan kekacang dalam diet mampu menyumbang kalsium untuk tubuh.



5. Herba
Herba kering bukan sahaja memberi aroma menyelerakan dalam masakan tetapi mampu menjadi salah satu sumber kalsium. Pengambilan dalam masakan seharian membekalkan 1000mg kalsium



6. Soya
Satu hidangan susu soya membekalkan sehingga 200 hingga 500mg kalsium.


Kalsium adalah paling baik jika diambil bersama-sama dengan VITAMIN D,  MAGNESIUM dan ZINK . Penyerapan kalsium akan lebih baik apabila terdapat gabungan ketiga-tiga unsur ini.




OSTEMARIX PILIHAN TERBAIK KERAN KANDUNGANNYA MEMILIKI GABUNGAN VITAMIN D, MAGNESIUM DAN ZINK

 Hubungi wakil shaklee terdekat untuk maklumat lebih lanjut atau :

 

 







Comments